Tonsil

Tanda Dan Gejala Radang Tonsil (Tonsilitis)

Baca Soalan

  • Tonsil merupakan dua noda limfa yang terletak di belakang tekak anda. Mereka mempunyai fungsi melawan jangkitan dari dari luar tubuh badan anda. Apabila limfa noda dijangkiti, ia dipanggil sebagai tonsillitis.
  • Tonsillitis boleh dihidapi oleh individu dari pelbagai peringkat umur, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Virus merupakan penyebab tonsillitis yang paling biasa, diikuti oleh bakteria.
  • Tonsillitis adalah kondisi berjangkit dan boleh merebak apabila kanak-kanak berinteraksi dan bermain dalam jarak yang dekat. Tonsillitis mempunyai beberapa jenis dan boleh menyebabkan pelbagai gejala.

Gejala dan tanda-tanda tonsillitis termasuk :

  • Tonsil bengkak

  • Benjolan di leher

  • Tompokan putih pada tonsil

  • Tekak luka

  • Radang tekak

  • Sakit tekak bila menelan

  • Suara yang serak

  • Demam

  • Nafas berbau

  • Menggigil

  • Sakit telinga

Gejala dan tanda-tanda tonsillitis termasuk :

  • Air liuh yang meleleh kerana kesukaran ataupun kesakitan ketika menelan

  • Keengganan untuk makan

  • Kerengsaan (Irritation)

  • Selera makan yang berkurangan

Jikalau anda mempunyai simptom dibawah, anda memerlukan rawatan doktor dengan segera.

    • Demam yang mencecah 38 degree celcius dan ke atas

    • Lemah otot

    • Kejang leher

    • Sakit tekak yang berpanjangan selama 48 jam

    • Kesusahan bernafas kerana tonsil yang terlalu bengkak

  • Sesetengah tonsillitis boleh sembuh dengan sendiri tanpa ubat-ubatan, tetapi anda akan melalui pengalaman yang tidak menyenangkan akibat rasa sakit dan tidak selesa.
  • Sekiranya tonsillitis disebabkan oleh bakteria, maka ia memerlukan antibiotik dan diambil dalam jangka masa yang tertentu. Sekiranya jangkitan ini tidak dirawat, ia berkemungkinan merebak ke struktur lain yang berdekatan dengan tekak anda.
  • Oleh itu, seandainya anda mempunyai simptom-simptom sakit tekak, susah menelan ataupun demam, sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan.

Written by: Sri Viknarajan A/L Puvendran

Universiti Hasanuddin, Indonesia – MEDICAL DEGREE (DR)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?