Sakit Mata- Adakah Ia Boleh Berjangkit Melalui Pandangan?

Sakit Mata, Merah, Bengkak & Pedih. Adakah Mudah Berjangkit?- DoctorOncall
Anonymous

Salam Sejahtera doktor. Saya lelaki berumur 25 tahun. Sejak semalam saya perasan mata kiri saya menjadi kemerah-merahan. Saya dapati ia kerap berair dan dipenuhi dengan tahi mata serta lendir kuning. Saya tidak mengalami sebarang masalah penglihatan. Namun, semakin lama ia semakin berasa sakit dan mengganggu aktiviti seharian. Saya juga sudah beberapa hari mengalami demam yang tidak kebah. Sebenarnya, rakan sekerja saya juga mengalami masalah yang sama. Rakan saya masih lagi ke pejabat walaupun sudah beberapa hari mengalami gejala yang sama. Saya risau penyakit ini akan berjangkit pada anak saya kerana dia masih lagi bersekolah tadika. Apa yang perlu saya lakukan doktor?

Anonymous
Salam Sejahtera doktor. Saya lelaki berumur 25 tahun. Sejak semalam saya perasan mata kiri saya menjadi kemerah-merah... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami. Berdasarkan gejala yang anda hadapi, terdapat pelbagai sebab yang boleh menyumbang kepada masalah yang anda hadapi. Antaranya: 

  • Jangkitan bakteria pada mata
  • Jangkitan virus
  • Alahan 
  • Benda asing 
  • Trauma

Simptom yang anda nyatakan seperti mata merah, sakit, mata bertahi, berair secara berlebihan, demam dan berlendir kuning lebih menjurus kepada masalah jangkitan kuman pada mata kiri. Ia dikenali sebagai Jangkitan kuman pada selaput konjungtiva. Namun, pemeriksaan yang lebih teliti amat diperlukan bagi mendapatkan diagnosis sebenar. 

Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami. Berdasarkan gejala yang anda hadapi, terdapat pelbagai s... See More

Apakah punca sakit mata?

Sakit mata merupakan gejala yang lazim dirawat lebih-lebih lagi di peringkat klinik. Ia boleh dihidapi oleh pelbagai lapisan umur tanpa mengira jantina. Kebanyakan punca sakit mata boleh dirawat menggunakan ubat- ubatan dan tidak disebabkan oleh penyakit berbahaya yang boleh menyebabkan komplikasi seperti hilang penglihatan. Apabila berjumpa dengan doktor, terdapat dua jenis sakit mata yang akan dikenal pasti. Antaranya ialah jenis sakit mata orbital iaitu sakit pada bahagian mata yang terletak didalam rangka mata atau jenis sakit mata okulus iaitu sakit pada bahagian diluar rangka mata seperti kanta mata.

Sakit mata jenis orbital

  • Glaukoma

Selain daripada pedih mata , penyakit ini juga boleh menyebabkan gejala mual, sakit kepala dan kehilangan penglihatan. Penyakit ini adalah disebabkan peningkatan tekanan pada intraokular atau tekanan dalam mata. Jika peningkatan tekanan ini mendadak, ia akan menyumbang kepada komplikasi iaitu Glaukoma jenis sudut tertutup akut sehingga boleh menyebabkan kehilangan penglihatan buat selama-lamanya. 

  • Radang saraf optik

Saraf optik merupakan saraf yang mencamtumkan mata dan otak. Apabila dijangkiti kuman atau virus, keradangan pada saraf optik boleh terjadi sehingga menyebabkan gejala seperti sakit mata dan kehilangan penglihatan terjadi. Penyakit autoimun juga boleh menyebabkan kondisi ini. 

  • Radang sinus

Radang sinus boleh menyebabkan mata yang sakit kerana tekanan pada belakang mata semakin meningkat. 

  • Migrain

Masalah sakit kepala ini juga boleh menyebabkan gejala ini walaupun tidak kerap.

  • Trauma

Kecederaan adalah antara punca gejala ini tidak kira samada kecederaan yang menembusi mata atau hanya pada luaran sahaja. 

  • Radang Iris

Keradangan pada lapisan iris boleh menyebabkan sakit pada bahagian dalam mata. 

  • Radang kulit di bahagian orbit (Orbital cellulitis)

Penyakit ini menyebabkan gejala sakit mata bengkak dan amat berbahaya kerana boleh mengganggu penglihatan. 

Sakit mata jenis okulus

  • Benda asing

Apabila terdapat benda asing pada mata, hal ini akan menyebabkan keradangan dan kesakitan pada bahagian mata. 

  • Radang pada selaput konjungtiva

Penyakit ini menyebabkan sakit mata bertahi, berlendir, demam, merah dan berair. Konjunktiva merupakan selaput pada bahagian paling luar mata. Bahagian ini mudah dijangkiti atau mengalami keradangan. Punca radang konjungtiva termasuklah jangkitan virus, kuman, alahan dan sebagainya. 

  • Lelas pada kornea

Kornea adalah lapisan yang jelas yang menyelaputi mata. Ia mudah terdedah pada kecederaan. 

  • Radang kelopak mata/ Blefaritis

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar yang menghasilkan minyak pada kelopak mata dijangkiti kuman atau mengalami keradangan. 

  • Ketuat

Masalah ini boleh menyumbang kepada gejala mata yang sakit kerana iritasi daripada ketuat tersebut. 

Apakah tanda-tanda sakit mata?

