Sulit
2 tahun
Hidung sumbat dengan hingus susah nafas
Saya lelaki 25 thn.sudah 3 hari lepas,tak pasti disebabkan cuaca ke apa…kerana saya sering bekerja di waktu malam & kkdg hujan panas siang & malam sejuk selepas hujan…hari pertama,tekak rasa mcm melekat benda manis lepas mnum teh O gula…cirit tahi cair hanya sehari terus lega.hari kedua,saya terasa sejuk seakan demam tapi suhu tak panas masih bawah 36.6 & lega beserta batuk hanya sehari & terus lega…hari ketiga hidung berair & tersumbat hingus beserta kahak kkdg susah bernafas bukan di dada tapi dihidung kerana tersumbat,hingus warna putih…saya buat antigen rapid test covid 19 …dua kali negatif…adakah kerana apa doktor?saya juga sering mengalami anxiety disebabkan gerd…kerap sendawa & kentut…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, hidung tersumbat dengan hingus yang menyebabkan sukar untuk bernafas boleh disebabkan oleh:
- Rinitis Alergi
- Polip hidung (hidung tersumbat hanya sebelah dan tidak berpindah-pindah)
- Iritasi hidung kerana faktor lingkungan contohnya asap atau debu.
- Sinusitis kronis (infeksi sinus yang berlangsung lama)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.