Gonorea

Cara Pencegahan Penyakit Kelamin Gonore (Gonorrhoea)

Baca Soalan

Bagaimanakah penyebaran jangkitan gonorea boleh dicegah?

  • Gonore adalah sejenis jangkitan seksual (STI-sexually transmitted infection) yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoeae. Jangkitan ini boleh merebak daripada seseorang kepada yang lain melalui hubungan seks yang tidak dilindungi (tanpa kondom).
  • Hubungan seks tidak semestinya hubungan seks faraj, malah hubungan seks dubur atau oral juga boleh menyebabkan jangkitan gonore ini merebak. Jangkitan ini melibatkan beberapa bahagian tubuh seperti zakar, faraj dan juga tekak.
  • Jangkitan ini agak biasa, terutamanya dalam kalangan golongan muda yang berusia 15-24 tahun.
  • Untuk pengetahuan anda, Gonore tidak tersebar dengan:
    • Mencium
    • Memeluk
    • Mandi kolam renang
    • Berkongsi tempat duduk tandas, atau berkongsi tuala mandi, cawan, pinggan atau kutleri
  • Gonore boleh menyebabkan komplikasi serius apabila tidak dirawat. Jangkitan ini juga boleh merebak daripada wanita hamil kepada bayinya. Sekiranya anda hamil dan mungkin mengalami jangkitan gonore, adalah sangat penting untuk menjalani ujian darah dan rawatan yang diperlukan sebelum bayi anda dilahirkan.
  • Sekiranya anda tidak menerima sebarang rawatan, jangkitan gonore boleh menyebabkan kebutaan kekal pada bayi yang baru dilahirkan.
  • Oleh itu, cara mencegah penyakit gonore haruslah diketahui dan diberi perhatian yang serius. Kebanyakan kes gonore boleh dirawat secara berkesan dengan ubat-ubatan yang sedia ada di klinik dan hospital.
  • Jangkitan itu juga dapat disembuhkan jika rawatan diterima dalam kadar segera. Para pesakit yang menghidapi jangkitan gonore haruslah diuji untuk penyakit STI yang lain termasuklah sifilis, klamidia, herpes, HPV (human papillomavirus) dan juga HIV (human immunodeficiency virus).
  • Terdapat beberapa cara pencegahan gonore atau dikenali sebagai cara pencegahan penyakit kencing nanah. Ia adalah amat penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan jangkitan ini tidak berlaku langsung.

Cara mencegah gonore adalah seperti yang berikut:

  1. Menjauhkan diri daripada hubungan seksual

  • Langkah berjaga-jaga yang paling efektif adalah dengan mengelakkan diri sama sekali daripada melakukan hubungan seks tidak kira hubungan seks faraj,oral atau dubur.

  1. Gunakan kondom yang berkualiti tinggi setiap kali anda mempunyai hubungan seks faraj, oral, atau dubur

  • Kondom mesti digunakan secara konsisten dan betul untuk menjadi berkesan dalam mencegah jangkitan STI dan HIV.

  • Berikut adalah beberapa arahan mengenai penggunaan kondom yang betul:

    • Gunakan kondom baru untuk setiap tindakan seks (iaitu faraj, oral dan dubur).

    • Berhati-hati semasa mengendalikan kondom supaya tidak rosak atau koyak dengan kuku, gigi, atau benda tajam yang lain.

    • Letakkan kondom setelah zakar tegak dan sebelum bersetubuh dengan pasangan.

    • Gunakan hanya pelincir berasaskan air (contohnya, K-Y Jelly, Astroglide, AquaLube, dan gliserin) dengan kondom lateks.

      Pelincir berasaskan minyak (contohnya, jeli petroleum, minyak urut, losyen badan dan minyak masak) boleh bertindak balas dengan lateks dan tidak boleh digunakan.

    • Untuk mengelakkan kondom daripada tergelincir, tahan kondom dengan kuat pada pangkal zakar semasa anda ingin menarik keluar dan menarik balik sementara zakar masih tegak.

