{"id":3239,"date":"2023-02-17T02:16:48","date_gmt":"2023-02-17T02:16:48","guid":{"rendered":"https:\/\/hc-preview.doctoroncall.com.my\/health-centre\/pencegahan-jerawat\/"},"modified":"2026-11-27T04:47:34","modified_gmt":"2026-11-27T04:47:34","slug":"pencegahan-jerawat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/ms\/pusat-kesihatan\/pencegahan-jerawat\/","title":{"rendered":"Cara Mencegah Dan Mengatasi Masalah Jerawat (Acne)"},"content":{"rendered":"\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Terdapat pelbagai jenis cara mencegah jerawat di pasaran sekarang seperti:<\/strong><\/li>\n\n\n\n<li>Krim pembasuh<\/li>\n\n\n\n<li>Ubat-ubatan<\/li>\n\n\n\n<li>Ramuan tradisional<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Namun demikian, <strong>cara mengatasi jerawat batu yang paling berkesan ialah penjagaan kebersihan muka<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li>Oleh itu, bagi warga yang menginginkan muka yang cantik, anda hendaklah <strong>membasuh muka setiap hari <\/strong>dengan menggunakan bahan-bahan yang sesuai. Pilih krim pembasuh yang berupaya membuang kekotoran, minyak dan peluh dari muka anda.<\/li>\n\n\n\n<li>Selain itu, <strong>pilih krim yang bebas dari alkohol <\/strong>agar kulit anda tidak akan menjadi terlalu kering. <strong>Basuh muka dengan menggunakan air suam<\/strong> dan bukannya air panas.<\/li>\n\n\n\n<li>Namun demikian, penggunaan kirm pembasuh muka adalah<strong> terhad kepada dua kali sehari sahaja <\/strong>kerana penggunaan krim pembasuh yang keterlaluan akan menjejaskan kesihatan kulit muka.<\/li>\n\n\n\n<li>Selain krim pembasuh muka,<strong> penggunaan krim pelembab muka adalah sangat digalakkan<\/strong>. Pilih cecair <strong>pelembab yang tidak mengandungi bahan wangian<\/strong> atau bahan lain yang boleh menyumbat ruang roma pada muka anda.<\/li>\n\n\n\n<li>Di samping itu, <strong>penggunaan bahan solekan juga harus dihadkan<\/strong>. Banyak wanita yang sering menggunakan alat solekan untuk menutup jerawat mereka tetapi bahan solekan sering menyebabkan jerawat dan keradangan kulit yang lebih serius.<\/li>\n\n\n\n<li>Terdapat pelbagai kekotoran dan kuman pada permukaan tangan kita kerana kita sering menyentuh perkakas dan bahan-bahan yang tercemar. Oleh itu, <strong>elakkan dari menyentuh muka anda dengan tangan anda<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li>Sebagai contohnya, jika anda ingin mengelap air peluh dari muka anda, gunakan sapu tangan dan bukannya tangan anda. <strong>Penghindaran cahaya matahari <\/strong>juga merupakan satu cara mencegah jerawat yang berkesan.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Gunakan krim penghadang cahaya<\/strong> matahari untuk mengelakkan kekeringan kulit muka anda.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Penjagaan muka berjerawat<\/h2>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Penjagaan muka berjerawat adalah sangat penting<\/strong> untuk mengelakkan jerawat daripada menjadi lebih serius. Bagi orang yang telah mengalami jerawat di bahagian muka, penggunaan ubat-ubatan merupakan salah satu cara mengatasi jerawat batu.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Pelbagai jenis ubat sapu seperti krim antibiotik boleh digunakan<\/strong> untuk mengatasi masalah jerawat di muka. Penggunaan ubat-ubatan tersebut <strong>haruslah berdasarkan nasihat daripada doktor atau pakar kulit <\/strong>untuk mencapai kesan terbaik.<\/li>\n\n\n\n<li>Selain ubat-ubatan, <strong>membasuh muka dengan kerap<\/strong> serta <strong>memastikan kulit muka sentiasa lembap<\/strong> juga berupaya membantu proses penyembuhan kulit anda.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Stres dan tekanan emosi boleh menyebabkan jerawat menjadi lebih serius <\/strong>kerana kondisi-kondisi tersebut akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon di dalam badan anda. Oleh itu, anda digalakkan untuk <strong>belajar cara relaksasi dan pengurangan stres <\/strong>untuk membantu menyembuhkan jerawat.<\/li>\n\n\n\n<li>Di samping itu,<strong> pengambilan makanan yang berminyak, bergula atau terproses juga perlu dihadkan<\/strong> untuk mengatasi masalah jerawat.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Elakkan daripada memicit jerawat <\/strong>kerana ia boleh menyebabkan perdarahan, jangkitan kuman dan parut di muka.<\/li>\n<\/ul>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penjagaan muka berjerawat<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":2768,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[12,123],"tags":[],"class_list":["post-3239","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel-kesihatan","category-jerawat-dermatologi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3239","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3239"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3239\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4053,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3239\/revisions\/4053"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2768"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3239"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3239"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3239"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}