Anonymous
5 tahun
Luka czer terkena jangkitan kuman
Baru baru ni saya melahirkan anak secara emergency czer dan 9 hari lepas bersalin jahitan czer saya keluar nanah dan saya ada demam… Saya pergi ke hospital dan jahitan saya dibuka semula dan dicuci setiap hari… Doctor ada ambil sample luka dan buat ujian mengesahkan saya terkena jangkitan kuman MRSA… so lepas tu saya diberi antibiotic sehingga cukup dos… Dan kini luka saya dah semakin sembuh dan hampir tutup sendiri… Yang menjadi persoalan sekarang adakah saya masih dijangkiti kuman jika luka saya dah semakin sembuh? Sekarang saya hanya menunggu utk doctor jahit semula luka saya ni.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, lazimnya sekiranya anda sudah menghabiskan dos antibiotik mengikut arahan doktor jangkitan pada luka kulit anda akan berkurangan.
Daripada keterangan anda, kemungkinan besar luka anda semakin sembuh, namun adalah baik jika anda mendapatkan pandangan doktor melalui pemeriksaan ke atas luka apabila sesi temu janji kelak. Rujuk kepada doktor dengan segera jika anda mendapat gejala seperti bengkak, merah, bernanah atau berdarah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.