Tiroid

Komplikasi Penyakit Tiroid Yang Boleh Terjadi

Baca Soalan

  • Jikalau masalah tiroid anda tidak dirawat dengan baik, maka anda boleh mendapat komplikasi. Komplikasi merupakan kesan yang tidak diingini dan boleh melibatkan pelbagai sistem tubuh badan.
  • Kebanyakan komplikasi berlaku kepada individu yang menghidapi hipertiroidisme yang tidak diketahui ataupun tidak terkawal. Tiroid merupakan organ endokrin yang mempunyai kaitan terhadap fungsi sistem-sistem lain dalam badan.
  • Masalah tiroid boleh dibahagikan kepada tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme) dan tiroid yang kurang aktif (hipotiroidisme). Oleh itu, bahaya penyakit tiroid perlu diberikan perhatian.

Komplikasi hipertiroidisme (tiroid terlalu aktif) :

Masalah mata

  • Ia dikaitkan dengan penyakit Grave dan hanya melibatkan lebih kurang 33% dalam kalangan pesakit ‘Grave’s disease’.  
  • Simptom-simptom termasuk:
    • Mata kering
    • Sensitif terhadap cahaya
    • Mata yang berair
    • Penglihatan berganda
    • Mata merah
    • Kelopak mata yang tertarik balik (retracted eyelids)
    • Mata terjojol
  • Kebanyakan kes adalah tidak serius dan boleh mendapat nasihat doktor pakar mata.

Tiroid yang kurang aktif (Hipotiroidisme)

  • Rawatan hipertiroidisme mempunyai objektif untuk mengurangkan tahap hormon tiroid dalam tubuh badan. Anda memerlukan ujian berkala untuk memantau paras hormon.  
  • Hipotiroidisme menyebabkan simptom:
    • Kelesuan
    • Sensitif terhadap cuaca sejuk
    • Berat badan bertambah
    • Sembelit
    • Tiada mood

Masalah dengan kehamilan

  • Ini merupakan bahaya penyakit tiroid kepada wanita. Dapatlah nasihat doktor sekiranya anda mempunyai hipertiroidisme.

Masalah jantung

  • Anda berisiko mendapat denyutan jantung yang tidak teratur (Arrhythmias) yang boleh menjejaskan aliran darah ke keseluruhan tubuh badan dan meningkatkan risiko darah beku.

Thyroid storm

  • Ia merupakan komplikasi yang paling serius akibat hipertiroid.
  • Thyroid storm boleh dicetuskan oleh:
    • Jangkitan
    • Kehamilan
    • Penggunaan ubat yang tidak betul
    • Kecederaan tiroid
  • Simptomnya termasuk:
    • Denyutan jantung yang terlalu pantas
    • Demam panas
    • Muntah
    • Cirit-birit
    • Demam kuning
    • Kekeliruan
    • Tidak sedarkan diri

 Komplikasi hipotiroidisme (tiroid yang kurang aktif) :

Masalah jantung

  • Risiko mendapat masalah jantung meningkat kerana hipotiroidisme boleh menyebabkan peningkatan paras kolesterol. Paras kolesterol yang tinggi menjejaskan saluran darah dan menyekat bekalan darah ke jantung anda.
  • Jikalau anda mengalami sakit dada, sila hubungi hospital anda.

Goitre

  • Goitre merupakan suatu keadaan di mana organ tiroid membengkak kerana perlu menampung keperluan hormon tiroid dalam badan anda.

Masalah semasa hamil

  • Ia boleh menjejaskan tumbesaran kandungan anda akibat anemia, darah tinggi dan kekurangan hormon tiroid pada kandungan anda.
  • Hal sedemikian perlu dibincang dengan doktor pakar endokrin.

Myxoedema coma

  • Ia merupakan komplikasi yang paling serius tetapi jarang berlaku. Individu tersebut akan mempunyai simptom kekeliruan, suhu badan yang rendah dan berasa mengantuk dan tidak bermaya akibat hormon tiroid yang sangat rendah. Kondisi ini memerlukan rawatan kecemasan.

Komplikasi rawatan penyakit tiroid ini termasuk :

Ubat-ubatan

  1. Hipotiroidisme

Rawatan pesakit hipertiroidisme bertujuan mengurangkan hormon tiroid dalam badan. Jikalau hormon tiroid dikurangkan ke bawah tahap optimum, maka hipotiroidisme akan berlaku.

  1. Hipertiroidisme

Rawatan pesakit hipotiroidisme berfungsi meningkatkan hormon tiroid dalam badan. Jikalau hormon tiroid ditambah melebihi tahap optimum, maka hipertiroidisme akan berlaku.

Surgeri

  • Pendarahan

  • Kecederaan pada saraf recurrent laryngeal (suara menjadi serak)

  • Hipoparatiroidisme (Hypoparathyroidism)

  • Thyroid storm

  • Jangkitan

  • Hipotiroidisme


Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui informasi yang selanjutnya terhadap komplikasi masalah tiroid dan komplikasi rawatannya.



 


Written by: Dr M Ramzdhan

MD , Crimea State Medical University

18 Aug 2018
Tanya Doktor PERCUMA
Kunjungi ePharmacy