Sekiranya saya menggunakan pil perancang atau mendapatkan suntikan perancang

Perancangan keluarga

Perancangan keluarga merupakan satu kaedah yang mengawal jumlah, masa dan jarak antara masa kelahiran anak. Kontraseptif pula biasanya dirujuk sebagai kaedah moden yang digunakan pada era moden ini sebagai salah satu komponen perancangan keluarga.

Perancangan keluarga telah membenarkan pasangan suami isteri untuk merancang kehidupan berkeluarga mereka tanpa kekangan-kekangan seperti takut ‘ter’mengandung tanpa dirancang dan boleh membantu dalam mengawal jarak mengandung yang sesuai bagi tiap-tiap pasangan.

Metod-metod ini sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang baru. Ia telah diamalkan sejak dahulu, cuma cara perlaksanaannya sahaja berbeza. Kemajuan teknologi kesihatan juga telah menyumbang kepada kemunculan kaedah-kaedah baru yang lebih efektif untuk dipraktikkan.

Antara kaedah-kaedah baru ini termasuklah pil perancang, ‘Intrauterine contraceptive device’ atau IUCD, suntikan, pemakaian kondom serta implan di bawah kulit.




Apakah pil perancang

Pil perancang merupakan salah satu kaedah yang mudah untuk perancang keluarga yang terbaik. Terdapat banyak jenis pil perancang yang terdapat di pasaran serta harganya juga berbeza mengikut kekuatan, jenis, kesan sampingan dan lain-lain.

Pil perancang Yasmin merupakan salah satu pil yang popular dalam kalangan para ibu untuk mengawal jarak antara kehamilan. Kesan sampingannya tidaklah sebanyak pil perancang lain. Sesetengah ibu memberitahu bahawa kulit mereka menjadi semakin cantik ia tidak menambah berat badan seperti pil-pil perancang lain.

Sebenarnya, pil perancang mempunyai pelbagai kebaikan yang jarang-jarang dibincangkan. Kebanyakan perbincangan mengenainya hanya berlegar-legar sekitar isu kenaikan berat badan dan beberapa kesan sampingan seperti loya, muntah, perubahan libido (kurang nafsu).

Buat pengetahuan anda, pil perancang bukan sahaja efektif dalam mencegah kehamilan. Tetapi ia juga dapat:

Pengambilan pil perancang bukanlah semestinya sesuai untuk semua. Konsultasi bersama doktor amatlah penting untuk memastikan pil yang manakah yang paling sesuai untuk anda.

  • Mengurangkan rasa sakit segugut
  • Menurunkan kadar jerawat dan kulit berminyak
  • Mengurangkan sindrom sebelum menstruasi atau dikenali sebagai PMS - suatu perasaan kurang selesa yang berlaku sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
  • Membantu kitaran haid supaya teratur dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
  • Membantu mengurangkan jumlah pengaliran darah haid.
  • Mengurangkan sista ovari atau ovarian cyst
  • Mengurangkan risiko barah ovari serta barah rahim
  • Melegakan sakit semasa ovulasi pada tengah-tengah kitaran haid (mid-cycle pain)
  • Meredakan produksi hormon androgen yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, betis dan peha seperti lelaki
  • Meredakan masalah bengkak dan ketulan bukan kanser pada buah dada
  • Mengawal kedatangan haid




Kesan sampingan pil perancang

Terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh didapati dengan penggunaan pil perancang ataupun dengan menggunakan suntikan. Berikut adalah antara kesan-kesan sampingan yang mungkin dialami:​

  • Pendarahan pada tengah-tengah kitaran haid 

            Biasanya kitaran akan kembali normal dalam jangka masa tiga bulan selepas pengambilan pil

  • Mual-mual

            Berlaku pada permulaan pengambilan pil. Ambil bersama makanan atau sebelum tidur mampu mengurangkan rasa mual

  • Rasa kesakitan pada bahagian payu dara
    • Pil perancang boleh menyebabkan payu dara sedikit membengkak, tetapi biasanya akan berkurangan selepas beberapa minggu pengambilan pil
    • Pemakaian coli yang sesuai, mengurangkan pegambilan garam dan kafein dapat membantu mengurangkan rasa tidak selesa.
  • Pening-pening dan migrain

            Disebabkan oleh kitaran hormon-hormon yang lepaskan oleh pil perancang. Pengurangan dos dapat membantu mengurangkan rasa pening-pening

  • Peningkatan berat badan

            Tiada kajian yang spesifik menunjukkan kaitan peningkatan berat badan dengan pengambilan pil perancang. Namun, terdapat satu review dilihat peningkatan sebanyak 2 kilogram berlaku dalam tempoh 6 hingga 12 bulan lepas pengambilan pil perancang

  • Perubahan emosi yang tidak menentu
    • Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan pil perancang meningkatkan risiko kemurungan atau perubahan emosi.
    • Dinasihatkan jika sesorang yang mengalami simptom ini untuk berjumpa doktor dengan segera
  • Kurang ransangan seksual​​​​​

            Keadaan ini mungkin berlaku kepada sesetengah pengguna. Jika berterusan ia sangat menggannggu kehidupan pasangan. Hal ini haruslah dibincang bersama doktor agar alternatif lain dapat dicari untuk mengatasinya.

