Demam

Tanda Dan Gejala Demam (Fever)

Baca Soalan

Demam merupakan suhu badan anda yang lebih tinggi daripada suhu badan biasa. Suhu badan biasa bagi seseorang individu boleh berlainan dari 36.5 degree celcius sehingga 37.5 celcius. Demam adalah respons sistem imun tubuh badan anda untuk melawan jangkitan. Oleh itu, suhu badan yang meningkat sedikit adalah baik untuk membantu melawan jangkitan tersebut. Apabila suhu badan mencecah 38 degree celcius dan ke atas, ia memerlukan pemeriksaan suhu badan beberapa jam sekali supaya demam tidak menjadi terlampau tinggi. Demam lama dan berpanjangan juga memerlukan bantuan medikal.

Apakah tanda-tanda demam?

  • Berasa sejuk yang berlainan dengan orang lain (ciri demam biasa)

  • Menggigil

  • Kekurangan selera makan

  • Kekurangan air and berasa dahaga

  • Kelesuan

  • Berasa mengantuk

  • Berpeluh

  • Kerengsaan yang teramat, kekeliruan ataupun sawan sekiranya mempunyai demam tinggi

Tanda-tanda demam boleh berlainan daripada satu individu ke individu. Oleh itu, sekiranya anda berasa mempunyai demam, anda boleh mendapat suhu badan secara objektif dengan termometer.

Apabila kita berbincang tentang demam, ia mempunyai pelbagai faktor. Oleh itu, kita boleh melihat faktor demam dari segi umur dan punca. Dari segi umur, demam boleh dibahagikan kepada demam dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa. Dari segi puncanya, jangkitan, kanser, penyakit autoimun ataupun masalah tiroid boleh menyebabkan demam.

Punca demam dalam kalangan kanak-kanak:

  • Jangkitan respiratori seperti selsema, bronchitis ataupun pneumonia merupakan punca demam yang paling biasa. Kanak-kanak mempunyai sistem imun yang berkembang.

  • Vaksinasi boleh menyebabkan demam. Ia adalah respons tubuh yang baik. Sekiranya demam berpanjangan, sila bawa balik ke doktor anda.

  • Jangkitan Denggi perlu diberikan perhatian di Malaysia sekiranya anda tinggal di kawasan yang mempunyai kes-kes denggi.

  • Jangkitan sistem penghadaman contohnya gastroenteritis. Kanak-kanak mempunyai sistem imun yang berkembang.

  • Jangkitan saluran kencing

Punca demam dalam kalangan dewasa:

  • Jangkitan respiratori, sistem penghadaman ataupun saluran kencing (respiratori seperti selsema merupakan punca paling biasa)

  • Kanser

  • Keradangan

Kebanyakkan orang dewasa mempunyai jangka masa demam yang lebih pendek berbanding dengan kanak-kanak. Hal ini kerana orang dewasa mempunyai sistem imun yang lebih kuat.

Bilakah jumpa doktor dengan demam?

  • Kanak-kanak demam yang tidak aktif dan tidak dapat makan

  • Demam lama yang berlarutan selebihi 48 jam

  • Demam disertai muntah pada orang dewasa dan kanak-kanak

  • Demam dengan sakit telinga

  • Demam dengan sakit tekak

  • Demam selepas makan ubat baru

  • Demam tidak bersurut selepas makan ubat

  • Demam dengan peluh waktu malam

Sekiranya anda mempunyai demam dengan simptom-simptom di bawah, anda perlu mendapat pemeriksaan doktor dengan segera.

  • Sawan

  • Kesakitan kepala yang teramat

  • Kekeliruan

  • Ruam

  • Muntah yang tidak berhenti-henti

  • Leher yang sengit dan sakit

  • Kesesakan bernafas dan sakit dada

Written by: SASHINI A/P SEENIVASAGAM

MBBS (Melaka-Manipal)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?