Dari Kit Ujian Rapid kepada Ujian Darah: Ketahui Pelbagai Cara Mengesan Denggi!

Meneroka Pelbagai Kaedah Ujian Denggi, Daripada Kit Rapid hinggalah Ujian Darah | DoctorOnCall

Demam denggi, jangkitan virus bawaan nyamuk, menimbulkan ancaman kesihatan yang ketara di banyak tempat di dunia.[1] Gejala denggi berbeza-beza dari ringan hingga teruk seperti demam panas, sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan ruam, dan dalam kes yang melampau boleh mengancam nyawa.[1] Memandangkan kelazimannya yang semakin meningkat, adalah penting untuk memahami cara mendiagnosis denggi untuk pengurusan penyakit yang berkesan.[1]

Apa itu Ujian Denggi?


Ujian denggi adalah prosedur diagnostik yang digunakan untuk mengenal pasti kehadiran virus denggi atau antibodi yang dihasilkan sebagai tindak balas kepada virus dalam darah pesakit.[2] Ujian ini membantu dalam mengesahkan sama ada seseorang individu itu dijangkiti denggi atau tidak.[2]

Apa yang Perlu Tahu Sebelum Mengambil Ujian?

Sebelum menjalani ujian denggi, terdapat beberapa faktor penting untuk dipertimbangkan. Memahami aspek ini akan memastikan bahawa keputusan ujian anda adalah tepat dan bermakna. Berikut adalah faktor utama untuk mengetahui sebelum menjalani ujian denggi:

  • Masa Ujian

Masa ujian denggi dilakukan adalah penting untuk mendapatkan keputusan yang tepat.[3] Ujian terlalu awal mungkin menghasilkan keputusan negatif palsu kerana virus mungkin tidak dapat dikesan pada peringkat awal jangkitan.[3] Rujuk pembekal penjagaan kesihatan anda untuk jenis ujian yang sesuai untuk anda berdasarkan masa pendedahan kepada virus.

  • Sejarah Perubatan dan Ubat

Ia adalah penting untuk memberitahu sebarang sejarah masalah perubatan atau ubat-ubatan kepada doktor. Sejarah perubatan yang komprehensif memastikan penyedia penjagaan kesihatan dapat mentafsir keputusan dengan tepat.

  • Rujuk Pakar Kesihatan Profesional 

Sebelum menjalani sebarang ujian denggi, adalah penting untuk berkonsult dnegan pakar penjagaan kesihatan yang berkelayakan, seperti doktor atau jururawat.[4] Mereka mempunyai kepakaran untuk membimbing anda melalui proses ujian, mentafsir keputusan dan memberikan pengesyoran yang sesuai berdasarkan situasi khusus anda.[4] 

Jenis Ujian Denggi

Apabila mendiagnosis demam denggi, beberapa ujian digunakan untuk memberikan keputusan yang tepat. Setiap jenis mempunyai tujuan tertentu dalam mengesan kehadiran virus atau kesannya pada badan. Berikut ialah penerangan terperinci tentang ujian ini:

Ujian Diagnostik

1. IgM dan IgG

Ujian ini mengenal pasti antibodi khusus virus denggi yang dihasilkan oleh sistem imun sebagai tindak balas kepada virus ini.[5] Ia menunjukkan sama ada seseorang individu telah terdedah kepada virus denggi dan memperoleh imuniti untuk serotype tertentu.[3]

Ujian serologi juga membantu dalam mengesahkan jangkitan denggi aktif dengan mengesan antibodi khusus denggi dalam darah.[5]

Jenis ujian serologi denggi termasuk:

  • Ujian Perencatan Haemagglutination
  • Ujian denggi antibodi IgM
  • Ujian ELISA IgG tidak langsung

2. Ujian Molekul (PCR):

Ujian molekul menggunakan teknik canggih seperti tindak balas rantai polimerase (PCR) untuk mengesan bahan genetik (RNA) virus denggi.[5][6] Ujian sensitif dan khusus ini secara langsung mengenal pasti virus itu sendiri.[5] Ini amat berkesan pada peringkat awal jangkitan apabila viral load lebih tinggi, membolehkan diagnosis definitif jangkitan denggi aktif.[5]

Walaupun PCR adalah alat yang hebat, perlu diingat bahawa ia tidak digunakan secara rutin untuk pengurusan pesakit.

