Jerawat

Apakah Faktor Penyebab Timbulnya Jerawat?

Baca Soalan

  • Jerawat merupakan masalah yang kerap berlaku terutamanya dalam kalangan remaja. Ia merupakan keadaan kulit di mana folikel rambut tersumbat disebabkan oleh pengumpulan minyak dan sel-sel kulit mati.
  • Ia juga menyebakan masalah seperti whitehead dan blackhead. Ia boleh terjadi di mana-mana bahagian badan termasuklah dahi, dada, belakang dan bahu. Sebaik sahaja seseorang mencapai usia pertengahan 20-an, jerawat biasanya hilang dengan sendirinya, terutama pada lelaki.
  • Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang jerawat adalah masalah serius yang berterusan yang memerlukan bantuan perubatan.

Faktor penyebab jerawat di muka

Antara penyebab jerawat batu ialah:

  •  Hormon
    • Androgen adalah hormon yang akan meningkat dalam kanak-kanak lelaki dan perempuan semasa baligh dan menyebabkan kelenjar sebaceous membesar menyebabkan pengeluaran sebum yang lebih banyak.
    • Lelaki remaja dan lelaki muda mempunyai tahap androgen yang lebih tinggi daripada remaja perempuan menyebabkan mereka lebih cenderung mempunyai jerawat.
    • Androgen bukan satu-satunya hormon yang memainkan peranan dalam jerawat. Ramai wanita dan gadis remaja melihat jerawat mereka semakin teruk sebelum kedatangan haid. Ini disebabkan oleh perubahan dalam hormon seks wanita seperti estrogen, yang boleh menyumbang kepada penyumbatan dan keradangan liang-liang.
    • Perubahan hormon ketika seseorang wanita hamil juga boleh menjejaskan pengeluaran sebum.  
  • Ubat-ubatan
    • Ubat-ubatan seperti pil perancang keluarga yang mengandungi oestrogen sahaja juga akan menyebabkan jerawat.
    • Ubat-ubatan lain seperti kortikosteroid dan testosterone juga akan menyebabkan penghasilan sebum yang berlebihan dan seterusnya menyebabkan terhasilnya jerawat.  
  • Tekanan
    • Tekanan emosi atau perasaan. Tekanan boleh membuat jerawat lebih teruk.
    • Apabila seseorang mengalami tekanan, lebih banyak sebum atau minyak dihasilkan yang akan menyumbat folikel rambut membolehkan lebih banyak jerawat membentuk.  
  • Jangkitan kuman
    • Bakteria staphylococcus penyebab jerawat dalam kalangan mereka yang kurang menjaga kebersihan diri. Apabila folikel rambut tersumbat dengan sebum dan sel-sel kulit yang telah mati, ia perlu dibersihkan.
    • Apabila ia dibiarkan, bakteria staphylococcus yang biasanya hidup pada kulit biasa akan bertambah dalam jumlah menyebabkan jangkitan kulit.
    • Selain itu, amalan tidak membersihkan diri selepas beriadah atau bekerja keras juga akan menyebabkan folikel rambut tersumbat dengan minyak dan peluh dari badan.  
  • Penggunaan produk-produk muka
    • Antara punca jerawat naik mendadak ialah penggunaan produk-produk yang mengandungi bahan-bahan kimia yang menyebabkan kulit menjadi sangat kering.
    • Ini merangsang pembentukan jerawat. Membersihkan kulit dengan sangat kerap juga boleh menyebabkan masalah ini.  
  •  Diet
    • Makanan penyebab jerawat juga. Kajian menunjukkan bahawa faktor pemakanan tertentu, termasuk susu skim dan makanan tinggi karbohidrat seperti roti, bagel dan kerepek mungkin memburukkan jerawat.
    • Coklat juga membuat jerawat lebih teruk. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan coklat menyebabkan masalah jerawat semakin buruk.

Written by: SASHINI A/P SEENIVASAGAM

MBBS (Melaka-Manipal)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?