{"id":1100,"date":"2021-04-12T16:00:00","date_gmt":"2021-04-12T16:00:00","guid":{"rendered":"https:\/\/hc-preview.doctoroncall.com.my\/health-centre\/piramid-makanan\/"},"modified":"2026-11-27T12:48:47","modified_gmt":"2026-11-27T04:48:47","slug":"piramid-makanan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/ms\/pusat-kesihatan\/piramid-makanan\/","title":{"rendered":"Panduan Amalan Pemakanan Seimbang Melalui Piramid Makanan"},"content":{"rendered":"\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Apakah Piramid Makanan?<\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Piramid makanan merupakan rujukan bagi setiap individu untuk mengawal kuantiti bagi setiap jenis makanan mengikut saranan sajian harian. Piramid ini pertama kali diperkenalkan di Sweden pada tahun 1974. Disebabkan harga makanan yang tidak munasabah tinggi di Sweden pada masa itu, kerajaan Sweden menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menganalisis kemungkinan menggabungkan diet seimbang dengan semua nutrien dengan kos yang rendah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cogan kata untuk mempromosi piramid makanan ini ialah \u2018A good, healthy diet at a reasonable price\u2019 yang membawa maksud diet yang sihat dengan harga berpatutan. Pada awalnya, piramid ini cuma mengandungi tiga aras dan kemudiannya diubahsuai kepada lima aras pada tahun 2008 oleh Harvard School of Public Health dan ia merangkumi lebih daripada makanan sahaja untuk menjadikan panduan gaya hidup sihat secara menyeluruh. Piramid makanan ini akan dijelaskan dengan lebih terperinci di bahagian aras-aras dalam piramid makanan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemudian, piramid ini diadaptasi pada tahun 1992 oleh Amerika Syarikat di bawah Jabatan Agrikultur dan dinamakan \u2018Food Guide Pyramid\u2019. Objektifnya adalah untuk memberi saranan makanan mengikut jumlah yang cukup dan sederhana banyak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Negara-negara lain turut tertarik dengan konsep gambaran visual untuk saranan pemakanan termasuk Jepun, Denmark dan Sri Lanka. Negara ini masing-masing mencipta panduan pemakanan sendiri seperti dalam bentuk bendera, pagoda, pelangi dan roda.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Kepentingan Piramid Makanan<\/h2>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image doc-article-inline-figure size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"500\" height=\"300\" src=\"https:\/\/epwpcms-hc-prod-uploads.s3.fr-par.scw.cloud\/uploads\/2026\/11\/piramid-makanan-01.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-1003\" srcset=\"https:\/\/epwpcms-hc-prod-uploads.s3.fr-par.scw.cloud\/uploads\/2026\/11\/piramid-makanan-01.jpg 500w, https:\/\/epwpcms-hc-prod-uploads.s3.fr-par.scw.cloud\/uploads\/2026\/11\/piramid-makanan-01-300x180.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 500px) 100vw, 500px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Piramid makanan direka untuk memudahkan usaha dan tekad kita untuk makan secara sihat. Ia menunjukkan pelbagai kumpulan makanan dengan jumlah yang kira-kira perlu kita makan untuk mengekalkan diet seimbang. Tetapi diet sihat tidak hanya penting untuk kesihatan kita, tetapi juga mempunyai manfaat lain seperti membantu kita berasa yakin, aktif, dan mengawal berat badan kita kepada hasil yang diingini. Manfaat jangka panjang dari mengikuti piramid makanan boleh termasuk risiko yang dikurangkan untuk penyakit jantung, diabetes melitus, obesiti, osteoporosis, dan kanser.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Aras-aras Dalam Piramid Makanan<\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdapat pelbagai contoh piramid makanan yang sedia ada pada hari ini. Piramid makanan yang bakal dijelaskan dirujuk daripada Harvard School of Public Health.<\/p>\n\n\n        <div id=\"doc-table-block_b43e85428a5b659ea9459fb1a2fa1a53\" class=\"doc-table-block doc-table--theme-navy doc-table--zebra has-sticky-first-col mb-3\" data-theme=\"navy\" data-render-ts=\"1795761256.7647\">\n            \n            <!-- Accessible Scroll Region Container (per Modern Web Guidance) -->\n            <div tabindex=\"0\" role=\"region\" aria-label=\"Clinical Comparison Table\" class=\"doc-table-scroll-container\">\n                \n                <table class=\"doc-table\">\n                    <thead>\n                        \n                        <!-- ROW 1: Super-Header Table Title & Badge (Colspan across all columns) -->\n                        \n                        <!