Komposisi & Dos
Nutren untuk Diabetik adalah formulasi yang ‘isocaloric’ (1 kcal / mL) dan ia adalah formulasi enteral lengkap dengan nutrisi yang seimbang untuk para pesakit. Ia mempunyai indeks glisemik yang rendah, berjumlah 22. Ia mengandungi lemak tak jenuh tunggal, karbohidrat kompleks, dan gabungan serat yang unik.
Nutren untuk Diabetik terdiri daripada bahan-bahan berikut:
Minyak sayur-sayuran (Oleic Sunflower yang tinggi, Asid Erucic Rapeseed rendah, dan minyak Sunflower), Tapioka Dextrin, Protein Susu (Potassium Caseinate daripada susu lembu), Protein Whey, Serat (Guar Gum, Gum Acacia, Fructo-oligosaccharides, Inulin), Minerals (Sodium Phosphate, Sodium Citrate, Potassium Chloride, Calcium Carbonate, Calcium Chloride, Magnesium Oxide, Ferrous Sulfate, Zinc Sulfate, Manganese Sulfate, Copper Sulfate, Chromium Chloride, Potassium Iodide, Sodium Molybdate, Sodium Selenite), Choline Bitraterate, Maltodextrin, Inositol, Pengatur Acid (Citric Acid E330), Emulsifier (Soy Lecithin E322), Vitamin (C, Nicotinamide, B5, E, B6, B1, B2, A, Asid Folat, K1, Biotin, D3, B12), Sweetener (Potassium Acesulfame E950 0.0640%), Perasa Buatan dan Semulajadi, L-carnitine dan Taurine.
Setiap 100 g serbuk Nutren untuk Diabetik mempunyai kandungan nutrisi seperti yang berikut: -
- Tenaga 445 kcal (Pengagihan tenaga: protein 15%, lemak 40%, dan karbohidrat 45%)
- Protein 17.1 g
- Lemak 19.8 g
- Karbohidrat 50 g. (Polisakarida: 100%, gula: 0%, karbohidrat: 11.2g / 100kcal)
- Serat 6.8 g - Nutren untuk Diabetik mempunyai gabungan yang seimbang serat larut, tidak larut dan bifidogenik.
- Mikronutrien seperti vitamin A 290 mcgRE, vitamin D3 4.2 mcgCE, vitamin E 4.4 mgTE, vitamin K 27 mcg, vitamin C 28 mg, thiamine (B1) 0.5 mg, riboflavin (B2) 0.5 mg, vitamin B6 0.7 mg, asid folat 90 mcg, vitamin B12 0.8 mcg, choline 200 mg, sodium 390 mg, potassium 620 mg, klorida 450 mg, kalsium 290 mg, phosphorus 290 mg, magnesium 95 mg, manganese 445 mcg, besi 5.6 mg, iodine 55 mcg, copper 0.5 mg , zink 3.5 mg, selenium 24 mcg, kromium 16 mcg dan molibdenum 30 mcg - Keperluan untuk vitamin dan mineral dipenuhi dalam 1500mL (1500kcal).
Kesan ubat Nutren untuk Diabetik bergantung kepada sebab penggunaannya dan dos ubat yang diambil. Jika simptom-simptom yang dialami tidak berkurangan,
sila bercakap terus dengan doktor bagi mencari jalan penyelesaian yang lain. Ubat ini sepatutnya hanya diambil mengikuti dos yang telah ditentukan oleh doktor.
Anda boleh membeli ubat Nutren untuk Diabetik daripada farmasi terdekat. Sila semak tarikh luput di atas paket ubat.
Ia dihasilkan oleh Nestle
Cara pengambilan Nutren untuk Diabetik? - Ukur jumlah air bersih yang sesuai dan tuangkan ke dalam bekas yang bersih. Ukur jumlah serbuk yang sesuai dan masukkannya ke dalam air. Kacau sehingga serbuk bercampur dalam air. Formulasi ini boleh digunakan untuk pemakanan melalui mulut atau tiub. Gunakan campuran tersebut dalam masa 6 jam sekiranya disimpan dalam suhu bilik atau 12 jam jika disejukkan dalam peti sejuk. Setelah tin serbuk dibuka, gunakan dalam jangka masa 4 minggu.
Keperluan nutrisi setiap individu perlu dinilai untuk menentukan berapa banyak formulasi diperlukan. Pengambilan purata sebanyak 1500 mL akan menyediakan jumlah tenaga sebanyak 1500 kcal. Pengguna dinasihatkan untuk memakan formulasi ini secara beransur-ansur sehingga pengambilan nutrien yang diperlukan dicapai. Penggunaan serbuk ini perlu diawasi oleh seorang pegawai kesihatan.