Akupuntur : Bagaimana Rawatan Alternatif Dengan Jarum Ini Membantu Pesakit?

Adakah Rawatan Perubatan Tradisional Cina Akupuntur Bermanfaat? - DoctorOnCall
Anonymous

Selamat pagi doktor, saya nak tanya tentang ayah saya yang kena strok kebelakangan ini. Ayah saya berumur 63 tahun dan minggu lepas baru sahaja discaj dari hospital kerana stroknya. Beliau mempunyai masalah jantung dan darah tinggi sebelum strok dan telah lama menerima rawatan dari pihak hospital. Sekarang, beliau masih tidak dapat berjalan dan sebutan perkataannya masih tidak jelas, masalah-masalah ini telah menyebabkan beliau jadi panas baran dan selalu dalam mood yang buruk. Saya amat bimbang akan keadaan ayah saya dan kawan Cina saya juga ada mengesyorkan Akupuntur kerana rawatan ini amat berkesan untuk ayah dia yang kena strok. Doktor, adakah akupuntur ini selamat dan bermanfaat?

Anonymous
Selamat pagi doktor, saya nak tanya tentang ayah saya yang kena strok kebelakangan ini. Ayah saya berumur 63 tahun da... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada anda dan ayah anda. Saya amat memahami kerisauan anda kerana sebagai seorang anak, kita pastilah mengharapkan agar ayah kita akan sembuh dengan cepat dan selalu dalam mood yang ceria. Saya seorang doktor perubatan Barat tetapi saya amat mengalu-alukan rawatan alternatif yang telah terbukti secara kajian saintifik dan salah satunya ialah akupuntur. Akupuntur ini mempunyai sejarah yang lama dan kebelakangan ini, para pengkaji telah menerbitkan keberkesanan akupuntur melalui penyelidikan saintifik yang sah terutamanya rawatan selepas strok. Jarum digunakan mampu merangsang bahan kimia dalam otot, saraf tunjang dan otak. Ini dapat mengekalkan keseimbangan hormon dan bahan kimia yang dapat mempercepatkan proses sembuh dan ayah anda akan berasa ceria.

Bagi ayah anda yang mengalami gejala strok, saya percaya akupuntur berpotensi untuk membantu untuk melegakan kesusahannya. Untuk maklumat yang lanjut, anda boleh mengunjungi laman web kami https://www.doctoroncall.com.my/ untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor kami melalui forum, live chat, sesi audio atau video.

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada anda dan ayah anda. Saya amat memahami kerisauan anda kerana sebagai seorang ... See More

Apakah Akupuntur Sebenarnya?

Acupuncture merupakan rawatan tradisional yang diamalkan oleh orang Cina sejak Tamadun Orang Cina beribu-ribu tahun dahulu. Sama seperti rawatan bekam, akupuntur ini telah memantapkan kedudukannya dalam komuniti Cina, malah ia popularitinya semakin meningkat pada zaman perubatan moden ini! Akupuntur dalam bahasa Cina membawa maksud penggunaan jarum untuk merawat dan jarum akupuntur ini tidak sama seperti jarum yang digunakan untuk menjahit baju. Tekniknya amat khas dan memerlukan pakar yang mahir dengan titik akupuntur supaya cara dan takat cucuk jarum ini tidak menyebabkan kesakitan pada pesakit.

Bagaimanakah Akupuntur Berfungsi?

Pengamal akupuntur percaya bahawa penyakit brlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan Yin dan Yang, iaitu tenaga yang menyumbang kepada jasad kita. Oleh itu, jarum-jarum akan dicucuk di antara 350 titik akupuntur yang menghubungkan 12 sumber utama boleh mengembalikan keseimbangan ini. Jarum-jarum yang diperbuat daripada perak, tembaga dan emas, setiap bahan dikatakan boleh mengeluarkan tenaga magnetik atau tenaga Qi dalam tahap yang berlainan. Kesan tenaga ini dipercayai mempunyai kesan yang sama seperti ubat dan ia akan menimbulkan rasa kekebasan, berat, senak atau berdenyut-denyut. Ramai orang bimbang bahawa jarum ini akan menyakitkan badan mereka, tetapi jarum ini adalah sangat kecil, lebih kecil daripada jarum jahit!

Pada era perubatan yang moden ini, terdapat pakar yang menggunakan teori neurosains untuk menjelaskan mekanisme akupuntur. Jarum dicucuk akan merangsang aktiviti saraf, otot dan tisu seterusnya meningkatkan saluran darah ke kawasan tersebut. Bahan kimia badan yang berperanan sebagai bahan tahan sakit turut akan disalurkan sekali dengan darah ini. Namun begitu, rawatan alternatif ini pernah didiskriminasi oleh pengamal perubatan Barat kerana mereka menggolongkan akupuntur sebagai kepercayaan karut. Pada tahun 1971, seorang doktor perubatan Barat telah memberi testimoni selepas dirawat dengan akupuntur mengikuti pembedahan di China dan menarik perhatian para ahli profesional untuk mengaji dengan lebih dalam. Sekarang, rawatan tradisional Cina ini telah diiktiraf sebagai rawatan yang sah dan terbukti untuk mengubati penyakit-penyakit yang tertentu!

