Penyakit Kelamin

Apakah Penyebab Penyakit Kelamin?

Baca Soalan

Punca penyakit menular seksual

Penyakit kelamin ialah penyakit yang biasanya ditularkan melalui hubungan seksual. Punca penyakit kelamin ialah jangkitan organisma-organisma seperti virus, bakteria dan parasite. Terdapat lebih daripada 20 jenis penyakit kelamin dan contoh-contoh penyebab penyakit menular seksual yang lebih umum termasuk:

  • Jangkitan bakteria: Chlamydia, Gonorrhea, Sifilis

  • Jangkitan virus: Herpes genital, HIV, Human Papilloma Virus, Hepatitis B

  • Jangkitan parasite: Trichomoniasis

Selain daripada hubungan seks, terdapat beberapa cara penularan penyakit menular seksual yang lain seperti melalui darah, air mani, cecair faraj, cecair badan yang lain dan jangkitan ini juga boleh disebarkan dari ibu kepada anak semasa mengandung atau melahirkan anak.

Faktor risiko penyakit kelamin

Seseorang yang melakukan hubungan seksual sememangnya mempunyai tahap risiko yang tertentu untuk dijangkiti penyakit kelamin. Namun begitu, terdapat faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan risiko tersebut seperti:

  • Hubungan seksual tanpa perlindungan sama ada melalui faraj, mulut atau dubur: Risiko pasangan yang tidak dijangkiti mendapatkan penyakit kelamin meningkat jika kondom getah tidak digunakan. Penggunaan kondom yang tidak betul atau tidak konsisten juga boleh meningkatkan risiko anda.

  • Mempunyai lebih daripada satu pasangan seksual: Semakin ramai jumlah hubungan seksual yang dilakukan, semakin besar risiko anda dijangkiti penyakit kelamin.

  • Mempunyai sejarah penyakit kelamin: Seseorang yang mempunyai sejarah penyakit kelamin boleh dijangkiti penyakit kelamin dengan lebih mudah.

  • Penyalahgunaan alkohol atau dadah rekreasi: Penyalahgunaan bahan-bahan ini boleh menjejaskan penghakiman anda dan meningkatkan risiko bagi perlakuan yang berisiko tinggi seperti hubungan seksual tanpa perlindungan.

  • Menyuntik dadah ke dalam vena: Perkongsian jarum dengan seseorang yang dijangkiti penyakit kelamin boleh menyebabkan penyebaran jangkitan-jangkitan yang serius terutamanya virus HIV, hepatitis B dan hepatitis C.

Written by: Dr Ilias Yee

MB BCh BAO (NUI), LRCPI, LRCSI, Fellow Open Medical Institute (Addiction), Fellow ASHM Leadership (Sexual Health & HIV Medicine)

18 Aug 2018
#dudukrumah dapat baucar: Tebus Sekarang!

Video Consultation Specialist

Ask FREE questions