Sulit
2 tahun
Ubat Dafflon & AlaNerve
Salam Sejahtera… Sy perempuan berumur 30 tahun… Sy telah menjalani pembedahan pembuangan extra tissue di ketiak 2 minggu yang lepas… Saya diberi ubat dafflon & alanerve utk kurangkan bengkak & sakit kebas… Apakah kesannya sekiranya saya berhenti mengambil ubat berkenaan secara tiba²? Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk pulih sepenuhnya untuk saya melakukan aktiviti² lasak ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,ubat Dafflon & Alanerve tidak seharusnya dihentikan dengan serta-merta kerana boleh menyebabkan kesan pemulihan yang agak mendadak.Mengenai melakukan aktiviti lasak anda hendaklah berbincang dengan doktor semasa rawatan susulan.Hal ini kerana doktor tersebut akan memeriksa bahagian ketiak anda dan memberitahu ianya sudah pulih dengan baik atau tidak.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.