3. Pengesanan Antigen Virus Denggi (NS1):

Ujian pengesanan antigen NS1 ialah alat diagnostik rapid yang mengenal pasti protein virus tertentu yang dipanggil protein bukan struktur 1 (NS1) dalam darah.[5] NS1 dihasilkan oleh virus denggi pada peringkat awal jangkitan dan boleh dikesan sebelum sistem imun menghasilkan antibodi.[5]Ciri ini menjadikan ujian ini penting untuk pengesanan awal denggi.[5] NS1 boleh dikesan seawal hari kedua hingga hari ketujuh selepas bermulanya demam.

4. Ujian Rapid NS1 Ag dan IgG/IgM Ab untuk Denggi

Ujian ini ialah immunoassay berasaskan membran kualitatif yang boleh dipercayai untuk mengenal pasti antigen NS1 dan antibodi IgG/IgM dalam serum manusia, plasma atau darah keseluruhan. Kit ujian mengandungi dua peranti: satu untuk pengesanan antigen denggi NS1 dan satu lagi untuk pengesanan pembezaan antibodi IgG/IgM denggi. 

Pemantauan Ujian Darah Rutin(FBC)

Kiraan darah lengkap, atau FBC, ialah ujian darah komprehensif. Ia memeriksa komponen darah yang penting, termasuk sel darah merah, sel darah putih, dan platelet.[5] 

  • Kiraan Sel Darah Putih (WCC): Pada mulanya dalam tahap normal dan kemudian berkurangan apabila penyakit demam denggi berlanjutan. Ini menunjukkan kemungkinan jangkitan.[5] 
  • Hematokrit (HCT): Peningkatan kebocoran plasma dalam denggi membezakan antara Demam Denggi (DF) dan Demam Berdarah Denggi (DHF). Tahap HCT yang meningkat dari fasa awal demam membantu dalam pengesanan demam denggi.[5] 
  • Thrombocytopenia: Ia biasa berlaku dalam demam denggi. Kiraan platelet adalah normal semasa peringkat awal demam, tetapi berkurangan dengan cepat apabila penyakit berkembang dan mungkin kekal rendah semasa proses pemulihan. Keterukan penyakit tidak berkaitan dengan kiraan platelet.[5]

Secara keseluruhannya, ujian ini mewakili senjata penting dalam memerangi denggi. Ia membantu pakar kesihatan profesional dengan maklumat penting untuk membuat keputusan rawatan dan memantau perkembangan jangkitan.[5] Pilihan ujian mungkin bergantung kepada faktor seperti peringkat jangkitan dan keadaan klinikal pesakit.[5] 

Tafsiran Keputusan Ujian

Selepas ujian denggi dijalankan, adalah penting untuk memahami cara mentafsir keputusan. Berikut ialah panduan untuk membantu anda memahami keputusan ujian:

  • Keputusan Positif: Ini bermakna virus denggi atau antibodi ditemui. Ia menunjukkan jangkitan denggi yang aktif.[5] 
  • Keputusan Negatif (Peringkat Awal): Pada peringkat awal, keputusan negatif tidak menolak kemungkinan demam denggi. Ia mengambil masa untuk virus atau antibodi muncul.[7]
  • Keputusan Positif dalam Ujian Serologi: Keputusan positif dalam ujian serologi menunjukkan pendedahan kepada denggi tetapi tidak semestinya bermakna jangkitan masih aktif. Ia boleh menunjukkan imuniti yang diperolehi daripada serotype tertentu. Ujian pengesahan mungkin diperlukan untuk menilai status jangkitan semasa.[7][8]

Keputusan ujian mungkin tidak menandakan berakhirnya perjalanan; kedua-dua keputusan positif dan negatif mungkin tidak tepat, memerlukan ujian tambahan.[7]

Adalah penting untuk berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan penjelasan menyeluruh tentang gejala dan keputusan ujian berdasarkan keadaan anda.[4] Walau apa pun keputusannya, anda harus memerhatikan gejala demam denggi dan dapatkan rawatan jika ia bertambah teruk atau berterusan.[5]

Ingat bahawa ujian denggi hanyalah sebahagian daripada teka-teki. Penilaian klinikal oleh profesional penjagaan kesihatan adalah penting untuk diagnosis dan rawatan yang tepat.[4]

Siapa yang Memerlukan Ujian?

Untuk memerangi penyebaran demam denggi secara berkesan, adalah penting untuk mengesyorkan ujian kepada semua individu yang mempunyai gejala demam denggi sebagai keutamaan.[7] Di samping itu, individu lain juga harus mengambil ujian jika mereka memenuhi kriteria: [7]

  • Individu yang pergi ke kawasan yang terdedah kepada denggi[6]
  • Penduduk kawasan yang terdedah kepada denggi[7]
  • Individu yang mempunyai sistem imun yang lemah[9]
  • Wanita hamil[10]

Berapa Kosnya?

