Pencegahan Denggi: Langkah Terkini Yang Perlu Diketahui
Demam denggi telah menimbulkan ancaman besar kepada kesihatan awam dengan menjejaskan berjuta-juta orang dewasa dan kanak-kanak setiap tahun.1
Oleh itu, kawalan denggi yang efektif harus menjadi keutamaan dengan harapan dapat mengurangkan jumlah kes denggi yang teruk secara signifikan.2
Sebagai contoh, operasi untuk meningkatkan kesedaran dan menghapuskan vektor di kawasan bandar miskin telah dilancarkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan Kementerian Kesihatan.3
Dalam artikel ini, anda akan mempelajari tentang denggi, cara melindungi diri daripada denggi, dan langkah-langkah pencegahan terkini.
Melindungi Diri Daripada Denggi
Terdapat pelbagai cara untuk melindungi diri anda daripada Denggi. Ini termasuk:4
- Menghalang pembiakan nyamuk Aededs dengan keringkan atau buang barang yang boleh menakung air
- Gunakan ubat nyamuk
- Pasang kelambu pada tingkap
- Buat jadual pengabusan rutin
Dengan mengambil kira semua kaedah yang dinyatakan di atas, pendekatan bersepadu untuk pengurusan denggi boleh menawarkan penyelesaian yang lebih mampan.5
Apa itu Pengurusan Vektor Bersepadu untuk Denggi?
Pendekatan bersepadu untuk mengurus denggi, seperti yang digariskan dalam Strategi Global WHO untuk Pencegahan dan Kawalan Denggi, melibatkan penggunaan gabungan strategi yang berbeza untuk menangani penyakit ini dengan berkesan. Ini termasuk:6
- Pembuatan keputusan berasaskan bukti: Menggunakan penyelidikan saintifik untuk membimbing tindakan, seperti membuang air bertakung untuk mengurangkan pembiakan nyamuk.
- Advokasi, mobilisasi dan perundangan: Meningkatkan kesedaran, menganjurkan usaha pembersihan, dan memberi kepentingan kepada perundangan mencegah denggi.
- Kerjasama rentas sektor: Bekerjasama dengan kerajaan, pihak penjagaan kesihatan, sekolah dan komuniti untuk bersama-sama memerangi denggi.
- Pembinaan kapasiti: Latih individu untuk mengenali simptom, menggunakan penghalau dan menghapuskan tapak pembiakan, memperkasakan komuniti untuk mengambil tindakan. Semua orang boleh memainkan peranan untuk sentiasa mendapat maklumat dan melindungi diri sendiri.
Pengurusan Denggi Bersepadu Di Malaysia
Sejak 2011, Strategi Pengurusan Bersepadu Malaysia telah menjadi peneraju dalam usaha pencegahan dan kawalan denggi.7
Mari kita lihat dengan lebih dekat pelbagai komponen strategi pengurusan bersepadu Malaysia.
- Pemeriksaan Rumah: Pemeriksaan berkala untuk mengenal pasti dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di dalam premis.
- Rawatan Larvicidal dan Adulticidal: Penggunaan racun larva dan semburan racun serangga untuk mengurangkan populasi nyamuk.
- Pendidikan Awam Kesihatan dan Publisiti: Menjalankan kempen untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan penyertaan orang ramai dalam langkah pencegahan denggi.
Melalui pelaksanaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (DDBIA), Malaysia telah mencapai kemajuan yang tinggi dalam pengendalian denggi. Pihak berkuasa telah mengeluarkan lebih dari 13,000 notis dan 22,660 pertuduhan jenayah kepada individu yang menyimpan larva Aedes di tempat kemudahan mereka setiap tahun.8
Strategi Inovatif
Pendekatan inovatif untuk pencegahan denggi termasuk meneroka vaksin dan kaedah lain untuk mengawal wabak yang mengakibatkan demam denggi. 91011
Secara Ringkasnya
WHO mengesyorkan pendekatan bersepadu untuk menguruskan denggi. Ini termasuk set campur tangan yang komprehensif termasuk kawalan vektor, pendidikan awam, perlindungan diri, pengesanan penyakit dan vaksin yang selamat dan berkesan.6
Walaupun rawatan biasa untuk gejala denggi seperti sakit ringan dan demam boleh dilakukan di rumah, kes demam denggi lain yang teruk mungkin memerlukan rawatan di hospital.
