Anonymous
4 years
Long period after changing planning pills
women
25years old
gave birth on february 2020. took Planning pill (yasmin) on day 30 after deliver. changed to Mercilon on June.
6 last pills had spotting. last 2 pills i stopped taking mercilon. had period like usual after spotting. now day 13 still having thick brownish spotting.
4 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
Masalah tiroid
Tekanan
Gaya hidup aktif
Untuk makluman anda, senaman amat bagus untuk mengubah kitaran haid kepada lebih normal, maka teruskan usaha anda untuk bersenam. Amalkan oemakanan yang sihat kerana makanan segera adalah antara faktor utama kitaran haid berubah dan boleh menyumbang kepada haid berpanjangan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.