Sulit
2 tahun
Keto diet .. ambil beras konjak . Adakah selamat ? Lemak jahat sy dlm bacaan 6 .. tp kolestrol normal
Bacaan utk kolestrol normal tp lemak jht tu 6 bacaan ye. .adakah keto diet dgn konjak beras dan ambil beras yis merah pil suplement sesuai di amalkan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda mengenai tahap lemak LDL yang tinggi.Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,konjac merupakan makanan yang sesuai bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat disebabkan kandungan kalorinya yang amat rendah. Kajian menunjukkan bahawa konjac mampu menurunkan kadar kolesterol buruk dan membantu untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Mengenai persoalan anda,Red Yeast Rice (RYR) atau beras yis merah merupakan ubat tradisional untuk menurunkan tahap kolesterol, mengawal aliran darah dan merawat cirit birit. Walaubagaimanapun anda perlu berhati-hati apabila mengambil produk RYR kerana ianya mengandungi sejenis bahan kimia yang terhasil secara semulajadi dan ianya seakan sama dengan bahan farmaseutikal iaitu lovastatin.
Terdapat pelbagai cara untuk menurunkan paras kolesterol,antaranya adalah:
1.Pengamalan gaya hidup yang sihat
2.Melakukan senaman
3.Yoga
4.Gunakan tangga selain daripada menaiki lif
5.Berjalan kaki sewaktu pergi ke kedai yang berdekatan rumah anda
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan nasihat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.