-- ROW 2: Individual Column Headers -->\n                        <tr class=\"doc-table-columns-row\">\n                                                            <th scope=\"col\" class=\"doc-th-col text-left doc-col-sticky\">\n                                    <div class=\"doc-th-content\">\n                                                                                <span class=\"doc-th-title\">Piramid Makanan (Bawah ke Atas)<\/span>\n                                    <\/div>\n                                <\/th>\n                                                            <th scope=\"col\" class=\"doc-th-col text-left\">\n                                    <div class=\"doc-th-content\">\n                                                                                <span class=\"doc-th-title\">Column 2<\/span>\n                                    <\/div>\n                                <\/th>\n                                                    <\/tr>\n                    <\/thead>\n\n                    <tbody>\n                                                    <tr class=\"doc-tr\">\n                                                                        <th scope=\"row\" class=\"doc-td text-left doc-col-sticky\">\n                                            <span class=\"doc-row-param-title\">Aras 1<\/span>\n                                        <\/th>\n                                                                                                            <td class=\"doc-td text-left\">\n                                            Ia terletak di dasar piramid makanan dan amat digalakkan untuk dilakukan.Aras ini menekankan kepentingan bersenam, kawalan berat badan dan kawalan pengambilan makanan dalam setiap porsi.                                        <\/td>\n                                                                                                <\/tr>\n                                                    <tr class=\"doc-tr\">\n                                                                        <th scope=\"row\" class=\"doc-td text-left doc-col-sticky\">\n                                            <span class=\"doc-row-param-title\">Aras 2<\/span>\n                                        <\/th>\n                                                                                                            <td class=\"doc-td text-left\">\n                                            Makanan di aras ini kaya dengan karbohidrat.Antara makanan yang terdapat di aras ini adalah:Beras perangPastaRoti wholemealBijirinSayur-sayuranBuah-buahanMinyak yang sihat seperti minyak zaitun, minyak sayur dan minyak jagungAnda juga dinasihatkan untuk memberi perhatian terhadap indeks glisemik pada makanan berkarbohidrat kerana makanan yang mengandungi indeks glisemik yang tinggi mempunyai risiko untuk seseorang mendapat penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.                                        <\/td>\n                                                                                                <\/tr>\n                                                    <tr class=\"doc-tr\">\n                                                                        <th scope=\"row\" class=\"doc-td text-left doc-col-sticky\">\n                                            <span class=\"doc-row-param-title\">Aras 3<\/span>\n                                        <\/th>\n                                                                                                            <td class=\"doc-td text-left\">\n                                            Makanan di aras ini mengandungi kandungan protein yang tinggi, antaranya:DagingAyamIkanMakanan laut lain seperti udang dan sotongBagi vegetarian pula, makanan yang mengandungi protein yang tergolong di aras ini adalah kekacang, bijian dan tauhuMakanan yang terdapat pada aras ini kaya dengan protein, lemak, zink, vitamin B dan zat besi.Anda disarankan untuk mengutamakan ikan yang kaya dengan omega-3 dan bahagian daging yang kurang berlemak seperti dada ayam.                                        <\/td>\n                                                                                                <\/tr>\n                                                    <tr class=\"doc-tr\">\n                                                                        <th scope=\"row\" class=\"doc-td text-left doc-col-sticky\">\n                                            <span class=\"doc-row-param-title\">Aras 4<\/span>\n                                        <\/th>\n                                                                                                            <td class=\"doc-td text-left\">\n                                            Aras ini fokus kepada produk tenusu seperti susu segar, yogurt dan keju.Makanan di dalam aras ini kaya dengan kalsium dan mineral dan sesuai untuk diberi kepada kanak-kanak yang sedang membesar tetapi dalam kandungan yang sederhana.                                        <\/td>\n                                                                                                <\/tr>\n                                                    <tr class=\"doc-tr\">\n                                                                        <th scope=\"row\" class=\"doc-td text-left doc-col-sticky\">\n                                            <span class=\"doc-row-param-title\">Aras 5<\/span>\n                                        <\/th>\n                                                                                                            <td class=\"doc-td text-left\">\n                                            Makanan pada aras ini perlulah dikurangkan atau dielakkan kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi, lemak, gula dan garam yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan jika pengambilannya tidak dikawal.Antara makanan yang terkandung di aras ini adalah:MentegaAis krimCoklatProduk karbohidrat yang telah diproses                                        <\/td>\n                                                                                                <\/tr>\n                                            <\/tbody>\n                <\/table>\n            <\/div>\n\n            <!-- Optional Footnote \/ Medical Source Citation -->\n            \n            <!-- Optional Telehealth Conversion CTA Button -->\n            \n        <\/div>\n        \n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Pinggan Sihat Malaysia<\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Suku-suku-setengah, anda pasti pernah terbaca atau terdengar frasa ini di radio ataupun di internet. Pinggan Sihat Malaysia merupakan alat panduan visual yang digunakan bagi mengamalkan pemakanan seimbang. Secara umumnya, pinggan sihat ini boleh digunapakai oleh semua lapisan umur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam golongan dewasa, ia digunakan dalam pengurusan dan pengawalan berat badan di samping mencegah atau merendahkan risiko untuk mendapat masalah obesiti, penyakit kencing manis, kardiovaskular seperti jantung, angin ahmar atau strok dan darah tinggi (hipertensi).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang dimaksudkan dengan suku-suku-separuh adalah dalam satu pinggan perlu mengandungi suku pinggan protein dan karbohidrat dan setengah pinggan serat (sayur-sayuran dan buah-buahan). Penjelasan kepentingan komponen dalam pinggan tersebut akan dijelaskan di bawah.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Karbohidrat<\/h2>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image doc-article-inline-figure size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"500\" height=\"300\" src=\"https:\/\/epwpcms-hc-prod-uploads.s3.fr-par.scw.cloud\/uploads\/2026\/11\/piramid-makanan-02.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-1004\" srcset=\"https:\/\/epwpcms-hc-prod-uploads.s3.fr-par.scw.cloud\/uploads\/2026\/11\/piramid-makanan-02.jpg 500w, https:\/\/epwpcms-hc-prod-uploads.s3.fr-par.scw.cloud\/uploads\/2026\/11\/piramid-makanan-02-300x180.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 500px) 100vw, 500px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Karbohidrat merupakan sumber tenaga utama manusia dan ia diperlukan untuk melakukan aktiviti harian. Dalam hal ini, pemilihan makanan karbohidrat yang tidak diproses merupakan pilihan yang utama dan lebih baik untuk kesihatan disebabkan ia mengandungi lebih banyak zat seperti serat, vitamin dan mineral berbanding makanan karbohidrat yang telah diproses. Antara contoh makanan yang tidak diproses yang kaya dengan karbohidrat adalah:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><p>Bijirin sarapan<\/p><\/li>\n\n\n\n<li><p>Beras perang<\/p><\/li>\n\n\n\n<li><p>Oat<\/p><\/li>\n\n\n\n<li><p>Produk wholegrain yang lain seperti roti, mi dan pasta<\/p><\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Protein<\/h2>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image doc-article-inline-figure size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"500\" height=\"300\" src=\"https:\/\/epwpcms-hc-prod-uploads.s3.fr-par.scw.cloud\/uploads\/2026\/11\/piramid-makanan-03.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-1005\" srcset=\"https:\/\/epwpcms-hc-prod-uploads.s3.fr-par.scw.cloud\/uploads\/2026\/11\/piramid-makanan-03.jpg 500w, https:\/\/epwpcms-hc-prod-uploads.s3.fr-par.scw.cloud\/uploads\/2026\/11\/piramid-makanan-03-300x180.