Penyakit Kelamin

Apakah Ujian Diagnosis Penyakit Kelamin

Baca Soalan

Penyakit kelamin boleh menyebar daripada seseorang individu kepada individu yang lain melalui kontak keintiman ataupun mempunyai hubungan seks yang melibatkan dubur, faraj ataupun mulut. Penyakit kelamin boleh dicegah tanpa melakukan hubungan seks yang berisiko.

Anda boleh merendahkan risiko anda dengan penggunaan kondom ataupun mempunyai pasangan yang bebas daripada penyakit kelamin. Terdapat pelbagai punca penyakit kelamin, termasuk sifilis, gonorrhoea, chlamydia dan herpes.

Kebanyakkan penyakit kelamin boleh dirawati dengan ubat-ubatan. Oleh itu, anda perlu mendapat diagnosis penyakit kelamin sebelum rawatan diberikan.

Cara mendiagnosis penyakit kelamin:

Sekiranya anda mempunyai risiko menjangkiti penyakit kelamin, anda perlu mendapat ujian daripada doktor anda untuk menentukan status anda. Ujian saringan juga boleh dilakukan oleh seseorang individu melalui test kit yang dibeli daripada farmasi ataupun secara online. Namun yang demikian, adalah digalakkan mendapat nasihat doktor bagi interpretasi keputusan anda. Anda juga tidak digalakkan mendapat rawatan sendiri tanpa pemeriksaan daripada doktor anda.

Cara mengetahui penyakit kelamin mempunyai beberapa langkah yang sering digunakan oleh doktor anda:

  1. Doktor anda akan bertanya tentang simptom-simptom yang berkaitan seperti kesakitan ketika kencing, ketidakselesaan di kawasan kelamin, ulser dan juga discaj daripada alat kelamin.
  2. Simptom-simptom sebegini kerap berlaku jika terdapat pesakit kelamin. Tetapi simptom-simptom sebegini tidak boleh menentukan sekiranya anda mempunyai penyakit kelamin, kerana jangkitan lain juga boleh menyebabkan simptom-simptom sebegini.
  3. Oleh itu, informasi tentang hubungan seks anda dan jangka masa simptom-simptom anda bermula adalah penting.
  4. Pada masa yang sama, doktor akan bertanya tentang jangkitan penyakit kelamin pada masa dahulu. Jangan berasa malu apabila ditanya kerana ia dapat membantu menguruskan penyakit anda dengan mengurangkan risiko-risiko yang boleh dielakkan.
  5. Selain itu, doktor perlu periksa penyakit kelamin di kawasan kelamin anda. Hal ini penting untuk menentukan diagnosis secara visual dan mengetahui keseriusan jangkitan.
  6. Pada masa ini, doktor akan mendapat sampel melalui kencing, ulser (jikalau ada) ataupun cecair anda untuk membuat ujian di makmal. Terdapat ujian makmal yang boleh dilakukan mengikuti jenis kuman yang disyaki oleh doktor anda.

Contoh-contoh ujian makmal:

  1. Ujian darah - Ia memerlukan sampel darah untuk menentukan diagnosis anda. Ujian darah digunakan apabila anda mempunyai risiko mendapat HIV ataupun sifilis.

  2. Sampel kencing - Ujian ini digunakan bagi jangkitan klamidia ataupun gonorrhoea. Ujian ini memerlukan anda kencing ke dalam botol kecil.

  3. Sampel cecair (ulser, discaj dari badan) - Jikalau penyakit kelamin menyebabkan pengeluaran cecair, maka ia boleh digunakan sebagai sampel untuk menentukan jenis kuman. Ia boleh digunakan bagi jangkitan herpes kerana jangkitan ini menyebabkan ulser di kawasan kelamin.

Untuk informasi dan pemeriksaan selanjutnya, anda boleh pergi ke pakar klinik penyakit kelamin yang terdekat ataupun daripada hospital kerajaan.

Written by: Dr Ilias Yee

MB BCh BAO (NUI), LRCPI, LRCSI, Fellow Open Medical Institute (Addiction), Fellow ASHM Leadership (Sexual Health & HIV Medicine)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?