Rawatan penyakit gonorrhea dari seorang doktor di Malaysia

Apakah penyebab penyakit Gonorrhea

Penyakit Gonore ialah sejenis penyakit kelamin. Bakteria Neisseria gonorrhea adalah penyebab penyakit gonore. Walaupun golongan lelaki yang kerap dikaitkan dengan penyakit gonore, tetapi kedua - dua golongan lelaki dan wanita yang aktif melakukan aktiviti seks tanpa perlindungan mempunyai risiko tinggi untuk mendapatkannya. Anda boleh mendapat gonorrhea dari sebarang jenis hubungan seksual, termasuk: Persetubuhan faraj Persetubuhan dubur Hubungan seks oral Neisseria gonorrhea boleh menyebabkan jangkitan pada bahagian sulit, rektum, tekak dan serviks. Seperti kuman lain, anda boleh dijangkiti bakteria Neisseria gonorrhea dengan hanya menyentuh kawasan yang dijangkiti pada orang lain. Anda tidak boleh mendapatkan penyakit gonorrhea dengan menyentuh objek seperti tempat duduk di tandas atau pakaian kerana bakteria ini tidak boleh hidup lebih dari beberapa saat di luar badan. Wanita yang dijangkiti penyakit gonorrhea boleh menyebarkan kuman ini kepada bayi mereka semasa melahirkan anak secara semula jadi (melalui faraj). Tetapi bayi yang dilahirkan secara C-seksyen (Ceaserian section) tidak boleh mendapatkannya dari ibu mereka.

Apakah gejala penyakit Gonorrhea

Dalam kebanyakan kes, penyakit gonore tidak menunjukkan sebarang gejala. Individu yang tidak mempunyai sebarang gejala dikenali sebagai pembawa bakteria tanpa gejala. Individu tersebut masih mempunyai risiko tinggi untuk menyebarkan bakteria gonorrhea walaupun tidak mengalami sebarang gejala.

Gejala penyakit gonore biasanya berlaku atau muncul dalam masa 2 hingga 14 hari selepas pendedahan kepada bakteria gonorrhea. Ciri-ciri penyakit gonore sedikit sebanyak sama untuk lelaki dan perempuan.


Gejala penyakit gonore pada wanita

Kebanyakan wanita dengan jangkitan gonorrhea tidak mempunyai sebarang gejala. Walaupun seseorang wanita itu mempunyai simptom, ianya tidak spesifik dan sering dianggap salah untuk jangkitan vagina (faraj) atau pundi kencing. Gejala penyakit gonorrhea awal pada wanita termasuklah:

  • Rasa pedih apabila kencing
  • Discaj putih ataupun hijau daripada faraj yang begitu banyak
  • Pendarahan daripada faraj (bukan pendarahan haid)
  • Sakit semasa persetubuhan

Wanita dengan penyakit gonore berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi serius akibat daripada jangkitan bakteria gonorrhea walaupun tidak mempunyai sebarang gejala.


Jangkitan gonorrhea di bahagian lain

  • Rektum:

            Gejala jangkitan rektum pada kedua-dua lelaki dan wanita termasuk discaj, gatal-gatal pada anus (dubur), kesakitan, pendarahan, atau pergerakan usus yang menyakitkan.

  • Tekak:

            Jangkitan pada tekak mengakibatkan sakit tekak dan bengkak pada kelenjar limpa (lymph nodes) di leher.

  • Mata:

            Jangkitan pada mata menyebabkan sakit mata, terlalu sensitif terhadap cahaya, dan pelepasan nanah dari satu atau kedua-dua mata.

Jika anda mengalami sebarang simptom (samada disenaraikan di atas atau tidak), sila bercakap dengan doktor dengan segera. 


Cara diagnosis gonorrhea

Doktor boleh diagnos penyakit gonore dengan beberapa cara. Doktor akan menjalankan pemeriksaan badan secara menyeluruh bagi memastikan tanda-tanda penyakit gonorrhea. Selain itu, sampel air kencing boleh digunakan untuk menguji kehadiran gonorrhea dengan cara yang dikenalii sebagai "nucleic acid amplification testing (NAAT)". Ia juga boleh didiagnosis dengan kaedah kultur gonorea, yang memerlukan spesimen swab yang diambil daripada uretra lelaki (saluran air kencing) atau serviks wanita (pembukaan ke rahim). Ia akan mengambil masa dua hingga tiga hari untuk mengetahui keputusan. Walaubagaimanapun, jika anda mempunyai hubungan seks oral dan / atau anal, swab akan diambil daripada tekak dan / atau rektum untuk memastikan jangkitan gonorrhea secara kaedah kultur mahupun “nucleic acid amplification testing (NAAT)”.


Cara mencegah penyakit gonorrhea

Satu-satunya cara untuk pencegahan penyakit gonore adalah untuk tidak mempunyai hubungan seks vagina, anal, atau oral. Sekiranya anda aktif secara seksual, anda boleh melakukan beberapa perkara berikut untuk mengelakkan penularan penyakit gonore.

  • Mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang telah diuji dan mempunyai keputusan ujian STD atau penyakit gonorrhea yang negatif.
  • Menggelakkan hubungan seks rambang.
  • Menggunakan kondom lateks semasa persetubuhan dengan cara yang betul.
  • Elakkan sebarang hubungan seks dengan pasangan anda jika mereka menunjukkan tanda-tanda jangkitan gonorrhea. Menasihatkan mereka untuk mendapatkan rawatan segera daripada doktor supaya dapat mengelakkan penularan penyakit gonore.
  • Dinasihatkan untuk melakukan ujian saringan sekali setiap tahun.


Pengubatan untuk Gonorrhea

Gonorrhea boleh diubati dengan rawatan penyakit gonorrhea yang betul. CDC kini mengesyorkan “Dual therapy” (iaitu menggunakan dua ubat) untuk rawatan gonorrhea. Hanya antibiotik kelas Cephalosporin digunakan untuk merawat gonorrhea. Ia digunakan untuk merawat penyakit gonore yang tidak berkomplikasi. Antibiotik untuk gonore tidak boleh dikongsi dengan orang lain.

  • Rawatan gonorrhea orang dewasa

            Dirawati dengan satu suntikan dos antibiotik seperti ceftriaxone (Rocephin) dengan satu pil dos seperti Azithromycin atau Doxycycline.

  • Rawatan kepada pasangan

            Pasangan anda juga harus menjalani ujian saringan dan rawatan untuk gonorrhea, walaupun dia tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala. Walaupun anda telah dirawat untuk gonorrhea, anda boleh dijangkiti semula jika pasangan anda tidak dirawat.

  • Rawatan bayi

            Ubat titis mata akan diberikan kepada bayi yang dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti gonorrhea tidak lama selepas dilahirkan untuk mencegah jangkitan. Jika jangkitan mata menjadi semakin teruk, bayi boleh dirawat dengan antibiotik. Sekiranya anda sedang mengandung dan mempunyai penyakit gonorrhea, dapatkan nasihat doktor supaya anda mendapat rawatan yang betul kerana jangkitan gonorrhea boleh menjejaskan kesihatan bayi. Adalah penting untuk merawat penyakit ini secepat mungkin untuk membantu mengurangkan komplikasi kepada bayi.

Anda boleh berkomunikasi dengan doktor kami menerusi telefon atau panggilan video dan menerima preskripsi ubatan yang boleh dihantar ke rumah anda. Sila tanya doktor di laman web www.doctoroncall.com.my sekarang untuk penerangan lebih lanjut.


Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA