Hepatitis A

Komplikasi Akibat Penyakit Hepatitis A

Baca Soalan

  • Kebanyakan kes hepatitis A biasanya akan sembuh sendiri dan komplikasi lebih kerap berlaku kepada orang dewasa yang berusia lebih daripada 50 tahun.
  • Bahaya hepatitis A adalah ia mempunyai risiko menyebabkan kegagalan hati akut yang dikenali sebagai “hepatitis fulminant.”
  • Komplikasi ini jarang berlaku tetapi ia adalah berbahaya kerana ia mampu menjadi parah sehinggakan pemindahan hati diperlukan. Bagi kes yang paling serius, kegagalan jantung akut ini mampu membawa maut.
  • Risiko hepatitis fulminant meningkat sekiranya seseorang itu juga dijangkiti hepatitis B dan C atau jika seseorang dijangkiti lebih daripada satu jenis virus hepatitis A secara serentak.
  • Antara pesakit-pesakit yang dijangkiti hepatitis A, 10-15 % akan mengalami penyakit hepatitis berulang - ulang sehingga enam bulan selepas penyakit akut telah selesai. Penyakit hepatitis yang berulang ini biasanya menyebabkan gejala-gejala yang serupa jangkitan sebelumnya, tetapi biasanya lebih ringan.
  • Selain itu, selepas jangkitan hepatitis A akut, kolestasis yang berpanjangan juga boleh berlaku. Kolestasis berlaku akibat gangguan aliran jus hempedu di dalam hati.
  • Salah satu kandungan jus hempedu ialah bilirubin yang merupakan produk akhir daripada sel darah merah yang telah mati.
  • Tahap bilirubin meningkat kerana aliran hempedu yang statik dan ini boleh menyebabkan bilirubin di dalam aliran darah memendap di kulit.
  • Maka, ia menyebabkan kekuningan kulit (jaundis). Seseorang dikira mempunyai kolestasis berpanjangan sekiranya tempoh kekuningan kulit berlangsung selama lebih daripada 3 bulan.
  • Biasanya kolestasis ini akan hilang tanpa sebarang rawatan dan ia lebih kerap berlaku dalam kalangan pesakit yang lebih berumur.
  • Di samping itu, komplikasi-komplikasi lain yang pernah dilaporkan akibat jangkitan hepatitis A termasuk:
    • Radang salur darah (vaskulitis)
    • Radang sendi (arthritis)
    • Radang organ pankreas (pankreatitis akut)
    • Kekurangan platelet yang membantu membeku darah (thrombocytopenia)
    • Penyakit autoimun saraf (Sindrom Guillain-Barré)
    • Kekurangan sel darah merah (anemia autoimun atau anemia hemolitik aplastik)
    • Kegagalan buah pinggang akut 
    • Radang kantung jantung (perikarditis)
  • Namun, komplikasi-komplikasi ini adalah amat luar biasa dan jarang berlaku.

Kesan Jangka Panjang Hepatitis A

  • Jangkitan hepatitis A biasanya tidak akan menyebabkan kesan jangka panjang.
  • Ia juga tidak menyebabkan penyakit hepatitis yang kronik (jangka masa panjang) seperti mana yang disebabkan jangkitan hepatitis B dan C.

Written by: Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar

MD , Crimea State Medical University

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?