Sulit
2 tahun
Rasa ngilu dekat vagina
saya perempuan umur 21. kenapa saya rasa ngilu dekat vagina dan keluar air kencing sikit je. kadang kadang tak rasa ngilu tapi air kencing still keluar. saya kena selalu pakai panty liner ataupon pad sebab tanak kena panties. benda tak selalu jadi tapi kalau sekali jadi, banyak yang keluar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah ngilu pada bahagian vagina anda. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa keadaan yang boleh mengakibatkan masalah ini berlaku, antaranya:
- Kering bahagian vagina
- Jangkitan bakteria
- Keradangan
- Hormon yang tidak seimbang
- Penggunaan produk yang tidak sesuai
- Alergi
- Penyakit kulit
- Ketumbuhan atau kanser
- Herpes
- Jerawat
- Foliculitis
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.