Doktor, tolong bagi saya petua untuk hilangkan selsema (Flu).

Anonymous
Salam doktor. Saya berumur 35 tahun dan bekerja sebagai akauntan di salah sebuah bank, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Saya ingin bertanya tentang selsema. Dalam 3 hari yang lepas, saya mengalami beberapa gejala seperti sakit tekak, hidung berair,sakit tekak dan batuk kering. Kesemua gejala tidak datang dengan serentak. Ia bermula dengan sakit tekak dahulu dan saya mula minum air kosong dengan banyak untuk mengurangkan sakit tekak tersebut. Kemudian hidung saya mula berair dan saya berasa sangat tidak selesa untuk melakukan kerja harian. Setelah itu, datang pula batuk-batuk kering dan tiada sebarang kahak yang keluar. Terakhir sekali, saya mengalami demam dan suhunya tidak tinggi serta saya juga ada membeli ubat-ubatan demam di farmasi.

Saya agak kerap mengalami selsema ini dan boleh dikatakan setiap tahun saya mengalaminya. Suami dan anak-anak akan turut dijangkiti selsema setiap kali ia berlaku. Selsema akan menyebabkan saya cepat berasa letih dan hilang selera makan. Saya ingin bertanya soalan kepada doktor. Apakah penyebab sebenar bagi selsema ini dan adakah gejala-gejala yang saya hadapi ini boleh menjadi lebih serius? Adakah petua atau cara lain yang boleh dilakukan di rumah untuk menghilangkan gejala-gejala selsema ini kerana saya agak sibuk untuk pergi ke hospital.
Anonymous
<!--block-->Salam doktor. Saya berumur 35 tahun dan bekerja sebagai akauntan di salah sebuah bank, sudah berkahwin ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Untuk pengetahuan anda, selsema (Flu) memang sangat kerap terjadi dalam kalangan orang ramai dan ia mudah berjangkit. Ia disebabkan oleh beberapa jenis virus dan penyakit ini kebiasaannya akan sembuh dengan sendiri. Gejala-gejala selsema selalunya jarang menjadi serius, namun selsema yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi lain seperti radang sinus.
Terima kasih atas soalan anda. Untuk pengetahuan anda,<strong> selsema </strong>(Flu) memang sangat kerap terjadi d... See More

Apakah itu selsema

Selsema biasanya didefinisikan sebagai jangkitan pernafasan bahagian atas (uppper respiratory tract infection) yang disebabkan oleh virus yang biasanya menjejaskan hidung tetapi ia juga boleh mempengaruhi tekak, sinus, tiub eustachian, trakea, ‘larynx’ dan tiub bronkus - tetapi bukan paru-paru.

Secara statistik, selsema adalah penyakit yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Selsema biasanya disebabkan oleh virus. Virus penyebab selesema yang paling biasa adalah rhinovirus. Selsema juga boleh dipanggil coryza, nasofaringitis, ‘rhinopharyngitis’, dan ‘sniffles’.

Apakah penyebab selsema

  • Mungkin ramai orang berfikir anda boleh dijangkiti selsema kerana tidak berpakaian cukup tebal pada musim sejuk atau terdedah kepada cuaca yang sejuk. Itu adalah mitos. Penyebab yang paling biasa sebenarnya adalah virus. Terdapat lebih 200 jenis virus yang boleh menyebabkan selsema.
  • Selesema menjangkiti anda apabila virus merebak melalui titisan air yang tersebar apabila orang yang telah dijangkiti virus bersin, batuk atau disebarkan secara sentuhan seperti titisan pada sapu tangan atau objek lain yang telah disentuh pesakit yang menghidap selsema contohnya tombol pintu dan telefon atau mainan kanak-kanak 
  • Sesetengah virus seperti Rhinovirus boleh hidup sehingga tiga jam di luar badan manusia.

