{"id":3411,"date":"2023-02-16T03:20:01","date_gmt":"2023-02-16T03:20:01","guid":{"rendered":"https:\/\/hc-preview.doctoroncall.com.my\/health-centre\/komplikasi-hepatitis-c\/"},"modified":"2026-11-27T04:47:39","modified_gmt":"2026-11-27T04:47:39","slug":"komplikasi-hepatitis-c","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/ms\/pusat-kesihatan\/komplikasi-hepatitis-c\/","title":{"rendered":"Ketahui Komplikasi Jangkitan Hepatitis C"},"content":{"rendered":"\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Hepatitis C merupakan <strong>salah satu penyakit hepatitis yang paling berbahaya<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li>Seseorang pesakit hepatitis C <strong>boleh mengalami pelbagai jenis gejala <\/strong>yang berpunca dari komplikasi jangka pendek serta komplikasi jangka panjang hepatitis C.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Kesan jangka pendek hepatitis C<\/h2>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Hanya 15 peratus daripada pesakit yang menghidap jangkitan virus hepatitis C pada peringkat awal akan mengalami tanda-tanda jangkitan. <strong>85 peratus daripada pesakit-pesakit tersebut tidak akan mengalami sebarang tanda<\/strong>.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Jangkitan virus hepatitis C yang akut biasanya menyebabkan gejala yang kurang spesifik seperti:<\/strong><\/li>\n\n\n\n<li>Kurang selera makan<\/li>\n\n\n\n<li>Loya<\/li>\n\n\n\n<li>Keletihan<\/li>\n\n\n\n<li>Sakit otot<\/li>\n\n\n\n<li>Sakit sendi<\/li>\n\n\n\n<li>Susut berat badan<\/li>\n\n\n\n<li>Kekuningan atau <strong>\u201cjaundice\u201d jarang berlaku pada peringkat awal<\/strong> hepatitis C. Kadang kala virus hepatitis C boleh menyebabkan jangkitan serius yang boleh <strong>mengakibatkan kegagalan organ hati <\/strong>dan <strong>membawa maut<\/strong>.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Selain organ hati, virus hepatitis C juga berupaya menjangkiti bahagian badan yang lain seperti:<\/strong><\/li>\n\n\n\n<li>Buah pinggang<\/li>\n\n\n\n<li>Sistem saraf<\/li>\n\n\n\n<li>Jantung<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Jangkitan virus hepatitis C telah dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit lain seperti:<\/strong><\/li>\n\n\n\n<li>Vaskulitis atau radang pembuluh darah<\/li>\n\n\n\n<li>Penyakit kelenjar tiroid<\/li>\n\n\n\n<li>Kencing manis<\/li>\n\n\n\n<li>Kekurangan platelet<\/li>\n\n\n\n<li>Radang buah pinggang<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Selain itu, oleh sebab <strong>banyak pesakit hepatitis C tidak menyedari bahawa mereka telah menghidap jangkitan virus hepatitis C<\/strong>, golongan pesakit ini tidak mengetahui bahaya hepatitis dan akan <strong>menyebarkan virus tersebut kepada orang lain<\/strong> melalui <strong>hubungan kelamin tanpa perlindungan<\/strong> atau <strong>perkongsian jarum<\/strong> sesama pengguna-pengguna dadah.<\/li>\n\n\n\n<li>Oleh itu, kesan buruk hepatitis C bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri malah mereka berupaya membawa kemudaratan kepada kesihatan orang lain.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Kesan jangka panjang hepatitis C<\/h2>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>80 peratus daripada pesakit yang terdedah kepada jangkitan virus hepatitis C akan menghidap hepatitis C yang kronik<\/strong>. Jangkitan hepatitis C yang kronik pula boleh <strong>menyebabkan sirosis hati<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li>Biasanya, <strong>pesakit yang menghidap hepatits C kronik tidak akan mengalami sebarang gejala sehingga peringkat akhir <\/strong>penyakit di mana sirosis hati telah berlaku.<\/li>\n\n\n\n<li>Sirosis hati merujuk kepada kematian sel-sel di hati dan organ hati akan menjadi keras dan tidak berfungsi dengan normal.<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li><strong>Bahaya hepatitis adalah apabila sirosis hati berlaku, pelbagai komplikasi akan wujud seperti:<\/strong><\/li>\n\n\n\n<li><p>Abdomen yang bengkak atau \u201cascites\u201d<\/p><\/li>\n\n\n\n<li><p>Kekuningan (jaundice)<\/p><\/li>\n\n\n\n<li><p>Tubuh mudah lebam<\/p><\/li>\n\n\n\n<li><p>Muntah darah yang disebabkan oleh perdarahan di esofagus<\/p><\/li>\n\n\n\n<li><p>Najis hitam yang disebabkan oleh perdarahan ke dalam usus<\/p><\/li>\n\n\n\n<li><p>Perubahan tingkah laku, kekurangan kepekaan, kekeliruan, sawan dan koma<\/p><\/li>\n\n\n\n<li>Selain itu, kesan buruk hepatitis adalah<strong> sirosis hati akan meningkatkan risiko menghidap \u201chepatocellular carcinoma\u201d atau kanser hati<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li>Selain kanser hati, risiko untuk menghidap <strong>kanser darah seperti limfoma<\/strong> juga akan meningkat. Pesakit yang menghidap sirosis hati biasanya <strong>tidak akan hidup untuk jangka masa yang panjang<\/strong>.<\/li>\n\n\n\n<li>Pesakit sirosis biasanya akan <strong>meninggal dari komplikasi perdarahan esofagus <\/strong>yang terlalu banyak atau <strong>kanser hati<\/strong>.<\/li>\n<\/ul>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kesan jangka pendek hepatitis C Kesan jangka panjang hepatitis C<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":1570,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[12,264],"tags":[],"class_list":["post-3411","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel-kesihatan","category-hepatitis-c-ms"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3411","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=3411"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3411\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4083,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/3411\/revisions\/4083"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/media\/1570"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=3411"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=3411"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.doctoroncall.com.my\/health-centre\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=3411"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}