Sulit
5 tahun
Paru paru masuk kuman
Hai doctor…kakak sepupu saya mengalami breast cancer n now stage 3…baru done dgn 1 chemotherapy…and semlm dia ada jumpa doctor di hospital n doctor tu saran kan dia jangan keluar rumah kerana takut kena jangkitan kuman pada paru-paru…boleh kah doctor terang kn dengan lebih terperinci macam mana kita nak tahu yg kita kena jangkitan itu…apa simptom2 nya…
Thanx doctor…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Akibat daripada rawatan chemo kakak sepupu anda, sistem imunisasi akan terjejas sekali gus menyebabkan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan. Segera dapatkan bantuan perubatan jika kakak sepupu anda mengalami:
- Demam tinggi
- Batuk berterusan lebih daripada seminggu.
- Batuk berkahak yang banyak
- Batuk berkahak berwarna kekuning- kuningan
- Sakit dada
- Susah bernafas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana khuatir komplikasi yang membahayakan nyawa akibat daripada sistem imunisasi yang lemah. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.