Sulit
5 tahun
Kanser, adakah boleh menjadi sejarah
saya nurain umur 19, Saya nak bertanya doktor tentang kanser, arwah mak saya pernah hadap kanser payudara 3 tahun dari stage 1 sampai stage 4 , dan saya nak bertanya adakah sebahagian kanser dari keluarga boleh menjadi sejarah? maksud adakah saya berisiko utk terkena kanser payudara atau kanser lain2 sebagai anaknya yang rapat.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Ya. Kanser berkait rapat dengan keturunan dan sejarah keluarga. Jika ibu anda menhidap barah payudara, maka anda berisiko tinggi untuk menghidap kanser tersebut. Anda perlu bertenang dan rajinkan diri untuk menjalani ujian saringan di klinik atau hospital. Jika dikesan awal, maka peluang untuk sembuh itu tinggi. Jika anda tidak menghidap kanser tersebut, maka itu adalah bonus dan sekurang-kurangnya anda sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.