Setiap orang berpotensi berisiko dijangkiti denggi tidak kira di mana mereka berada atau siapa mereka.
Lindungi diri anda dan orang tersayang dengan mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk mencegah denggi.
Jumpa doktor anda bagi mendapatkan khidmat nasihat dengan segera untuk mengetahui lebih lanjut tentang langkah-langkah pencegahan demam denggi yang terkini.
Rujukan
- World Health Organization. (2011). Comprehensive Guidelines for Prevention and Control of Dengue and Dengue Haemorrhagic Fever. Retrieved November 24,2022, dari World Health Organization: https://apps.who.int/iris/rest/bitstreams/909932/retrieve
- Sandra Bos, G. G. (2018). Dengue: A Growing Threat Requiring Vaccine Development For Disease Prevention. Pathogens and Global Health, 294–305. doi:10.1080/20477724.2018.1514136 Retrieved November 24,2022, dari https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6381545/#:~:text=An%20efficient%20prophylactic%20vaccine%20strategy%20is%20urgently%20needed%20to%20tackle%20dengue%20infections%20worldwide
- “Malaysia: Dengue prevention and control - DREF Operation N° MDRMY010 - Malaysia.” ReliefWeb, 17 November 2023, https://reliefweb.int/report/malaysia/malaysia-dengue-prevention-and-control-dref-operation-ndeg-mdrmy010. Diakses pada 21 March 2024.
- World Health Organization. (2022). Dengue and Severe Dengue. Retrieved November 24, 2022, dari WHO:
https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/dengue-and-severe-dengue - “Here's why we need an integrated approach to tackle dengue deaths.” The World Economic Forum, 1 November 2023, https://www.weforum.org/agenda/2023/11/dengue-integrated-management-to-achieve-zero-deaths/. Diakses pada 21 March 2024.
- WHO. “GLOBAL STRATEGY FOR DENGUE PREVENTION AND CONTROL.” https://www.afro.who.int/sites/default/files/2017-06/9789241504034_eng.pdf. Diakses pada 21 March 2024.
- Ministry of Health Malaysia. (2020). Integrated Vector Management for Aedes Control. Retrieved June 22, 2023, dari MOH: https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/MAHTAS/HTA/Report%20HTA%20IVM%20for%20Aedes%20Control.pdf
- Seng, Tham Ah. (2001). Legislation for Dengue Control in Malaysia. Retrieved June 22, 2023, dari WHO: https://apps.who.int/iris/bitstream/handle/10665/163628/dbv25p109.pdf?sequence=1&isAllowed=y
- World Health Organization. (2018). Vaccines and immunization: Dengue. Retrieved December 5, 2022, dari WHO:
https://www.who.int/news-room/questions-and-answers/item/dengue-vaccines - EMA. (2023). Qdenga. Retrieved March 21, 2023 dari European Medicines Agency:
https://www.ema.europa.eu/en/medicines/human/EPAR/qdenga - “Mosquitoes with Wolbachia for reducing numbers of Aedes aegypti mosquitoes | Mosquitoes | CDC.” Centers for Disease Control and Prevention, https://www.cdc.gov/mosquitoes/mosquito-control/community/emerging-methods/wolbachia.html. Diakses pada 21 March 2024.
Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Takeda Malaysia Sdn. Bhd. 200901025887 (868989-K)
Penafian: Maklumat di dalam laman web ini tersedia kepada umum untuk tujuan maklumat sahaja; ia tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat daripada ahli perubatan bertauliah. Sila rujuk kepada ahli perubatan bertauliah untuk mendapatkan nasihat perubatan
Imej ini menggambarkan pesakit hipotesis dan/atau profesional penjagaan kesihatan.
C-ANPROM/MY/DENV/0292 March 2024