Tanda-tanda masalah ini bergantung kepada jenis penyakit yang dihidapi pesakit. Setiap gejala yang dihadapi memberi gambaran kepada penyakit mata tertentu. Namun, secara umum, mata yang berpenyakit akan memberi gejala berikut:

  • Penglihatan yang semakin kabur
  • Mata semakin berair atau berlendir kuning
  • Sensasi seperti terdapat bahan asing pada mata
  • Sakit kepala
  • Sensitif pada cahaya
  • Loya atau muntah
  • Mata menjadi merah

Bagaimanakah cara merawat sakit mata?

Cara menghilangkan sakit mata bergantung kepada punca sebenar masalah tersebut. Antara ubat-ubatan yang lazim digunakan untuk merawat masalah ini adalah:

  • Berehat 

Kurangkan penggunaan bahan elektronik seperti komputer riba atau telefon bimbit yang memerlukan penggunaan mata secara berterusan. Perkara ini merupakan cara yang terbaik untuk menyembuhkan penyakit tersebut tanpa mengira samada rawatan perubatan digunakan atau sebaliknya. 

  • Penggunaan cermin mata

Kurangkan penggunaan kanta lekap sewaktu masalah ini berlaku bagi memberi peluang kepada lapisan kornea untuk berehat. 

  • Menekap mata dengan kain suam

Jika anda mengalami masalah ketuat atau radang kelopak mata, menekapkan kawasan berpenyakit dengan kain suam boleh meredakan keradangan. 

  • Ubat Antibiotik

Ubat ini berfungsi untuk merawat jangkitan kuman pada mata. Ia digunakan dalam bentuk ubat titis atau secara oral. 

  • Ubat antihistamin

Ubat ini amat berfungsi jika digunakan apabila pesakit menghidap masalah alahan. Ia wujud dalam bentuk ubat titis atau oral. 

  • Ubat tahan sakit

Jika kesakitan yang dialami pesakit mengganggu aktiviti seharian, pesakit dinasihatkan mengambil ubat tahan sakit. 

  • Pembedahan 

Rawatan ini digunakan jika pesakit mengalami gejala ini akibat bahan asing pada mata. Walaubagaimanapun, rawatan ini amat jarang digunakan. Rawatan laser digunakan jika pesakit mengalami glaukoma bagi memudahkan aliran cecair yang menyebabkan tekanan pada bahagian mata meningkat. 

Apakah kaedah penjagaan mata yang berkesan?

Cara menghilangkan sakit mata bergantung kepada punca sebenar masalah tersebut. Antara ubat-ubatan yang lazim digunakan untuk merawat masalah ini adalah:

  • Berehat 

Kurangkan penggunaan bahan elektronik seperti komputer riba atau telefon bimbit yang memerlukan penggunaan mata secara berterusan. Perkara ini merupakan cara yang terbaik untuk menyembuhkan penyakit tersebut tanpa mengira samada rawatan perubatan digunakan atau sebaliknya. 

  • Penggunaan cermin mata

Kurangkan penggunaan kanta lekap sewaktu masalah ini berlaku bagi memberi peluang kepada lapisan kornea untuk berehat. 

  • Menekap mata dengan kain suam

Jika anda mengalami masalah ketuat atau radang kelopak mata, menekapkan kawasan berpenyakit dengan kain suam boleh meredakan keradangan. 

  • Ubat Antibiotik

Ubat ini berfungsi untuk merawat jangkitan kuman pada mata. Ia digunakan dalam bentuk ubat titis atau secara oral. 

  • Ubat antihistamin

Ubat ini amat berfungsi jika digunakan apabila pesakit menghidap masalah alahan. Ia wujud dalam bentuk ubat titis atau oral. 

  • Ubat tahan sakit

Jika kesakitan yang dialami pesakit mengganggu aktiviti seharian, pesakit dinasihatkan mengambil ubat tahan sakit. 

  • Pembedahan 

Rawatan ini digunakan jika pesakit mengalami gejala ini akibat bahan asing pada mata. Walaubagaimanapun, rawatan ini amat jarang digunakan. Rawatan laser digunakan jika pesakit mengalami glaukoma bagi memudahkan aliran cecair yang menyebabkan tekanan pada bahagian mata meningkat. 

Bagaimanakah cara sakit mata berjangkit?

Sakit mata yang disebabkan jangkitan kuman atau virus dijangkiti melalui sentuhan. Jika anda menyentuh pada bahagian yang mengandungi virus atau kuman dan anda menyentuh mata seterusnya, anda memiliki risiko untuk dijangkiti penyakit tersebut. Virus atau kuman yang menjangkiti mata boleh hidup di permukaan barangan atau persekitaran selama beberapa tempoh. Jangkitan ini juga boleh berlaku melalui ciuman, pelukan dan ketika bersalam salaman. Batuk serta bersin turut merupakan salah satu cara penyakit ini dijangkiti. Oleh itu, kebersihan amat dititikberatkan untuk memastikan masalah ini dibendung. Anda disarankan untuk kerap mencuci tangan dan menjaga kebersihan kanta lekap. 

Jika anda atau anak anda mengalami masalah ini, anda dinasihatkan untuk tinggal di dalam rumah atau tidak keluar sehingga gejala anda surut dan pulih sepenuhnya. Walaubagaimanapun, jika situasi tidak membenarkan, anda disarankan untuk mencuci tangan dengan kerap dan sempurna bagi mengelakkan jangkitan terhadap orang sekeliling.

Saya berharap penerangan yang telah diberikan boleh menyelesaikan sedikit sebanyak keraguan puan. Jika puan masih mempunyai soalan tentang masalah ini, puan boleh berbincang dengan lebih lanjut dengan doktor kami. www.doctoroncall.com.my .