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 500px) 100vw, 500px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Protein merupakan sumber yang penting selepas karbohidrat. Antara fungsi utama protein adalah untuk tumbesaran, pembentukan tisu, otot, darah, enzim, tulang, kulit dan juga ketahanan badan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seboleh-bolehnya, anda digalakkan untuk mengambil sumber protein yang mengandungi kurang lemak seperti dada ayam ataupun bahagian daging lain yang berotot. Bagi sumber protein makanan laut pula, anda digalakkan untuk mengambil ikan yang kaya dengan omega-3 seperti salmon, sardin dan makerel.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi yang vegetarian, terdapat alternatif kepada daging untuk pengambilan protein. Ini boleh ditemui dalam beberapa jenis tumbuhan dan kacang. Beberapa produk tumbuhan atau kacang yang kaya dengan protein termasuk tofu dan tempeh.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Serat<\/h2>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image doc-article-inline-figure size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"500\" height=\"300\" src=\"https:\/\/epwpcms-hc-prod-uploads.s3.fr-par.scw.cloud\/uploads\/2026\/11\/piramid-makanan-04.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-1006\" srcset=\"https:\/\/epwpcms-hc-prod-uploads.s3.fr-par.scw.cloud\/uploads\/2026\/11\/piramid-makanan-04.jpg 500w, https:\/\/epwpcms-hc-prod-uploads.s3.fr-par.scw.cloud\/uploads\/2026\/11\/piramid-makanan-04-300x180.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 500px) 100vw, 500px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini merupakan komponen ketiga di dalam Pinggan Sihat Malaysia dan komponen ini ditekankan di dalam konsep Pinggan Sihat kerana terdapat ramai rakyat Malaysia mengabaikan pengambilan sayur dan buah-buahan di dalam pemakanan mereka. Kelebihan serat termasuk membekalkan tenaga yang rendah, zat besi, mineral dan vitamin. Ini juga boleh mempercepatkan pergerakan usus dan dengan itu mengelakkan risiko sembelit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai maklumat tambahan, sekiranya anda memasak di rumah, kurangkan penggunaan minyak atau mentega di dalam masakan kerana ia boleh meningkatkan risiko untuk menghidap penyakit kolesterol dan darah tinggi. Sekiranya anda makan di restoran mahupun warung, pilihlah makanan yang menggunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit ataupun meminta tukang masak untuk menggunakan sedikit minyak dalam menu yang dipilih.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Anda juga digalakkan untuk makan makanan yang dimasak di rumah kerana ia lebih bersih dan sihat dan anda juga boleh mengawal setiap kandungan bahan masakan. Selain daripada itu, pengambilan minuman manis juga perlu dikurangkan atau dihentikan dan minumlah air kosong kerana air kosong mengandungi kosong kalori.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Konklusinya, piramid makanan hanyalah merupakan panduan pemakanan dan ia berbalik kepada diri seseorang individu untuk mempraktikkan apa yang telah digariskan di dalam piramid makanan mahupun Pinggan Sihat. Pemakanan yang baik adalah pemakanan yang seimbang dan jumlah pengambilan yang sederhana. <br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Apakah Piramid Makanan? Piramid makanan merupakan rujukan bagi setiap individu untuk mengawal kuantiti bagi setiap jenis makanan mengikut saranan sajian harian. Piramid ini pertama kali diperkenalkan di Sweden pada tahun 1974. Disebabkan harga makanan yang tidak munasabah tinggi di Sweden pada masa itu, kerajaan Sweden menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menganalisis kemungkinan menggabungkan diet seimbang dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":1007,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[12,326],"tags":[],"class_list":["post-1100","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel-kesihatan","category-pemakanan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1100","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1100"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1100\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4248,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1100\/revisions\/4248"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1007"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1100"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1100"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1100"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}