Sulit
2 tahun
Sakit pinggan sebelah kanan & bawah perut
hi doctor sy berusia 26 tahun telah berkahwin & mempunyai seorang ank. sy juga pernah bedah appendix pada tahun 2017., skrg sy rasa kerap sakit pinggang bahagian kanan & bawah perut sebelah kanan… bila sakit tu mula menyerang sy betul2 tak tahan rasa mcm di cucuk2. kadang tu sy berkeras untuk tahan sakit😢…
apa perlu sy buat doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penyakit radang pelvis (PID)
- Batu karang di buah pinggang
- Kehamilan ektopik
- Rupture ovarian cyst
- Ulcerative Chron’s Disease
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.