  • Penggunaan kondom untuk wanita juga digalakkan setiap kali bersetubuh dengan pasangan. Kondom wanita perlu diletakkan di dalam faraj sebelum berhubung dengan zakar. Jangan memasukkan kondom terlalu jauh ke dalam faraj dan jangan gunakan semula kondom tersebut. Gunakan kondom yang baru setiap kali anda bersetubuh.

  1. Hanya mempunyai satu pasangan seksual yang tidak dijangkiti STI

  • Anda digalakkan untuk mempunyai seorang pasangan sahaja (hubungan monogami) untuk jangka masa yang panjang.

  • Pastikan pasangan anda dan diri anda menjalani pemeriksaan sebelum bersetubuh untuk memastikan anda dan pasangan bebas daripada sebarang jangkitan STI.

  1. Vaksinasi

  • Vaksinasi pra-pendedahan (Pre-exposure vaccination) adalah salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan human papillomavirus (HPV). Vaksin HPV diberikan secara rutin untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 11 atau 12 tahun dan sebaiknya sebelum wanita aktif melakukan hubungan seks.

  1. Bercakap dengan pasangan anda

  • Komunikasi adalah amat penting untuk mewujudkan hubungan yang harmoni sesama pasangan. Janganlah malu atau segan untuk bercakap dengan pasangan anda tentang jangkitan seksual dan kepentingan menghadiri ujian STD di klinik sebelum bersetubuh. Ia boleh menjadi agak kekok pada mulanya tetapi kesihatan pasangan adalah tanggungjawab diri sendiri.

6. Ujian semakan semula selepas menerima rawatan gonorea untuk mengetahui jangkitan ulangan

  • Pemeriksaan dan ujian darah semula selepas beberapa bulan dijangkiti jangkitan klamidia, gonorea, atau trichomoniasis dapat mengesan jangkitan berulang.

  • Mana-mana orang yang diuji positif klamidia atau gonorea, bersama-sama dengan wanita yang menguji positif trichomonas, perlu diberi rawatan semula 3 bulan selepas rawatan utama diterima.

  • Oleh kerana gonorea biasanya tidak menyebabkan gejala, ia adalah penting untuk mendapatkan ujian pemerikasaan yang lengkap dan teratur, terutamanya jika pasangan anda telah mengetahui dijangkiti dengan gonorea.
  • Bercakap dengan doktor anda tentang berapa kerap anda perlu diuji untuk gonore dan jangkitan STI yang lain.

Cara mengelakkan penyebaran jangkitan gonore

  • Untuk mengurangkan risiko penyebaran jangkitan gonore kepada orang lain, anda harus mengelak dari melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya tujuh hari selepas selesai rawatan.

  • Anda juga harus menggalakkan sesiapa sahaja yang telah melakukan hubungan seks sejak 60 hari yang lalu untuk berjumpa doktor mereka sendiri untuk menjalani ujian.

  • Sekiranya anda berada dalam hubungan baru, pasangan anda perlu menjalani ujian untuk jangkitan gonorea.

  • Walaupun anda dirawat untuk gonore, anda masih boleh dijangkiti semula daripada pasangan anda.

  • Rakan anda akan menerima rawatan yang sama seperti anda jika mereka mempunyai jangkitan gonorea.

  • Anda dan pasangan anda perlu menjauhkan diri dari hubungan seks sehingga anda telah selesai menjalani rawatan dan disembuhkan.



Apakah hubungan seks yang selamat?

  • Gunakan kondom dengan cara yang betul setiap kali anda bersetubuh dengan pasangan anda.

  • Sebaik yang mungkin, wujudkan hubungan seks monogami (satu rakan kongsi sahaja) untuk jangka masa yang panjang dengan pasangan anda. Pastikan mereka telah diuji dan mempunyai keputusan ujian STD yang negatif.

  • Sekiranya anda dijangkiti jangkitan gonorea, habiskan dos ubat anda dan selepas 7 hari anda boleh melakukan hubungan seks dengan menggunakan kondom sebagai pencegahan gonore.


Written by: Dr Ilias Yee

MB BCh BAO (NUI), LRCPI, LRCSI, Fellow Open Medical Institute (Addiction), Fellow ASHM Leadership (Sexual Health & HIV Medicine)

18 Aug 2018
Tanya Doktor PERCUMA
Kunjungi ePharmacy