Kencing Manis

Apakah Gejala Diabetes Insipidus

Baca Soalan

  • Diabetes insipidus merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan penghasilan atau respons terhadap aktiviti “antidiuretic hormone” atau ADH di dalam badan.
  • ADH merupakan sejenis hormon yang mengurangkan pembuangan air daripada badan kita.  
  • Punca-punca diabetes insipidus biasanya terbahagi kepada dua punca utama iaitu:
    • “Central diabetes insipidus” iaitu diabetes insipidus yang berpunca daripada masalah di otak.

    • “Nephrogenic diabetes insipidus” iaitu diabetes insipidus yang berpunca daripada buah pinggang yang gagal bertindak balas kepada hormon ADH.

  • Pelbagai jenis gejala diabetes insipidus telah ditemui oleh pakar-pakar tetapi gejala yang paling biasa adalah pembuangan air kencing yang berlebihan dan rasa dahaga yang terlampau.  
  • Selain itu, diabetes insipidus juga boleh menyebabkan simptom-simptom lain seperti:
    • Pengambilan air yang berlebihan, terutamanya air sejuk

    • Bangun dari tidur untuk membuang air

    • Kekurangan garam potassium di badan akibat pembuangan air kencing yang terlalu banyak

    • Kekurangan selera makan

    • Kesusutan atau penambahan berat badan

    • Masalah penglihatan kabur

    • Sembelit dan pembuangan tahi yang keras

    • Pembantutan tumbersaran dan perkembangan bagi golongan kanak-kanak

    • “Dehydration” atau kekeringan badan akibat kekurangan air di dalam badan. Tanda-tanda “dehydration” adalah merangkumi keletihan, penurunan tumpuan, pening, sakit kepala, mata dan mulut kering, debaran jantung, kulit kering, tekanan darah yang rendah, badan sejuk dan kekejangan otot.

Ciri-ciri pesakit diabetes insipidus

  • 30 peratus daripada pesakit-pesakit “cranial diabetes insipidus” tidak mempunyai sebarang ciri yang membantu menentukan punca kepada penyakit mereka.  
  • Manakala 70 peratus daripada golongan ini mempunyai ciri-ciri seperti:
    • Sejarah ahli keluarga yang menghidap diabetes insipidus

    • Menghidap sindrom DIDMOAD dan mengalami tanda lain seperti masalah penglihatan dan pendengaran

    • Mengalami parut dan perubahan bentuk kepala akibat trauma atau pembedahan otak

    • Demam, keletihan, kekeliruan dan sawan jika mereka menghidap jangkitan otak

    • Sakit kepala dan masalah penglihatan kabur jika terdapat ketumbuhan di dalam otak

    • Penyakit autoimum kelenjar tiroid

    • Kanser darah seperti leukimia

  • Untuk pesakit-pesakit yang menghidap “nephrogenic diabetes insipidus”, mereka boleh mengalami ciri-ciri berikut:
    • Golongan yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik seperti pesakit dialisis. Mereka juga boleh mengalami tanda-tanda kegagalan buah pinggang seperti bengkak kedua-dua belah kaki, kegatalan kulit, keletihan, kurang selera makan dan kesusutan berat badan.

    • Buah pinggang polisistik yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan bengkak di bahagian abdomen

    • Sejarah batu karang, sakit tulang, sakit perut serta loya dan muntah jika mereka mempunyai garam kalsium dalam darah

    • Detak jantung yang terlalu laju, lemah otot dan sembelit bagi pesakit yang kekurangan garam kalium dalam darah

    • Golongan yang menggunakan ubat lithium terutamanya pesakit psikiatrik

    • Mata dan mulut kering bagi pesakit yang menghidap sindrom Sjogren


Written by: Dr Nur Syuhada Binti Zulkifli

Degree in Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?