Sulit
5 tahun
Baru lepas operation bypass (jantung)
ayah saya baru saja operation bypass awal bulan ni … apa patut buat jika pada jahitannya keluar nanah?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda atau ayah anda mempunyai kapas dan kit membersihkan luka yang diberikan oleh hospital, anda boleh pastikan nanah dilap kering dan tidak terdedah kepada kekotoran. Sekiranya nanah kerap keluar, anda dinasihatkan untuk membawa ayah anda ke klinik bagi pemeriksaan lanjut akan jahitan luka serta pembersihan kawasan jahitan. Sekiranya kawasan luka tersebut berwarna merah/hitam, sakit ataupun bernanah yang berbau busuk, maka anda boleh segera membawa ayah anda berjumpa doktor segera. Sekian