{"id":3403,"date":"2023-02-15T04:10:28","date_gmt":"2023-02-15T04:10:28","guid":{"rendered":"https:\/\/hc-preview.doctoroncall.com.my\/health-centre\/pencegahan-batu-hempedu\/"},"modified":"2026-11-27T04:47:41","modified_gmt":"2026-11-27T04:47:41","slug":"pencegahan-batu-hempedu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/ms\/pusat-kesihatan\/pencegahan-batu-hempedu\/","title":{"rendered":"Pencegahan Batu Karang Hempedu (Gallstones)"},"content":{"rendered":"\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Pencegahan batu hempedu amatlah penting kerana penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi<\/strong>. Kita telah mengetahui mereka yang berisiko menghidap penyakit batu hempedu termasuklah golongan wanita di sekitar 40 tahun dan masih subur, serta golongan yang mempunyai berat badan berlebihan.<\/li>\n\n\n\n<li>Sebenarnya, <strong>penurunan berat badan secara mendadak dan pembedahan bariatrik juga mengingkatkan risiko pembentukan batu hempedu<\/strong>. Selain itu, sesetengah penyakit yang menyebabkan anemia juga boleh meningkatkan risiko batu hempedu.<\/li>\n\n\n\n<li>Secara umumnya, cara elak batu hempedu boleh diklasifikasikan kepada pencegahan primer dan pencegahan sekunder. Cara elakkan batu hempedu adalah seperti berikut.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Pencegahan primer<\/h2>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Cara-cara pencegahan batu karang dalam hempedu ini bertujuan untuk mencegah pembentukan batu tersebut. Pertama sekali, <strong>pemakanan haruslah dijaga<\/strong>. Kita disarankan supaya mengurangkan kandungan lemak tepu dalam pemakanan.<\/li>\n\n\n\n<li>Contoh makanan yang kaya dengan lemak tepu termasuklah keju, mentega, biskut, kek dan krim. Kita seharusnya mengambil sekurang-kurangnya 5 sajian sayur-sayuran atau buah-buahan dalam satu hari.<\/li>\n\n\n\n<li>Ada juga kajian yang menunjukkan pemakanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko batu hempedu. <strong>Minuman arak pula haruslah kurang daripada 14 unit dalam satu minggu<\/strong>. Hal ini kerana minuman arak yang berlebihan memudaratkan kesihatan organ hati kita dan fungsi hati berkait rapat dengan fungsi pundi hempedu.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Amalan pemakanan pada masa tetap setiap hari adalah digalakkan<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Penurunan berat badan<\/strong> juga memainkan peranan dalam usaha elakkan batu hempedu. Hal ini kerana berat badan berlebihan meningkatkan tahap kolesterol di dalam badan kita dan kolesterol yang terlampau tinggi mempercepatkan pembentukan batu hempedu.<\/li>\n\n\n\n<li>Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan disarankan mengurangkan berat badan dengan pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal. Elakkan penurunan berat badan secara mendadak kerana hal ini boleh menyebabkan pembentukan batu hempedu.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Aktiviti fizikal<\/strong> minimum yang harus kita amalkan ialah aktiviti fizikal tahap sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu, <strong>iaitu 30 minit sehari pada 5 hari dalam seminggu<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Contoh aktiviti fizikal yang boleh kita pilih termasuklah:<\/strong><\/li>\n\n\n\n<li>Berjalan cepat<\/li>\n\n\n\n<li>Senaman aerobic<\/li>\n\n\n\n<li>Mengayuh basikal<\/li>\n\n\n\n<li>Boling<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Pencegahan sekunder<\/h2>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Cara-cara pencegahan sekunder bertujuan untuk <strong>mengurangkan risiko batu hempedu yang sedia ada daripada menyebabkan simptom<\/strong>. Terapi yang boleh digunakan termasuklah <strong>ubat <\/strong>untuk atau dengan <strong>bantuan ultrasound menghancurkan batu hempedu<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li>Walau bagaimanapun, terapi-terapi ini hanya digunakan untuk mereka yang tidak sesuai atau tidak sanggup untuk menjalani pembedahan. Pilihan ini juga mungkin berguna bagi mereka yang ingin mencuba rawatan selain daripada pembedahan.<\/li>\n\n\n\n<li>Pembedahan untuk mengeluarkan pundi hempedu, iaitu <strong>cholecystectomy<\/strong>, merupakan pilihan yang paling sesuai dari segi keberkesanan dan keselamatan dalam rawatan batu hempedu.<\/li>\n<\/ul>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pencegahan primer Pencegahan sekunder<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":2719,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[12,239],"tags":[],"class_list":["post-3403","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel-kesihatan","category-kesihatan-penghadaman"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3403","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3403"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3403\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4095,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3403\/revisions\/4095"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2719"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3403"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3403"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3403"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}