gprc.radicare
5 tahun
Hadiah yg sesuai untuk pesakit
Boleh x sekiramya saya memberi hadiah bunga dan buah kepada pesakit yg menghidap lung infection
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, memberikan buah-buahan sebagai hadiah untuk pesakit jangkitan paru-paru adalah dibolehkan memandangkan buah mengandungi nutrien dan vitamin yang boleh membantu proses penyembuhan pesakit. Akan tetapi, pemberian bunga adalah sebaiknya dielakkan/ Hal ini kerana bunga, terutama yang berbau wangi mempunyai spora dan gas yang molekulnya berukuran sangat kecil (micro) dan dikhuatiri dapat menyebabkan keradangan sekiranya dihidu pesakit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.