surianti

5 tahun

Adakah hanya orang gemuk yang akan dapat penyakit kolesterol?

Hanya orang gemuk ke yang akan dapat kolesterol tinggi?

Terima kasih kerana mengemukakan soalan anda.

Golongan obesiti sering dikaitkan dengan masalah kolesterol. Sebenarnya orang yang kurus juga berisiko mengalami masalah kolesterol tinggi. Kadar kolesterol tidak boleh diukur hanya dengan melihat berat badan dan indeks jisim tubuh (BMI). Kegemukan melibatkan penyimpanan kolesterol di bawah kulit manakala masalah berlebihan kolesterol melibatkan pengumpulan kolesterol di dinding saluran darah.

Kolesterol tinggi disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya adalah pemakanan yang tidak sihat. Orang yang kurus kadang-kadang kurang mengawal permakanan. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh meningkatkan tahap kolesterol LDL (“jahat”). Ia berbentuk pepejal di bawah suhu sejuk. Contoh sumber lemak tepu yang biasa diambil ialah susu dan hasil tenusu penuh lemak dan santan. Contoh sumber lemak trans ialah marjerin, makanan sejuk beku, makanan bergoreng, makanan segera dan produk bakeri. Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol LDL (‘jahat’). Pengambilan organ dalaman seperti hati, jantung dan ginjal berkolesterol tinggi. Makanan laut seperti sotong, udang, ketam dan kerang-kerangan berlebihan.

Kekurangan aktiviti fizikal juga menyumbang kepada peningkatan kolesterol. Orang yang kurus kadang-kadang jarang membuat senaman. Mereka mungkin berpendapat bahawa badan yang kurus bermakna tahap kolesterol mereka terkawal. Gaya hidup yang tidak aktif inilah yang menyebabkan kolesterol tinggi.

Faktor yang seterusnya adalah peningkatan umur. Fungsi organ akan menurun dengan peningkatan umur dan ini akan mempengaruhi proses metabolisme kolesterol. Selain itu, merokok boleh menjejaskan saluran darah dan menurunkan tahap kolesterol HDL (“baik”). Ini akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung. Stres juga selalu menyebabkan pemakanan yang tidak sihat. Akhir sekali, genetik boleh mempengaruhi proses metabolisme kolesterol seseorang. Masalah genetik yang boleh menyebabkan kolesterol tinggi termasuk kiperkolesterolemia familial, defisiensi lipase hepatik dan defisiensi lipoprotein lipase familial.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

belly-2354_640

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)