{"id":3195,"date":"2023-06-28T08:39:51","date_gmt":"2023-06-28T08:39:51","guid":{"rendered":"https:\/\/hc-preview.doctoroncall.com.my\/health-centre\/pencegahan-penyakit-jantung\/"},"modified":"2026-11-27T04:46:00","modified_gmt":"2026-11-27T04:46:00","slug":"pencegahan-penyakit-jantung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/ms\/pusat-kesihatan\/pencegahan-penyakit-jantung\/","title":{"rendered":"Pencegahan Serangan Penyakit Jantung"},"content":{"rendered":"\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Pengenalan<\/h2>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Penyakit jantung merupakan <strong>pembunuh nombor satu manusia di dunia<\/strong> pada ketika ini. Ia juga menjadi salah satu <strong>risiko kepada penyakit lain seperti strok <\/strong>serta mengakibatkan pelbagai <strong>komplikasi dalam jangka panjang<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li>Oleh yang demikian, pelbagai pihak terutamanya badan-badan kesihatan sedunia telah menyarankan pelbagai cara mengatasi penyakit jantung. Pencegahan penyakit jantung terbahagi kepada dua iaitu:<\/li>\n\n\n\n<li><p><strong>(Primordial prevention) Pencegahan Primordial:<\/strong><\/p><\/li>\n\n\n\n<li>Langkah pencegahan primordial adalah pencegahan yang <strong>berfokus kepada gaya hidup populasi masyarakat<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li>Dengan kata lain, langkah ini dilakukan dengan berfokuskan kepada aktiviti hidup seharian masyarakat yang sihat bagi memastikan semua risiko terhadap penyakit terutamanya penyakit jantung dapat diturunkan.<\/li>\n\n\n\n<li>Langkah ini bukan sahaja ditujukan kepada warga tua, pesakit jantung atau pesakit yang berisiko untuk mendapat penyakit jantung, tetapi juga ditujukan buat semua populasi baik tua mahupun muda.<\/li>\n\n\n\n<li><p><strong>(Primary prevention) Pencegahan Primari:<\/strong><\/p><\/li>\n\n\n\n<li><strong>Berfokus kepada pesakit yang berisiko untuk mendapat penyakit jantung<\/strong>. Langkah ini bertujuan untuk mencegah mereka yang berisiko ini dari mendapat penyakit jantung atau melewatkan penyakit ini dari menyerang mereka.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Primordial prevention (Pencegahan Primordial)<\/h2>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Langkah pencegahan primordial ini mempunyai<strong> 4 perkara utama <\/strong>yang perlu dilakukan bagi mencapai gaya hidup sihat. Salah satu badan yang telah menggariskan panduan bagi pencegahan penyakit ini adalah Department of Health and Human Services dari Amerika Syarikat.<\/li>\n\n\n\n<li>Beberapa badan kesihatan lain turut serta mengeluarkan <strong>garis panduan bagi pencegahan<\/strong> ini serta melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Mereka termasuklah:<\/strong><\/li>\n\n\n\n<li>American Heart Association (AHA)<\/li>\n\n\n\n<li>American College of Cardiology (ACC)<\/li>\n\n\n\n<li>European Society of Cardiology (ESC)<\/li>\n\n\n\n<li>European Artherosclerosis Society (ESA)<\/li>\n\n\n\n<li>World Health Organisation (WHO)<\/li>\n\n\n\n<li>Garis-garis panduan yang dikeluarkan oleh badan-badan ini kebanyakannya <strong>menekankan<\/strong>:<\/li>\n\n\n\n<li>Kepentingan diet yang sihat dan seimbang<\/li>\n\n\n\n<li>Peningkatan aktiviti fizikal<\/li>\n\n\n\n<li>Mengatasi masalah berat badan<\/li>\n\n\n\n<li>Kempen menjauhi rokok<\/li>\n\n\n\n<li>Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia tidak ketinggalan dalam langkah ini. Banyak kempen dan garis panduan telah dikeluarkan bagi membantu rakyat Malaysia mencapai gaya hidup yang lebih sihat.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Diet Sihat<\/h2>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Aspek pemakanan sememangnya merupakan <strong>faktor yang amat penting<\/strong> dalam penjagaan kesihatan. Pada tahun 2010, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan satu buku panduan bertajuk (<strong>Malaysia Dietary Guidelines<\/strong>).<\/li>\n\n\n\n<li>Panduan ini mempunyai <strong>14 kunci utama <\/strong>yang disarankan kepada masyarakat bagi pengambilan diet yang sihat.<\/li>\n\n\n\n<li>Ambil pelbagai jenis makanan mengikut keperluan badan yang disarankan<\/li>\n\n\n\n<li>Kekalkanberat badan dalam julat yang sihat<\/li>\n\n\n\n<li>Aktif setiap hari<\/li>\n\n\n\n<li>Ambil kuantiti nasi dan bijirin yang mencukupi<\/li>\n\n\n\n<li>Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari<\/li>\n\n\n\n<li>Ambil makanan seperti ikan, daging, ayam, telur dan kekacang dalam kuantiti sederhana<\/li>\n\n\n\n<li>Pastikan anda minum susu dan makan produk tenusu dalam kadar yang mencukupi<\/li>\n\n\n\n<li>Hadkan pengambilan makanan berlemak dan kurangkan penggunaan minyak dalam penyediaan makanan<\/li>\n\n\n\n<li>Kurangkan kuantiti garam dan sos dalam penyediaan dan pengambilan makanan<\/li>\n\n\n\n<li>Ambil makanan dan minuman yang kurang kandungan gula<\/li>\n\n\n\n<li>Banyakkan minum air setiap hari<\/li>\n\n\n\n<li>Menggalakkan pemberian susu ibu sahaja kepada bayi sejak lahir hingga enam bulan dan kemudian digalakkan memberi susu ibu di samping makanan lain sehingga bayi berusia dua tahun<\/li>\n\n\n\n<li>Pastikan makanan yang diambil bersih dan selamat<\/li>\n\n\n\n<li>Gunakan info tentang nutrisi makanan pada pembungkus produk makanan sebaiknya<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Jauhi rokok<\/h2>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Rokok merupakan <strong>risiko kepada banyak penyakit merbahaya<\/strong>. Salah satunya ialah penyakit jantung.