Sulit
2 tahun
Covid 19 test kit - jika selesema adakah ianya boleh membezakan virus covid dgn virus selsema
saya selsema dan test covid sendiri, dari 5 test ( hidung , saliva) 3 positif, Adakah stest kit ini dapat membezakan virus covid 19 dengan virus selsema biasa atau sekali harung ( maknanya asal virus je ia positif)
Mohon beri penjelasan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, Ujian kendiri Covid-19 adalah direka untuk mengesan protein virus dalam badan anda. Sekiranya anda positif, bermakna anda positif COVID-19, anda dikehendaki mengikut garis panduan KKM untuk mengasingkan diri sehingga mendapat keputusan negatif dan tidak bergejala.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.