Sulit
2 tahun
Tidak datang period 2bulan
- Hello Doc, saya Noor berumur 25tahun dan sudah berkahwin.
Soalan saya , kenapa sudah 2bulan saya tidak period iaitu datang haid seperti biasa ? Kemudian saya merasa kepala saya melayang layang diwaktu petang hingga ke malam hari. Saya juga merasa buah dada saya begitu lembik seakan ada susu didalamnya… sedangkan saya sudah check pregnant test menunjukkan bahawa saya masih negatif.
Bolekah doctor beri penjelasan kepada saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah haid yang lewat. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan yang terlalu rendah
- Policystic ovary syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Gangguan hormon
- Kehamilan
Untuk pengetahuan anda, kitaran haid dikira dari hari pertama haid hingga hari pertama haid seterusnya. Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran haid boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.
Anda disarankan untuk berbincang mengenai keadaan ini dengan doktor atau doktor pakar sakit puan untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.
Saya harap jawapan diatas memuaskan dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami atau doktor pakar sakit puan kami, anda boleh berhubung dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.