<\/li>\n\n\n\n<li>Rokok <strong>bukan sahaja memberi kesan kepada penggunanya, tetapi juga orang sekeliling<\/strong> yang menghidu asap rokok tersebut. Oleh yang demikian, masyarakat dinasihatkan untuk menghindari rokok.<\/li>\n\n\n\n<li>Pelbagai kempen telah dijalankan untuk memberi kesedaran tentang bahaya rokok. Para pengamal perubatan juga telah diberi panduan untuk menggalakkan dan membantu para pesakit agar berhenti merokok.<\/li>\n\n\n\n<li>Penggunaan bahan seperti tampalan nikotin, gula getah nikotin dan lain-lain boleh digunakan untuk membantu perokok <strong>mengurangkan ketagihan terhadap rokok<\/strong>.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Aktiviti fizikal<\/h2>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Kajian yang dilakukan terhadap kadar aktiviti fizikal yang dilakukan oleh orang dewasa di Malaysia menunjukkan <strong>majoriti masyarakat lebih banyak menghabiskan masa harian mereka dengan tidur dan duduk<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li>Maka tidak hairanlah sekiranya berlaku peningkatan dalam bilangan pesakit kronik seperti penghidap penyakit jantung. Oleh itu, masyarakat amat disarankan untuk <strong>bergerak aktif setiap hari<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li>Ia merupakan pencegahan penyakit jantung pada wanita dan juga lelaki yang<strong> amat efektif<\/strong>. Setiap <strong>dewasa <\/strong>perlu melakukan <strong>senaman ringan dalam 30 minit<\/strong> sekurang-kurangnya <strong>5 kali seminggu<\/strong> atau 75 minit senaman berat dalam seminggu.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Kanak \u2013 kanak dan remaja<\/strong> juga tidak terkecuali dalam hal ini, lebih-lebih lagi kerana kanak-kanak masa kini lebih banyak menghabiskan masa di hadapan gajet dan televisyen.<\/li>\n\n\n\n<li>Mereka disarankan untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal selama<strong> 60 minit setiap hari<\/strong>. Mereka juga digalakkan melakukan aktiviti atau senaman menguatkan tulang dan otot 3 kali dalam seminggu.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Obesiti<\/h2>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Obesiti sememangnya dikenalpasti meningkatkan risiko penyakit jantung serta <strong>penyakit yang meningkatkan risiko serangan jantung seperti:<\/strong><\/li>\n\n\n\n<li>kencing manis<\/li>\n\n\n\n<li>darah tinggi<\/li>\n\n\n\n<li>tinggi kolesterol<\/li>\n\n\n\n<li>Oleh itu, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan <strong>disarankan untuk:<\/strong><\/li>\n\n\n\n<li>mengurangkan berat badan<\/li>\n\n\n\n<li>mengambil pemakanan seimbang<\/li>\n\n\n\n<li>meningkatkan aktiviti fizikal<\/li>\n\n\n\n<li>menjalani pemeriksaan saringan kesihatan bagi mengenal pasti risiko atau mengesan penyakit yang mungkin dihidapi<\/li>\n\n\n\n<li>Ini adalah bertujuan untuk merawat atau mencegah mereka dari mendapat penyakit tersebut dari peringkat awal.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Berat badan yang berlebihan atau terlalu kurang adalah tidak baik <\/strong>untuk tubuh. Ramai menyangka bahawa bentuk badan kurus bermakna sihat.<\/li>\n\n\n\n<li>Namun <strong>berat badan yang terlalu kurang juga boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan<\/strong>. Oleh itu, kekalkan berat badan anda dalam julat yang sihat dengan melakukan aktiviti fizikal seiring dengan pengambilan kalori makanan anda.<\/li>\n\n\n\n<li>Selain itu, anda disarankan agar sering<strong> menimbang berat badan seeloknya seminggu sekali<\/strong> bagi memantau kenaikan atau penurunan berat badan.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Primary prevention (Pencegahan Primari)<\/h2>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Seperti yang telah diterangkan, (Primary prevention) atau Pencegahan primari bagi penyakit jantung adalah bertujuan sebagai cara mencegah serangan jantung mendadak bagi mereka yang berisiko dari mendapat penyakit jantung.<\/li>\n\n\n\n<li>Perkara ini dilakukan melalui ubatan yang telah dikenalpasti dapat melindungi jantung kepada pesakit-pesakit yang berisiko.<\/li>\n\n\n\n<li>Selain itu kawalan terhadap penyakit yang dihidapi seperti kencing manis, tinggi kolesterol dan tekanan darah tinggi juga haruslah dititik beratkan kepada pesakit dalam usaha mencegah serangan penyakit jantung.<\/li>\n<\/ul>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengenalan Primordial prevention (Pencegahan Primordial) Diet Sihat Jauhi rokok Aktiviti fizikal Obesiti Primary prevention (Pencegahan Primari)<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":3824,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[12,211],"tags":[],"class_list":["post-3195","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel-kesihatan","category-kesihatan-jantung"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3195","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3195"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3195\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3826,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3195\/revisions\/3826"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3824"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3195"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3195"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3195"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}