Campak Dan Cacar Air Kanak-Kanak Sama Atau Tidak? Apakah Cara Untuk Bezakan?

Cara Untuk Bezakan Demam Campak Dan Cacar Air Dalam Kanak-Kanak - DoctorOnCall
Anonymous

Hello doktor. Saya seorang ibu yang mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 5 tahun. Kebelakangan ini, anak saya telah mengalami demam panas dan bintik-bintik bertimbul pada seluruh badan selepas 2 hari demam. Saya sangat risau dan Google tentang isu ini, saya mendapati bahawa cacar air dan campak boleh menyebabkan gejala-gejala tersebut. Saya tidak berapa faham apa yang telah dibaca tetapi saya tahu campak adalah penyakit yang lebih serius. Oleh itu, saya nak tanya doktor, macam mana kita boleh membezakan kedua-dua penyakit ini? Adakah kondisi anak saya membahayakan dan wajibkah saya hantar anak saya ke hospital untuk rawatan?

Anonymous
Hello doktor. Saya seorang ibu yang mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 5 tahun. Kebelakangan ini, anak saya t... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Salam sejahtera puan, terima kasih atas soalan yang diajukan. Berdasarkan keterangan anda, ianya adalah benar bahawa gejala yang bermanifes dalam kedua-dua penyakit ini mempunyai persamaannya dan selalu mengelirukan orang ramai. Penyakit-penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus, Cacar air disebabkan oleh Varicella Zoster virus dan Campak disebabkan oleh Measles virus. Perbezaan mereka adalah tempat permulaan timbulnya ruam merah, jenis ruam dan penglibatan sistem yang lain. Demam campak ini adalah lebih serius berbanding dengan cacar air dan ianya akan menyebabkan kematian kanak-kanak sekiranya tidak dirawat dengan segera. Oleh itu, anda disarankan untuk membawa anak anda ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih terperinci supaya diagnosa yang tepat boleh dipastikan dan rawatan boleh dimulakan seawal mungkin.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh mengunjungi laman web kami https://www.doctoroncall.com.my/ untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor kami melalui forum, live chat, sesi audio atau video.

Salam sejahtera puan, terima kasih atas soalan yang diajukan. Berdasarkan keterangan anda, ianya adalah benar bahawa ... See More

Apakah Itu Demam Campak?

Penyebab demam campak, iaitu virus Measles merupakan sejenis virus yang berbahaya kerana ianya boleh membawa maut kepada kanak-kanak yang dijangkiti. Tahukah anda betapa senang virus ini tersebar? Virus ini boleh merebak ke kanak-kanak lain melalui titisan air dalam udara selepas pesakit batuk atau bersin. Sebelum ciptaan vaksin Measles, virus ini telah meragut hampir 2.6 juta nyawa setiap tahun di seluruh dunia. Statistik ini cukuplah menjadi bukti betapa dahsyat kesan demam campak ini terhadap manusia. Dengan ciptaan vaksin, kes jangkitan Measles telah turun dengan drastik, tetapi masih ada kanak-kanak yang belum divaksinkan menghidapi penyakit ini akibat kecuaian atau ketidaksudian ibu bapa untuk mengikuti jadual vaksin.

Apakah Perbezaan Campak Dan Cacar Air?

Demam campak vs cacar air. Persoalan ini amat mengelirukan orang ramai untuk membezakan kedua-dua penyakit ini yang akan menyebabkan demam dan ruam pada kulit. Kadang kala, gejala yang bermanifes pada permulaan adalah bersamaan dan ini amat membahayakan sekiranya demam campak dianggap sebagai cacar air. 

Di sini, kita akan mengajar orang ramai, terutamanya ibu bapa cara untuk membezakan penyakit tersebut. Pertama sekali, jenis ruam yang timbul pada cacar air biasanya bermula dengan ruam yang kemerahan dan bintik-bintik yang berair akan mula muncul. Bagi demam campak, ruam yang kemerahan ini biasanya tidak bersifat bintik, ianya kelihatan lebih rata tetapi ada sesetengah individu akan mempunyai ruam yang berbintik. Ini menyebabkan kesusahan untuk mengenalpasti penyakit yang menyebabkannya. Bintik-bintik merah dalam campak ini biasanya tidak berair dan ini merupakan perbezaan yang menonjol berbanding dengan cacar air. 

