Hepatitis C

Bagaimana Diagnosis Hepatitis C

Baca Soalan

Diagnosis Hepatitis C

  • Hepatitis C merupakan sejenis virus yang boleh menjangkiti hati anda. Virus-virus lain yang boleh menyebabkan jangkitan hati ialah hepatitis A dan hepatitis B.
  • Beza hepatitis A, B dan C adalah berdasarkan cara penularan mereka, jenis jangkitan yang berlaku (akut-jangka pendek/ kronik-jangka panjang) serta kadar maut yang disebabkan oleh virus-virus ini.
  • Hepatitis A hanya menyebabkan jangkitan akut, tidak menyebabkan jangkitan kronik dan jarang mengancam nyawa. Kedua-dua jangkitan hepatitis B dan C pula boleh menyebabkan jangkitan akut atau kronik.
  • Walau bagaimanapun, kajian-kajian terkini telah menunjukkan bahawa hepatitis B merupakan hepatitis yang paling berbahaya kerana kadar kematian akibat jangkitan ini lebih tinggi berbanding dengan hepatitis C.
  • Namun begitu, hepatitis C tidak boleh dipandang rendah kerana ia berpotensi menyebabkan komplikasi seperti:
    • Parut hati (sirosis)
    • Kegagalan hati 
    • Kanser hati
  • Tanda-tanda dan gejala-gejala yang disebabkan oleh hepatitis A, B dan C adalah tidak banyak berbeza.
  • Oleh itu, test diagnosis hepatitis C yang paling berkesan ialah melalui ujian darah.

Ujian Untuk Mengesan Hepatitis C

  • Untuk mengesan hepatitis C, terdapat 2 jenis ujian darah yang boleh dilakukan iaitu ujian antibodi dan ujian PCR. Keputusan ujian hepatitis C biasanya mengambil masa 2 minggu.
    • Ujian antibodi menentukan jika anda pernah terdedah kepada virus hepatitis C dengan menguji kehadiran antibodi kepada virus.

    • Ujian PCR memeriksa jika virus hepatitis C masih ada di dalam badan anda.

  • Ujian lanjut bagi memeriksa dan memantau kesihatan hati juga biasa dilakukan setelah hepatitis C disahkan.
  • Seseorang dengan jangkitan hepatitis C aktif biasanya dirujuk kepada pakar untuk ujian lanjut seperti:
    • Ujian darah bagi mengukur tahap enzim hati dan protein dalam aliran darah untuk menganggarkan kerosakan atau keradangan hati.

    • Imbasan ultrasound dilakukan untuk melihat kerosakan hati anda.

    • Ujian STD (penyakit kelamin):

      • STD dan hepatitis kerapkali dijangkiti secara serentak kerana cara penularan yang sama. Sekiranya seseorang dijangkiti hepatitis C, doktor biasanya akan membuat ujian STD lain.

Written by: Dr M Ramzdhan

MD , Crimea State Medical University

18 Aug 2018
Tanya Doktor PERCUMA
Kunjungi ePharmacy