Kencing Manis

Komplikasi Penyakit Diabetes Insipidus Yang Harus Diketahui

Baca Soalan

  • Diabetes insipidus merupakan kondisi yang bercirikan rasa dahaga yang teramat dan pengeluaran kencing yang berlebihan. Ia adalah disebabkan oleh kekurangan pengeluaran hormon yang dipanggil sebagai vasopressin dalam badan anda.
  • Hormon vasopressin ini berfungsi mengarahkan buah pinggang anda untuk menyimpan air dalam badan. Apabila kita menggunakan perkataan komplikasi, ia bermaksud akibat yang tidak diingini yang disebabkan oleh penyakit tersebut.
  • Komplikasi penyakit menyebakan keterukan yang lebih serius dan selalunya melibatkan beberapa sistem dalam badan.

Antara akibat diabetes insipidus yang boleh berlaku kepada pesakit termasuklah :

    • Kekurangan air secara berpanjangan
    • Ketidakseimbangan elektrolit
    • Suhu badan yang rendah
    • Denyutan jantung yang cepat
    • Kekurangan berat badan
    • Kelesuan
    • Sakit kepala yang kerap
    • Hipotensi (tekanan darah yang rendah)
    • Kerosakan buah pinggang  
  • Komplikasi boleh berlaku kepada seseorang pesakit walaupun dia telah dirawati. Komplikasi lebih cenderung berlaku kepada seseorang sekiranya mereka tidak dirawati ataupun kawalan penyakit yang kurang memuaskan.  
  • Selain itu, keberangkalian berlakunya komplikasi diabetes insipidus adalah bergantung kepada:
    • Umur
    • Status kesihatan
    • Sistem pertahanan badan
    • Kerentanan
  • Daripada komplikasi yang disenaraikan, masalah kekurangan air dan ketidakseimbangan elektrolit merupakan komplikasi yang lebih kerap berlaku dalam golongan pesakit.

Kekurangan air (Dehidrasi) :

  • Pesakit diabetes inispidus tidak dapat menyimpan air yang mencukupi dalam badan mereka walaupun mereka minum air yang mencukupi. Hal sedemikian menyebabkan pengeluaran air daripada badan secara berlebihan.
  • Sekiranya anda ataupun orang yang dikenali mempunyai mempunyai diabetes insipidus, ia adalah penting untuk mengetahui simptom dan tanda kekurangan air.  
  • Simptom dan tanda kekurangan air termasuk :
    • Kepeningan

    • Mulut dan bibir yang kering

    • Mata yang nampak tenggelam

    • Kekeliruan dan kerengsaan (pergi ke hospital segera)

  • Sekiranya mempunyai simptom dan tanda sebegini, sila minum air untuk mengatasi masalah kekurangan air. Bagi pesakit yang kekurangan air yang ketara, mereka memerlukan cecair intravena daripada hospital terdekat.
  • Jikalau anda mengalami muntah-muntah, cirit-birit ataupun peluh yang berlebihan, anda memerlukan penggantian air yang lebih banyak untuk membekalkan air yang mencukupi.

Ketidakseimbangan elektrolit :

  • Elektrolit merupakan unsur-unsur minerals yang terdapat dalam badan anda dalam kuantiti yang kecil. Kandungan elektrolit boleh menaik dalam badan anda sekiranya anda mempunyai kekurangan air.
  • Kenaikan kandungan elektrolit ini boleh menjejaskan fungsi tubuh badan anda, terutamanya fungsi otot yang sangat sensitif terhadap tahap elektrolit dalam badan anda.  
  • Contoh-contoh elektrolit yang penting dalam badan anda termasuk:
    • Sodium
    • Potassium
    • Chloride
    • Magnesium 
    • Bicarbonate
  • Ketidakseimbangan elektrolit boleh menyebabkan beberapa simptom seperti:
    • Sakit kepala
    • Kelesuan
    • Kerengsaan
    • Sakit otot
  • Anda digalakkan mengamalkan pemakanan yang kurang dalam sodium dan protein untuk mengurangkan pembentukan kencing dan pengurangan air yang dikeluarkan.

Written by: Dr Nur Syuhada Binti Zulkifli

Degree in Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?