{"id":3407,"date":"2023-02-16T03:13:01","date_gmt":"2023-02-16T03:13:01","guid":{"rendered":"https:\/\/hc-preview.doctoroncall.com.my\/health-centre\/ubatan-hepatitis-c\/"},"modified":"2026-11-27T04:47:39","modified_gmt":"2026-11-27T04:47:39","slug":"ubatan-hepatitis-c","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/ms\/pusat-kesihatan\/ubatan-hepatitis-c\/","title":{"rendered":"Apakah Rawatan Penyakit Hepatitis C"},"content":{"rendered":"\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Virus hepatitis C akan <strong>menyebabkan jangkitan kronik kepada 80 peratus pesakit<\/strong> yang terdedah kepada virus tersebut. Sebelum ini, hepatitis C merupakan penyakit yang digeruni kerana ia merupakan sejenis hepatitis yang tidak boleh disembuhkan.<\/li>\n\n\n\n<li>Dengan perkembangan sains perubatan dalam abad ini, pelbagai ubat rawat hepatitis C telah dicipta untuk menyembuhkan penyakit ini.<\/li>\n\n\n\n<li>Pada zaman sekarang, <strong>cara menyembuhkan hepatitis C yang terbaik ialah penggunaan ubat-ubatan antivirus<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li>Sebelum ini, rawatan hepatitis C mendatangkan kos yang tinggi kepada pesakit dan kos rawatan hep C untuk 12 minggu di hospital swasta atau di luar negara boleh mencecah RM 300,000.<\/li>\n\n\n\n<li>Namun demikian, <strong>pesakit-pesakit hepatitis C boleh menjalankan rawatan di hospital kerajaan secara percuma<\/strong> dengan kos rawatan dibiayai oleh kerajaan Malaysia.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Ubat hepatitis C<\/h2>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Ubat hepatitis C paling berkesan ialah ubat antivirus seperti:<\/li>\n\n\n\n<li>Sofosbuvir<\/li>\n\n\n\n<li>Ledipasvir<\/li>\n\n\n\n<li>Daclatasvir<\/li>\n\n\n\n<li>Jenis ubat <strong>antivirus yang paling sesuai adalah bergantung kepada jenis virus <\/strong>hepatitis C yang menjangkiti seseorang pesakit.<\/li>\n\n\n\n<li>Sebagai contoh, ubat daclatasvir adalah lebih berkesan terhadap virus hepatitis C genotaip 1 dan 2 dan kurang berkesan terhadap virus hepatitis C genotaip 4.<\/li>\n\n\n\n<li>Secara umumnya, <strong>dua jenis ubat antivirus akan digunakan<\/strong> bersama untuk merawat hepatitis C.<\/li>\n\n\n\n<li><strong>Kombinasi dua ubat atau lebih, membolehkan pembasmian kuman yang lebih berkesan <\/strong>serta mengurangkan rintangan antivirus dalam kalangan virus hepatitis C. Di hospital-hospital kerajaan, kombinasi ubat antivirus yang digunakan ialah sofosbuvir dan daclatasvir.<\/li>\n\n\n\n<li>Kombinasi ini dikatakan berupaya menyembuhkan 95 peratus daripada pesakit-pesakit hepatitis C kronik. Di hospital swasta dan negara asing, kombinasi lain seperti sofosbuvir-ledipasvir dan elbasvir-grazoprevir boleh digunakan.<\/li>\n\n\n\n<li>Rawatan menggunakan ubat dijalankan <strong>selama 12 hingga 24 minggu<\/strong> bergantung kepada genotaip virus dan kondisi pesakit.<\/li>\n\n\n\n<li>Untuk pesakit-pesakit yang menghidap sirosis hati akibat hepatitis C kronik, <strong>pembedahan pemindahan hati<\/strong> boleh dijalankan. Namun demikian, hati yang baru dipindah <strong>sering dijangkiti virus hepatitis C semula<\/strong> dan sirosis hati boleh kembali lagi.<\/li>\n\n\n\n<li>Oleh itu, pesakit yang menerima pemindahan hati <strong>perlu menjalani rawatan antivirus untuk mengurangkan risiko sirosis hati<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li>Pesakit-pesakit hepatitis C akan disarankan untuk <strong>mengelakkan penggunaan ubat-ubatan yang boleh memudaratkan hati<\/strong>. Selain itu, pengambilan alkohol harus dihentikan.<\/li>\n\n\n\n<li>Pesakit-pesakit hepatitis C kronik juga <strong>digalakkan mengambil vaksinasi hepatitis A dan hepatitis B <\/strong>untuk mencegah jangkitan virus lain yang akan mempercepat proses kerosakan hati.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Bolehkah hepatitis C dirawat sepenuhnya?<\/h2>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Hepatitis C merupakan <strong>penyakit yang boleh disembuhkan sepenuhnya<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li>Selagi pesakit sentiasa mengambil ubat seperti yang telah disyorkan, menghadiri segala sesi susulan di hospital dan menghindari segala perbuatan berisiko tinggi, maka <strong>peluang untuk sembuh dari hepatitis C adalah sangat tinggi<\/strong>.<\/li>\n<\/ul>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ubat hepatitis C Bolehkah hepatitis C dirawat sepenuhnya?<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":2300,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[12,264],"tags":[],"class_list":["post-3407","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel-kesihatan","category-hepatitis-c-ms"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3407","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3407"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3407\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4085,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3407\/revisions\/4085"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2300"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3407"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3407"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3407"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}