Selain itu, tempat permulaan ruam adalah berbeza antara kedua-dua penyakit ini. Ruam akan merebak mengikuti susuran bermula dari dahi kepala atau muka, seterusnya ke leher, tubuh badan, tangan dan akhirnya kaki dalam kes jangkitan Measles. Satu lagi ciri yang menonjol ialah dalam bintik dalam mulut yang bernama “Koplik spots” yang boleh dicam oleh doktor dengan mudah. Bagi cacar air pula, ruam merah ini biasanya bermula dari tubuh badan dan merebak ke seluruh badan secara rawak. Tambahan pula, demam campak ini akan turut melibatkan mata dan sistem pernafasan yang tidak akan berlaku dalam cacar air.

Gejala/Tanda Campak

Dalam 7 hingga 14 hari dijangkiti oleh virus Measles, ciri-ciri demam campak akan mulai menunjuk, seperti: 

  • Demam
  • Selesema 
  • Batuk 
  • Sakit tekak 
  • Perasaan sengal-sengal otot
  • Konjunktivitis (Mata merah dan Mata berair)

Selepas 3 hingga 5 hari ciri pertama menonjol, ruam merah akan mulai timbul dari dahi kepala atau muka dan seterusnya merebak ke seluruh badan dalam beberapa hari. Bintik yang merah dengan pusat yang berwarna putih (Koplik’s spot) juga akan muncul dalam mulut. 

Ibu bapa sering tertanya-tanya, anak yang sakit campak boleh mandi atau tidak? Terdapat mitos yang mengatakan bahawa kanak-kanak demam “Measles” ini tidak patut dimandikan kerana air mandi akan memburukkan demam. Sebenarnya, mandi ini akan membantu untuk melegakan demam mereka. Ibu bapa disarankan memandikan anak dengan span dan air suam supaya suhu badan tidak mencecah bacaan tinggi yang boleh menyebabkan masalah lain seperti sawan.

Apakah Komplikasi Demam Campak?

Demam campak bukan sahaja akan menyebabkan gejala yang tidak menyenangkan, malah akibat demam campak ini amat membinasakan jika tidak dirawat! 

Komplikasi yang umum adalah seperti:

  • Cirit-birit dan muntah yang boleh menyebabkan dehidrasi
  • Otitis media (Keradangan telinga tengah)
  • Konjunktivitis (Keradangan mata)
  • Laryngitis (Keradangan peti suara)
  • Pneumonia, Bronchitis atau Croup (Keradangan dan jangkitan saluran pernafasan)
  • Sawan demam

Komplikasi yang kurang umum adalah seperti:

  • Hepatitis (Keradangan hati)
  • Squint (Mata juling)
  • Meningitis atau Encephalitis (Keradangan struktur sekitar otak atau keradangan otak)

Komplikasi yang sangat jarang adalah seperti:

  • Optic neuritis (Keradangan saraf mata dan menyebabkan kebutaan)
  • Masalah jantung dan sistem saraf
  • Subacute Sclerosing Panencephalitis (SSPE) yang boleh membawa maut (1 antara 25000) 

Betapa dahsyat komplikasi penyakit yang boleh disebabkan oleh virus ini! Orang ramai terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil lagi, sila berwaspada dan mengenali penyakit ini supaya anda boleh melindungi anak-anak buah hati anda!

Apakah Cara Pencegahan Campak?

Setakat ini, rawatan bagi demam campak ini hanya boleh melegakan simptom yang dialami dan pesakit ini perlu dikuarantin supaya tidak menjangkiti kanak-kanak lain yang tidak divaksin. Kondisi ini akan dilegakan secara progresif dalam 7 hingga 10 hari selepas simptom pertama ditunjukkan. Terdapat petua yang menggunakan daun semambu yang sering digunakan semasa kanak-kanak menghidapi cacar air, ianya juga dikatakan boleh mengubati demam campak. Berkenaan dengan petua ini, ibu bapa dinasihatkan supaya tidak mempercayai sepenuhnya kerana manfaat kesihatan daun semambu ini belum dibuktikan. Penyakit ini boleh membawa maut jika dirawat dengan salah, saya percaya bahawa ibu bapa tidak akan membahayakan anak-anak anda dengan petua tanpa bukti saintifik, betul?

Cara menangani demam campak adalah vaksin. Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan Program Imunisasi Kebangsaan, di mana vaksin MMR (Measles, Mumps, Rubella) akan diberi pada umur 9 dan 12 bulan, dan dos booster akan diberi pada umur 7 tahun. Ibu bapa disarankan untuk mengikuti jadual immunisasi kanak-kanak ini supaya anak anda dilindungi daripada virus ini. Janganlah sesekali terpedaya dengan fakta palsu oleh golongan anti-vaksin! Kes Polio yang pertama telah dilaporkan di Malaysia selepas 27 tahun bebas daripada ancaman virus ini, kita haruslah sedar bahawa betapa besar risiko telah dibawa oleh golongan anti-vaksin ini.

References