Betulkah Akupuntur Bermanfaat?

Jika anda banyak mendengar tentang kebaikan berkam, pastilah anda akan hairan semasa anda membaca tentang kebaikan akupuntur! Tambahan pula, manfaat rawatan ini telah disahkan oleh World Health Organization (WHO).

  1. Meredakan kesakitan
  2. Seperti dinyatakan di atas, bahan kimia yang dihasilkan dalam badan akan mengalir ke tempat cucuk jarum ini akibat peningkatan saluran darahuntuk melegakan kesakitan. Keadaan di bawah telah terbukti mampu dirawat oleh akupuntur, seperti:

    • Sakit hati
    • Sakit perut
    • Sakit muka (akupuntur muka meredakan kesakitan muka yang disebabkan oleh masalah saraf, yang ubat Barat tidak begitu berkesan terhadap kesakitan ini)
    • Sakit kepala atau migrain
    • Sakit sendi dan otot
    • Sakit selepas pembedahan
    • Rheumatoid arthritis
    • Insomnia

    Bagi mereka yang mempunyai masalah sukar tidur, anda boleh mencuba rawatan ini. Cucukan jarum di aurikel ini akan memberi kesan hipnotik, iaitu perasaan hendak tidur. Kesan ini membolehkan pesakit dengan insomnia untuk mengaktifkan proses tidur dan memberikan mereka tidur yang nyenyak selepas rawatan.

  3. Kesihatan Wanita
  4. Kesusahan wanita setiap bulan semasa datang haid ialah kesakitan yang teramat sehinggakan tidak dapat meneruskan aktiviti seharian mereka. Daya tahan mereka terhadap ubat tahan sakit menjadi sangat tinggi sehingga ubat-ubatan tidak berkesan lagi. Rawatan akupuntur ini telah menjadi alternatif wanita untuk melegakan gejala ini kerana ia mampu mengimbangkan tahap hormon dan menghilangkan kesakitan haid ini. Tambahan pula, ianya juga boleh digunakan untuk mengembalikan fisiologi badan normal bagi wanita yang baru bersalin.

  5. Strok (Angin Ahmar)
  6. Dalam Malaysia, 15 unit Perubatan Tradisional dan Komplementari telah diperkenalkan di hospital-hospital tertentu dan unit ini turut memberi khidmat untuk pesakit strok sebagai rawatan komplimentari untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Fungsi akupuntur dalam pesakit angin ahmar ini adalah untuk meningkatkan pergerakan tubuh badan yang dijejaskan, mengurangkan kesakitan dan kemurungan dengan mencetuskan penghasilan hormon endorfin dalam kuantiti lebih banyak.

  7. Kanser
  8. Kesan sampingan kimoterapi yang dahsyat memang diketahui oleh orang ramai. Sudahlah pesakit mengalami gejala kanser yang membinasakan, rawatan kemoterapi pula memburukkan keadaan mereka. Oleh itu, manfaat akupuntur banyak diselidik untuk mengurangkan penderitaan pesakit kanser. Banyak penyelidikan telah melaporkan bahawa kesan sampingan kimoterapi seperti sakit kepala, loya atau muntah telah menurun, dengan demikian meningkatkan kualiti hidup mereka!

Adakah Akupuntur Lebih Bagus Daripada Perubatan Barat?

Persoalan ini mestilah sering tertanya-tanya dalam kalangan orang ramai. Sebagai seorang pengamal perubatan, kita tidak harus membandingkan jenis perubatan sekiranya telah disahkan oleh kajian saintifik. Kedua-dua cara perubatan ini mempunyai fungsi dan peranan yang berlainan, inilah kelebihan rawatan akupuntur:

  • Selamat sekiranya dilaksanakan oleh pakar.
  • Dapat mengelakkan kesan sampingan ubat-ubatan.
  • Boleh digabungkan dengan cara perubatan lain seperti dalam pesakit kanser.
  • Boleh membantu pesakit yang tidak sesuai untuk mengambil ubat.

Seorang pakar akupuntur ini tidak akan mempromosi dan menuntut bahawa rawatan ini adalah paling berkesan. Mereka akan menilai sama ada pesakit ini sesuai untuk menerima rawatan akupuntur dan memberi nasihat yang jujur kepada pesakit.

Apakah Risiko Yang Mungkin Berlaku?

Setiap modal perubatan mesti ada risikonya termasuklah akupuntur. Risiko rawatan ini adalah seperti:

  1. Sakit Di Tempat Cucuk
  2. Sesetengah pesakit akan berasa sakit, pendarahan kecil atau lebam kecil di tempat tusukan jarum tetapi gejala ini akan hilang dalam beberapa jam atau hari. 

  3. Kecederaan Organ
  4. Hal ini akan berlaku sekiranya doktor anda tidak berpengalaman atau tidak mempunyai kelayakkan yang betul. Organ yang boleh dicederakan seperti paru-paru sekiranya jarum cucuk dengan terlalu dalam.

  5. Jangkitan
  6. Sebagai seorang pesakit, anda juga perlu berhati-hati dan memastikan doktor anda menggunakan jarum yang baru atau bersih sebelum rawatan. Hal ini kerana jarum tersebut boleh membawa jangkitan seperti HIV atau Hepatitis.

References