Minta penerangan tentang penyebab saya mengalami pendarahan awal kehamilan (Early Pregnancy Bleeding).

Anonymous
Salam doktor. Saya seorang ibu, berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pengurus butik, serta mempunyai 3 orang anak. Sekarang, saya sedang mengandung dan usia kehamilan saya ialah 12 minggu. Saya ingin bertanya mengenai pendarahan awal kehamilan. Dalam 3 hari yang lepas, saya mengalami pendarahan yang tidak terlalu banyak selepas melakukan aktiviti harian. Darah tersebut berwarna merah terang tetapi tiada sebarang ketulan darah yang kelihatan. Dan keesokan harinya, saya turut mengalami pendarahan yang sama dan keadaan ini membuatkan saya berasa agak risau.
Selain daripada itu, saya turut mengalami sakit-sakit di bahagian bawah abdomen tetapi kesakitan itu tidak merebak di kawasan yang lain. Sakitnya terasa seperti senggugut dan saya cuba mengurut sedikit dengan menggunakan losyen mustajab untuk mengurangkan kesakitan tersebut. Selain itu, saya turut mengalami gejala-gejala kehamilan yang lain seperti mual dan muntah pada waktu pagi dan payudara terasa sakit kadang-kadang.
Pada pendapat doktor, apakah punca bagi gejala dan tanda-tanda yang saya hadapi ini dan adakah ia bermaksud sesuatu yang tidak baik? Perlukah saya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dengan segera?
Anonymous
Salam doktor. Saya seorang ibu, berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pengurus butik, serta mempunyai 3 orang anak. ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Terdapat pelbagai berlakunya pendarahan di awal kehamilan(early pregnancy bleeding). Selalunya pendarahan di awal kehamilan menandakan sesuatu yang tidak baik tetapi anda tidak perlu risau kerana anda boleh dapatkan rawatan daripada doktor dengan segera. Antara masalah yang selalu dikaitkan dengan pendarahan di awal kehamilan adalah keguguran, kehamilan luar rahim dan kehamilan molar. Pendarahan boleh berlaku pada mana-mana peringkat kehamilan. Sangat penting untuk ingat bahawa ia tidak semestinya tanda bagi sesuatu yang buruk. Walaubagaimanapun, pendarahan pada trimester kedua dan ketiga boleh membawa kepada komplikasi kehamilan. Pendarahan yang berlaku pada mana-mana peringkat kehamilan masih perlu disiasat.
Terima kasih atas soalan anda. Terdapat pelbagai berlakunya pendarahan di awal kehamilan(early pregnancy bleeding)... See More

References