liongurlz508
5 tahun
Paru paru di jangkiti kuman
Saya umur 30 tahun dan sekarang jatuh sakit dh hampir sebulan Berat badan pun turun dengan mendadak daripada 48kg turun ke 43kg
Setiap malam batuk berkahak selalu susah bila bernafas selalu rasa semput dan selera makan pun kurang,
Ada jumpa dgn Doctor dh pun buat x-ray dan Doctor sahkan paru paru kena jangkiti kuman
Sy nak tanya pendapat Doctor kt sini apakah yg perlu Sy lakukan dan cara menaganinya untk penyakit yg saya tgh hadapi buat sekarang ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, memandangkan anda telah didiagnosis, sebaiknya anda mengikuti regimen ubat yang bersesuaian. Justeru, sebaiknya anda berbincang dengan doktor anda dan mengikuti rekomendasi dan preskripsi ubat yang diberikan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.