Penyakit Kelamin

Apakah Rawatan Penyakit Kelamin

Baca Soalan

Penyakit kelamin boleh disebabkan oleh pelbagai jenis kuman seperti bakteria, virus dan kulat. Kebanyakkan penyakit kelamin boleh disembuh dengan ubat-ubatan yang spesifik. Terdapat jangkitan yang tidak boleh disembuh sepenuhnya, maka ubat-ubatan membantu mengurangkan keberangkaliannya merebak kepada orang lain.

Penyakit kelamin perlu dilihat secara serius kerana ia oleh menjangkiti kepada orang lain. Secara amnya, penyakit kelamin yang disebabkan oleh bakteria adalah lebih mudah dirawati jika dibandingkan dengan kuman lain.

Jangkitan virus boleh dirawati tetapi susah untuk sembuh sempurnanya. Bagi individu ataupun golongan yang berisiko, mereka lebih perlu mendapatkan rawatan kerana lebih mudah menyebarkan jangkitan kepada orang lain ataupun mendapat komplikasi jangkitan.

Contoh golongan yang berisiko termasuk pengguna dadah, individu terlibat dalam seks bebas ataupun wanita yang berhamil.

Cara merawat penyakit kelamin wanita ataupun ubat penyakit kelamin wanita adalah sama dengan golongan lelaki. Kebanyakkan rawatan penyakit kelamin adalah terdiri daripada ubat-ubatan di bawah, tertakluk kepada jenis jangkitan individu :

a) Antibiotik:

  • Ubat antibiotik sering digunakan untuk penyakit kelamin yang disebabkan oleh bakteria ataupun parasit. Jangkitan ini termasuk gonorrhoea, sifilis, chlamydia ataupun trichomoniasis.
  • Bagi kebanyakkan masa, individu hanya memerlukan satu dos antibiotik untuk mencapai objecktif rawatan.
  • Apabila anda mengambil antibiotik, anda perlu memastikan semua ubat diambil mengikuti masa yang ditetapkan tanpa berhenti secara mendadak. Hal ini kerana keberkesanan antibiotik bergantung kepada dos dan jangka masa yang diambil.
  • Semua dos dan jangka masa telahpun disyorkan oleh syarikat farmaseutikal untuk mencapai objektif rawatan.
  • Jikalau anda tidak dapat mengambil antibiotik bagi jangka masa tersebut, sila berbincang dengan doktor anda. Doktor akan memberikan anda ubat-ubatan dimakan bagi jangka masa yang lebih pendek.
  • Pada masa yang sama, anda perlu menghentikan hubungan seks sehingga menghabiskan rawatan dan luka sudah memulih.

b) Antiviral:

  • Kebanyakkan ubat antiviral berguna untuk mengurangkan risiko anda menyebarkan jangkitan kepada orang lain. Anda masih mempunyai peluang menjangkiti orang lain walaupun dirawati. Hal ini boleh berlaku kepada individu yang mempunyai penyakit kelamin herpes.
  • Jikalau anda mempunyai episod jangkitan yang berulangan, doktor akan memberikan anda ubat antiviral untuk diambil setiap hari supaya jangkitan ini akan berkurangan.
  • Bagi jangkitan HIV pula, ia membantu memanjangkan jangka hayat anda dengan mengurangkan jumlah virus dan aktiviti virus dalam tubuh badan anda.
  • Oleh itu, rawatan yang awal bagi HIV adalah penting kerana ia boleh meningkatkan keberkesanan rawatan antiviral.

Sekiranya anda mempunyai penyakit kelamin, dapatkan informasi tentang dos dan jangka masa rawatan supaya rawatan adalah efektif untuk menangani jangkitan anda.

Written by: Dr Ilias Yee

MB BCh BAO (NUI), LRCPI, LRCSI, Fellow Open Medical Institute (Addiction), Fellow ASHM Leadership (Sexual Health & HIV Medicine)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?