Sulit
4 tahun
Remaja yang mengalami obesiti
Saya berumur batu 18 tahun .tapi berat badan saya hampir mencecah 100kg. Perlukah saya mengambil ubat seperti adipex untuk membantu menurun kan berat badan saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah obesiti yang dihadapi. Akan tetapi, sebelum anda mengambil ubat tambahan seperti adipex, saya sarankan untuk anda mencuba cara yang lebih selamat tetapi mengambil masa dan usaha yang konsisten.
Pertama sekali dan paling penting adalah menjaga pemakanan anda. Jangan ambil makanan ringan dan air manis langsung. Kemudian, makan mengikut piramid makanan yang seimbang. Jangan makan sambil kenyang. di antara makan anda boleh mengambil snek seperti buah atau kekacang. Namun bukan dalam kuantiti yang banyak.
Kemudian, bersenam untuk meningkat metabolisma badan serta menguatkan tubuh badan. Senaman yang paling mudah dan melibatkan seluruh badan adalah jumping rope atau berenang.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut anda anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor atau pakar pemakanan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.