Sulit
2 tahun
Kulit Zakar tidak sunat gatal
Saya lelaki. Sebelum main sex saya ada rasa kulit zakar saya yang tidak sunat ada sikit gatal. Jadi saya juga biar shj dan main sex dgn condom selepas buka condom rasa makin gatal dan sikit sakit tpi x nampak luka ke apa. Selepas tu ada isap tnpa condom. Ada ke ni risiko blh kena hiv atau sifilis. Mohon bantu? Jika hiv window period brp lama sesuai check hiv
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Herpes Kelamin (Genital Herpes) yang boleh disebabkan oleh virus HSV
- Litchin nitidus (keradangan pada bahagian kelamin)
- Candidiasis (disebabkan oleh jangkitan kulat)
- Kudis buta (Scabies)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.