aqilatul919
5 tahun
Ubat untuk keracunan makanan
Jika sy mengalami tanda2 keracunan makanan iaitu muntah dan sakit perut pada waktu mlm,apakah ubt yg perlu sy ambl sementra tunggu siang…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda mengalami muntah dan sakit perut yang luar biasa, anda tidak perlu tunggu hingga ke waktu pagi kerana ia boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius. Namun begitu, bagi keracunan makanan, perkara yang lebih utama ketika berlakunya muntah atau cirit-birit adalah untuk menggantikan air badan yang hilang. Sekiranya anda mempunyai “Oral Rehydration Salt” di rumah, maka, anda boleh mengambilnya untuk memastikan elektrolit dalam badan seimbang. Sekiranya anda yakin makanan yang baru dimakan tidak baik seperti basi, dalam tempoh satu jam selepas makan anda boleh mengambil “activated charcoal”. Namun begitu, proses muntah dan cirit-birit adalah proses semula jadi selepas keracunan makanan untuk membuang punca makanan tersebut. Anda tidak digalakkan untuk mengambil ubat tahan muntah atau tahan cirit-birit jika ianya berlaku sementara sahaja.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.