  • Pengeluaran cecair daripada faraj

            Cecair mungkin keluar disebabkan oleh peningkatan atau pengurangan cecair yang memberikan gelinciran di dalam faraj. Ia juga mungkin disebabkan oleh perubahan keadaan cecair semulajadi faraj

  • Perubahan kejelasan penglihatan jika anda memakai kanta lekap

            Hal ini disebabkan oleh perubahan ketebalan kornea akibat perubahan keseimbangan hormon oleh pil perancang. Tetapi ianya tidaklah berkait dengan risiko peningkatan penyakit mata. Pemakai kanta lekap perlu mendapatkan nasihat daripada doktor untuk menguruskan masalah ini.

menguruskan masalah ini. Selain daripada itu, anda haruslah berjumpa dengan doktor dengan segera jika mengalami simptom-simptom berikut ketika mengambil pil perancang:

  • Kesakitan perut
  • Sakit dada
  • Sakit kepala yang teruk
  • Penglihatan kabur
  • Bengkak atau sakit pada kaki dan paha

Risiko yang serius menggunakan pil kawalan kelahiran, terutama pil kombinasi, adalah peningkatan risiko pembekuan darah. Ini boleh menyebabkan:​

  • Trombosis salur darah
  • Serangan jantung
  • Strok
  • Embolisma pulmonari (pulmonary embolism)

Secara keseluruhannya, risiko darah beku daripada menggunakan apa-apa jenis pil kawalan kelahiran adalah rendah. Walau bagaimanapun, risiko darah beku daripada pil perancang lebih tinggi untuk wanita-wanita yang mempunyai keadaan tertentu termasuklah wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan, tekanan darah tinggi dan berada di atas katil untuk jangka masa panjang.




Jenis-jenis pil perancang

Terdapat pelbagai jenis pil perancang yang berada di pasaran. Antara jenis-jenisnya adalah:​​

  • Norriday: mengandungi Norethisterone. Pil perancang dalam kategori mengandungi progesterone sahaja​
  • Marvelon: mengandungi Desogestrel 150 mcg, Ethinylestradiol 30 mcg. Kategori pil perancang yang mempunyai gabungan estrogen dan progesterone​
  • Nordette: mengandungi Levonorgestrel 150 mcg, Ethinylestradiol 30 mcg. Kategori pil perancang yang mempunyai gabungan estrogen dan progesterone​
  • Yasmin: mengandungi Drospirenone 3 mg, Ethinyloestradiol 0.03 mg. Kategori pil perancang yang mempunyai gabungan estrogen dan progesterone​
Cara makan pil perancang bergantung kepada jenis-jenis dan kandungan yang terdapat di dalam pil-pil tersebut. Sila berhubung dahulu dengan doktor untuk mengetahui jenis manakah yang paling sesuai untuk
kegunaan anda.






Kesan sampingan suntikan perancang keluarga

Selain daripada pil, terdapat juga beberapa jenis suntikan perancang keluarga yang berada di pasaran. Antaranya adalah suntikan Depo-Provera yang mengandunigi Medroxyprogesterone Acetate sebagai bahan aktifnya.

Ubat tersebut akan di suntik secara 'intramuscular' sebanyak 3 bulan sekali untuk kegunaan perancangan keluarga.

Kesan sampingan yang biasa:

  • Sakit kepala
  • Kepeningan
  • Kemuntahan
  • Perubahan pendarahan haid, contohnya pendarahan tidak teratur atau kadang-kadang berhenti pendarahan
  • Kesakitan payudara
  • Keletihan
  • Kenaikan berat badan

Kesan sampingan yang luar biasa:

  • Perubahan mood, termasuk kemurungan.
  • Ruam
  • Jerawat
  • Kehilangan rambut atau pertumbuhan rambut meningkat
  • Kista pada ovari
  • Jaundis
  • Kehamilan ektopik
  • Suntikan perancang boleh hamil

Hubungi kami untuk dapatkan khidmat nasihat doktor terus daripada rumah anda. Layari laman web https://www.doctoroncall.com.my untuk nasihat lanjut.


Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA