Strok

Pencegahan Penyakit Strok

Baca Soalan

Pengenalan

  • Strok berlaku apabila aliran darah ke bahagian otak anda terputus. Kebanyakannya disebabkan oleh darah beku atau sesuatu yang menghalang aliran. Ini dipanggil strok iskemia. Kira-kira 10% daripada kejadian strok disebabkan oleh pendarahan di dalam otak. Ini adalah strok hemoragik.
  • Usia yang semakin meningkat dan sejarah perubatan keluarga adalah antara perkara yang membuat anda lebih berisiko mengalami strok. Anda tidak boleh menukar saudara-mara anda atau memberhentikan proses penuaan.
  • Namun, pakar perubatan ada mengatakan 80% daripada strok boleh dicegah. Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah stroke?
  • Penyakit strok atau lebih dikenali sebagai angin ahmar boleh dicegah dengan beberapa cara.
  • Cara mencegah angin ahmar boleh dibahagikan kepada pencegahan sekiranya anda tidak pernah mengalami strok (Pencegahan Primer- Primary Prevention) dan juga pencegahan daripada mendapat strok buat kali kedua (Pencegahan Sekunder- Secondary Prevention).
  • Sehingga 80% daripada penyakit strok boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sekiranya anda pernah mengalami masalah strok, anda harus rajin berhubung dengan doktor anda untuk memantau dan mengawal status kesihatan yang menimbulkan risiko untuk strok.  
  • Perubahan gaya hidup ini dapat mengurangkan risiko seperti:
    • salur darah tersumbat dengan lemak (aterosklerosis)
    • tekanan darah tinggi
    • tahap kolesterol tinggi
  • Sekiranya anda telah mengalami strok, mengubah gaya hidup dapat membantu mengurangkan risiko anda mengalami strok buat kali kedua pada masa akan datang.

Cara-cara mengurangkan risiko mendapat strok:

  • Diet:

    • Pencegahan stroke bermula dari tabiat pemakanan seharian anda. Tabiat pemakanan yang tidak sihat boleh meningkatkan risiko anda mengalami strok kerana ia boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan paras kolesterol anda. Perkara ini sekaligus akan mengurangkan risiko anda menjadi obes atau mempunyai masalah berat badan berlebihan.
    • Diet rendah lemak dan kandungan serat yang lebih banyak membantu mengurangkan risiko menjadi obes yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti strok.
    • Terdapat pelbagai jenis makanan penyebab stroke tetapi ia tidak akan membawa implikasi secara langsung. Antara makanan yang perlu anda hindari adalah makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi, garam dan makanan yang diproses seperti sosej, makanan ringan dan lain-lain.
    • Justeru, anda perlu mengehadkan jumlah garam yang anda makan. Kandungan garam seharian tidak harus melebihi 6g (0.2oz) sehari kerana terlalu banyak garam akan meningkatkan tekanan darah anda. Untuk pengetahuan anda, 6g garam adalah kira-kira satu sudu teh.
    • Memastikan keseimbangan dalam diet anda adalah penting. Sebaiknya, anda disyorkan untuk mengamalkan pemakanan sihat untuk mengurangkan berat badan yang sekaligus akan mengurangkan risiko mengalami strok.
    • Elakkan juga dari memakan hanya sejenis makanan sahaja. Makan pelbagai jenis variasi makanan termasuk banyak buah-buahan segar, sayur-sayuran dan bijirin penuh.
  • Senaman:

    • Menggabungkan diet sihat dengan senaman yang kerap adalah cara terbaik untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Senaman yang kerap juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol anda dan menjaga tekanan darah anda.
    • Bagi kebanyakan orang, sekurang-kurangnya 150 minit (2 jam dan 30 minit) aktiviti aerobik intensiti sederhana, seperti berbasikal atau berjalan pantas, setiap minggu adalah disyorkan.
    • Jika anda pulih daripada strok, anda harus membincangkan kemungkinan rancangan latihan dengan ahli pasukan pemulihan anda. Latihan yang kerap mungkin tidak dapat dilakukan dalam minggu pertama atau sebulan selepas diserang strok.
  • Merokok:

    • Anda menggandakan risiko strok jika anda menggunakan tembakau. Nikotin dalam rokok meningkatkan tekanan darah, dan karbon monoksida dalam asap menurunkan jumlah oksigen yang dapat dibawa oleh darah anda.
    • Jikalau anda bukan seorang perokok tetapi dikelilingi perokok anda juga mempunyai risiko untuk mendapat serangan strok.
    • Tembakau boleh meningkatkan kandungan lemak dalam darah anda yang dikenali sebagai trigliserida dan mengurangkan tahap kolesterol baik (HDL) anda. Bukan itu sahaja, darah anda akan lebih melekit dan lebih cenderung membeku.
    • Pembentukan plak lebih cenderung. Lapisan tembakau akan menyelaputi saluran darah dan semakin menebal.
    • Bercakap dengan doktor tentang strategi untuk berhenti merokok. Tompok nikotin dan kaunseling boleh membantu. Jangan berputus asa jika anda tidak berjaya buat kali pertama. Anda boleh mengurangkan risiko mengalami strok dengan berhenti merokok.
    • Berhenti merokok juga akan meningkatkan kesihatan umum anda dan mengurangkan risiko anda mengalami kondisi serius yang lain, seperti kanser paru-paru dan penyakit jantung.
  • Kurangkan alkohol:

    • Penggunaan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan mencetuskan degupan jantung yang tidak teratur (atrial fibrillation), kedua-duanya dapat meningkatkan risiko anda mengalami strok.
    • Disebabkan minuman beralkohol tinggi dalam kalori, mereka juga menyebabkan kenaikan berat badan. Pengambilan minum keras meningkatkan risiko strok lebih dari tiga kali ganda.
    • Jika anda memilih untuk meminum alkohol dan telah pulih sepenuhnya, anda harus berusaha untuk tidak melebihi had yang disyorkan. Lelaki dan wanita dinasihatkan agar tidak kerap minum lebih dari 14 unit seminggu.
    • Jika anda belum pulih sepenuhnya dari strok anda, anda mungkin akan berasa sangat sensitif terhadap alkohol dan walaupun had selamat yang dicadangkan mungkin terlalu banyak untuk anda.

Pencegahan Strok Sekunder (Secondary Prevention)

    • Golongan yang pernah mengalami strok berisiko tinggi untuk mendapat strok buat kali kedua terutamanya dalam beberapa bulan berikutnya selepas diserang strok. Kira-kira 10% daripada mereka yang diserang strok boleh mengalami satu lagi serangan strok dalam tempoh satu minggu.
    • Sebanyak 14% pada dalam sebulan dan 18% dalam tiga bulan. Selepas itu risiko mendapat strok buat kali kedua jatuh ke kira-kira 5% setahun. Meskipun begitu, terdapat beberapa langkah pencegahan yang wajar diambil oleh semua pesakit strok agar tidak mendapat strok buat kali kedua.
    • Pencegahan sekunder boleh diringkaskan dengan singkatan A, B, C, D, E seperti yang berikut:
    • A - Aspirin dan antikoagulan lain
      • Pengambilan ubat aspirin dan antikoagulan ( dapat mengurangkan risiko strok iskemia daripada berulang, namun terdapat risiko kesan buruk, terutamanya perdarahan dalam otak dan perut.
      • Oleh itu, anda harus berhubung dengan doktor anda untuk rawatan berterusan.
    • B - Blood pressure
      • Pengambilan ubat hipertensi dapat mengurangkan tekanan darah
      • Ia adalah berfaedah tanpa mengira jenis strok yang pernah dihidapi, tahap tekanan darah (walaupun tekanan darah biasa) atau umur. 
    • C - Cessation
      • Menghentikan amalan merokok. Bahan lain seperti tampalan nikotin juga boleh membantu.
    • D - Diet yang seimbang
      • Amalkan cara pemakanan yang sihat dengan mempelbagaikan sayur-sayuran dan buah-buahan serta diet yang rendah kandungan garam, gula dan lemak.
    • E - Exercise atau senaman

      • Senaman selama 30 minit sehari untuk 5 kali seminggu.
      • Senaman juga termasuklah berjalan secara laju dan naik turun tangga.

Written by: Dr Sri Viknarajan

Universiti Hasanuddin, Indonesia – MEDICAL DEGREE (DR)

18 Aug 2018
Tanya Doktor PERCUMA
Kunjungi ePharmacy