Jenis virus selsema

Kebanyakan virus boleh diklasifikasikan kepada salah satu daripada beberapa kumpulan. Iaitu:

  • Rhinovirus
  • Coronavirus
  • Parainfluenza
  • Adenovirus
  • ‘Respiratory Syncytial Virus’

Apakah gejala selsema

Selsema biasanya disertai dengan gejala ringan yang hanya berlangsung selama lima hingga 10 hari, namun sesetengah gejala boleh berlanjutan sehingga tiga minggu. Sebaliknya, selsema yang disebakan oleh virus influenza, boleh menyebabkan gejala yang lebih teruk. 

Gejala yang paling kerap berlaku ketika selsema adalah:

  1. Tekak kering
  2. Sakit tekak
  3. Batuk
  4. Demam ringan
  5. Bersin
  6. Suara yang serak
  7. Hidung tersumbat
  8. Sakit kepala yang ringan

Gejala yang jarang berlaku, tetapi boleh dialami oleh pesakit selsema adalah:

  1. Sakit otot
  2. Menggigil
  3. Mata merah
  4. Lemah badan
  5. Kurang selera makan
  6. Keletihan
Sesetengah orang tidak mengalami apa-apa gejala apabila dijangkiti virus selesema, kerana sistem imun tubuh yang lebih kuat dalam melawan jangkitan. Kadang kala, mereka yang menghidap selsema turut boleh dijangkiti bakteria pada bahagian telinga atau rongga sinus dan dikenali sebagai jangkitan bakteria sekunder - jangkitan ini boleh dirawat dengan antibiotik.

Apakah rawatan selsema

  • Biasanya, selsema tidak memerlukan rawatan khusus.
  • Bagi selsema yang disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberikan dengan preskripsi doktor.
  • Tiada ubat antiviral yang khusus untuk mana-mana virus selsema kerana virus berubah atau bermutasi secara genetik setiap musim.
  • Langkah yang boleh dilakukan bagi merawat selsema adalah seperti:

A) Merawat hidung tersumbat :

  • Minum banyak air untuk mengurangkan hidung tersumbat dan mengelakkan lendir daripada menjadi terlalu tebal. Minum air akan mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan kelembapan kerongkong dan saluran rongga hidung.
  • Cecair yang disyorkan termasuklah air, minuman sukan, teh herba, minuman buah-buahan dan sup.
  • Rawatan wap boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ambil sebesen air suam dan titiskan minyak aromaterapi atau titisan lemon. Duduk di hadapan besen dalam beberapa minit. Wap panas boleh mencairkan lendiran dan mengurangkan hidung tersumbat.

B) Demam dan sakit: 

  • Ubat-ubatan seperti acetaminophen, ibuprofen, atau naproxen atau ubat-ubatan anti-keradangan yang lain membantu mengurangkan demam, sakit tekak, dan melegakan sakit badan.
  • Jangkitan virus Influenza biasanya menyebabkan demam dengan suhu yang tinggi - Rujuk kepada doktor jika suhu lebih tinggi daripada 102 F / 38.8 C.

C) Batuk:

    Ubat batuk biasanya dibahagikan kepada dua kategori utama:

  • ‘Suppressants’: Ia menghalang refleks batuk anda. Gunakan ‘suppressants’ untuk batuk yang tidak berkahak.
  • ‘Expectorants’: Batuk yang dikaitkan dengan pengeluaran lendir yang berlebihan, atau kahak, biasanya dirawat dengan ekspektoran.

D) Sakit tekak:

Lozenges dan semburan topikal dapat memberikan kelegaan dari sakit tekak. Lozenges tidak disyorkan untuk kanak-kanak kerana mereka boleh tercekik. Berkumur dengan air garam yang suam juga boleh melegakan tekak yang gatal.

E) Hidung tersumbat dan gatal-gatal:

Decongestant hidung membantu meredakan hidung dan saluran sinus yang tersumbat yang disebabkan oleh rembesan mukus yang berlebihan dan tebal.
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila dapatkan nasihat doktor di klinik atau hospital. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References