Sulit
2 tahun
Buka ikatan peranakan
saya berumur 37tahun sudah ada 3 orang anak dan sudah di ikat peranakan… adakah masih boleh buka semula peranakan Doctor?sebab saya rancang nak hamil lagi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, prosedur mengikat fallopian ini adalah kaedah ‘pemandulan’ yang kekal, kebarangkalian wanita untuk hamil terlalu rendah.
Namun begitu, jika puan mengharapkan kehamilan semula, terdapat beberapa keaedah iaitu:
- menyambung semula fallopian (reversed tubectomy) jika telah dipotong
- membuka semula ikatan BTL sekiranya hanya di ikat
- membuat prosedur IVF (bayi tabung uji)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.