Kos ujian denggi boleh berbeza-beza bergantung pada jenis ujian, lokasi dan penyedia penjagaan kesihatan. Secara amnya, ujian serologi adalah lebih murah daripada ujian molekul atau kit khusus.[11]Adalah dinasihatkan untuk menyemak harga dengan pusat kesihatan tempatan anda.

Di Mana Untuk Mendapatkan Ujian?

Ujian denggi boleh didapati di pelbagai institusi penjagaan kesihatan, termasuk hospital, klinik, dan pusat diagnostik khusus.[12] Pihak berkuasa kesihatan tempatan sering memberikan maklumat mengenai lokasi ujian, terutamanya di kawasan yang terdedah kepada wabak denggi.[13]

Jaga Kesihatan dan Hadapi Ancaman Denggi!

Pengesanan awal demam denggi melalui ujian yang sesuai adalah penting untuk rawatan dan pengurusan yang berkesan.[3]Dengan memahami jenis ujian dan kepentingannya, anda boleh membuat keputusan perubatan yang sesuai. Jika anda mengesyaki anda atau orang tersayang menghidap denggi, jangan teragak-agak untuk berjumpa profesional penjagaan kesihatan dan dapatkan ujian dengan segera.

Rujukan

  1. World Health Organization (WHO). “Dengue and severe dengue.” World Health Organization (WHO), 17 March 2023, https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/dengue-and-severe-dengue. Diakses pada 26 September 2023.
  2. Myhealth Gov. “What is Dengue – DENGGI.” Myhealth, 24 February 2016, http://denggi.myhealth.gov.my/what-is-dengue/?lang=en. Diakses pada 26 September 2023.
  3. NCBI. “LABORATORY DIAGNOSIS AND DIAGNOSTIC TESTS - Dengue.” NCBI, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK143156/. Diakses pada 26 September 2023.
  4. LCS, Lum. “Managing dengue fever in primary care: A practical approach.” NCBI, 31 August 2014, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4399402/. Diakses pada 26 September 2023.
  5. Kementerian Kesihatan Malaysia. “CPG - Dengue New Revised edition (new).indd.” Kementerian Kesihatan Malaysia, https://www.moh.gov.my/moh/attachments/5502.pdf. Diakses pada 26 September 2023.
  6. NCBI. “Simple technique for detecting RNA viruses by PCR in single sections of wax embedded tissue.” NCBI, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC501187/. Diakses pada 26 September 2023.
  7. CDC. “Testing Guidance | Dengue.” CDC, https://www.cdc.gov/dengue/healthcare-providers/testing/testing-guidance.html. Diakses pada 26 September 2023.
  8. CDC. “Dengue Virus Antigen Detection | Dengue.” CDC, 3 May 2019, https://www.cdc.gov/dengue/healthcare-providers/testing/antigen-detection.html. Diakses pada 26 September 2023.
  9. NCBI. “Chikungunya, Dengue, and Zika in Immunocompromised Hosts.” NCBI, 17 March 2018, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5857271/. Diakses pada 26 September 2023.
  10. NCBI. “Maternal and fetal outcomes of dengue fever in pregnancy: a large prospective and descriptive observational study.” NCBI, 2 January 2021, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7778400/. Diakses pada 26 September 2023.
  11. NCBI. “Dengue Detection: Advances in Diagnostic Tools from Conventional Technology to Point of Care.” NCBI, 23 June 2021, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8301808/. Diakses pada 26 September 2023.
  12. MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia. “Ujian Denggi - PORTAL MyHEALTH.” MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, 26 February 2014, http://www.myhealth.gov.my/ujian-denggi/. Diakses pada 26 September 2023.
  13. Info Sihat. “GARIS PANDUAN.” Info Sihat, 24 April 2021, https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/garis_panduan/pdf/Buku%20Denggi%20PAKAT.pdf. Diakses pada 26 September 2023.

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Takeda Malaysia Sdn. Bhd. 200901025887 (868989-K)

Penafian: Maklumat di dalam laman web ini tersedia kepada umum untuk tujuan maklumat sahaja; ia tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis atau merawat masalah kesihatan atau penyakit. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat daripada ahli perubatan bertauliah. Sila rujuk kepada ahli perubatan bertauliah untuk mendapatkan nasihat perubatan

C-ANPROM/MY/DENV/0240 DEC 2023