Tonsil

Komplikasi Radang Tonsil (Tonsilitis) Akut Dan Kronik

Baca Soalan

  • Tonsillitis akan pulih dalam masa tiga hingga empat hari selepas mendapat rawatan dengan simptom demam dan kesakitan berkurangan dalam masa seminggu.
  • Bagi sesetengah indivdu, simptom tidak pulih dan mungkin menjadi semakin teruk.  
  • Terdapat beberapa komplikasi tonsillitis yang berlaku termasuk :

Tonsillitis yang berulang :

  • Bagi sesetengah individu, mereka akan menghidapi tonsillitis semasa mereka mendapat jangkitan saluran pernafasan atas. Tonsillitis yang berulang ataupun tonsillitis kronik boleh menjejaskan aktiviti seharian individu.
  • Bagi kanak-kanak, tonsillitis yang berulang boleh menjejaskan pertumbuhan mereka.  
  • Tonsillitis yang berulang atau kronik boleh disyaki apabila anda mempunyai satu dari tiga kriteria di bawah :
    • Sekurang-kurangnya 7 episod tonsillitis dalam setahun

    • Sekurang-kurangnya 5 episod tonsillitis setiap tahun bagi tempoh dua tahun berturut-turut

    • Sekurang-kurangnya 3 episod tonsillitis setiap tahun bagi tempoh tiga tahun berturut-turut

      Peritonsillar abses :

  • Peritonsillar abses juga dikenali sebagai quinsy. Masalah ini berlaku beberapa hari selepas manifestasi simptom tonsillitis.
  • Abses ini merupakan kantung yang mengandungi nanah terbentuk antara dinding tekak dan belakang tonsils.

         Jangkitan yang merebak :

  • Jangkitan tonsillitis boleh merebak ke kawasan sekitar tonsil, menyebabkan radang dan jangkitan struktur sekitar. Contohnya, bakteria dari tonsil boleh masuk ke salur darah anda (jugular vein), menjangkiti darah anda dan menyebabkan septicemia.
  • Kondisi ini juga dipanggil sebagai sindrom lemierre dan boleh membawa maut jika tidak dirawat. Jangkitan tonsil juga boleh menjangkiti telinga tengah anda, menyebabkan jangkitan telinga tengah (otitis media).

         Pembentukan krypt :

  • Bakteria boleh terkumpul di kawasan berlubang pada tonsil anda, membentuk krypt yang berwarna putih atau sedikit kekuningan dan berbau busuk yang dipanggil tonsilloliths.

         Kesukaran bernafas :

  • Tonsillitis yang berulang menyebabkan radang tonsil serta tonsil yang membengkak membawa kepada masalah berdengkur, tidur yang terganggu dan bernafas melalui mulut. Situasi sebegini dikenali sebagai apnea tidur.

        Komplikasi akibat jangkitan jangkitan streptococcus :

  • Komplikasi akibat jangkitan bakteria streptococcus termasuk masalah buah pinggang yang dikenali sebagai ‘glomerulonephritis’ dan demam reumatik yang boleh menjejaskan sendi dan injap jantung anda.
  • Sekiranya berlaku komplikasi tonsillitis, anda memerlukan rawatan secara pembedahan untuk membuang tonsil anda.
  • Kesan sampingan selepas tonsil anda dibuang adalah sakit tekak, kesukaran menelan, demam, nafas berbau, loya dan muntah.
  • Kesan sampingan ini berbeza antara individu. Kanak-kanak akan pulih dengan lebih cepat berbanding dengan orang dewasa. Bincanglah dengan doktor anda tentang risiko dan manfaat pembedahan membuang tonsil anda.

Written by: Sri Viknarajan A/L Puvendran

Universiti Hasanuddin, Indonesia – MEDICAL DEGREE (DR)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?