Bagaimana cara terbaik untuk mendapat kebaikan dari khasiat nanas batu (Benefits of Pine Cone)?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berusia 40 tahun yang baru bersalin pada minggu lepas. Saya telah melahirkan seorang anak perempuan yang sihat dan beratnya 3.5kg. Sekarang saya sedang menjalani tempoh berpantang di kampung. Nenek saya telahpun mencadangkan supaya saya mengambil nanas batu kerana dikatakannya banyak manfaat kesihatan daripada buah nanas batu ini, terutamanya kepada wanita yang baru bersalin. Adakah nanas batu ini sama dengan nanas biasa? Bolehkah doktor terangkan sama ada sesuai untuk saya mengambil nanas batu ini? Apakah sebenarnya khasiat nanas batu ini dan apakah kebaikan kesihatan yang boleh didapati daripada buah ini? Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya.

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berusia 40 tahun yang baru bersalin pada minggu lepas. Saya telah melahirka... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan anda. Tahniah atas kelahiran cahaya mata anda yang baru. Nanas batu ini merupakan sejenis buah yang lain daripada buah nanas biasa dan dikenali sebagai Pinus spp. dalam istilah saintifik. Khasiat nanas batu (Pine Cone Benefits) ini masih dalam kajian dan setakat ini tiada bukti kukuh yang menunjukkan keberkesanan dan status keselamatan bahan ini untuk digunakan ke atas manusia.

Terima kasih atas soalan anda. Tahniah atas kelahiran cahaya mata anda yang baru. Nanas batu ini merupakan sejenis bu... See More

Apakah itu nanas batu?

Nanas Batu (“pine cone”) adalah  merupakan  benih daripada tumbuhan yang merupakan sebahagian daripada keluarga Bromeliaceae. Tumbuhan ini hanya didapati di kawasan pergunungan yang tinggi, antara 1600 hingga 2900 meter sahaja. Gelaran “nanas batu” ini digunakan dalam kalangan orang Melayu kerana bentuknya hampir serupa dengan buah nanas.

Ciri fizikal pokok yang menghasilkan buah nanas batu iaitu pokok pine adalah jauh berbeza dengan pokok nanas. Ia merupakan tumbuhan yang boleh mencecah ketinggian antara 3-80 meter dan kebanyakan spesis pokok pine tumbuh dalam lingkungan 15-45 meter tinggi. Pokok pine juga merupakan antara tumbuhan yang telah wujud paling lama di atas muka bumi, kira-kira sejak 4600 tahun yang lalu. Malah usia setiap pokok pine juga adalah panjang. Setiap pokok boleh hidup antara 100-1000 tahun atau lebih.

Apakah itu khasiat nanas batu?

Terdapat banyak kegunaan dan khasiat nanas batu yang digembar gemburkan di pasaran, kajian terhadap nanas batu yang telah dijalankan menunjukkan nanas batu ini mempunyai sifat seperti anti-tumor, anti-radang, anti bakteria dan anti viral. Menurut kajian lagi, kekuatan antibakterial buah ini adalah sangat kuat sehingga boleh membunuh bakteria yang kuat dan degil seperti Klebsiella pneumonia dan Pseudomonas aeruginosa.

Namun begitu, kajian yang dijalankan hanyalah dilakukan di atas piring petri dan ke atas tikus. Oleh itu keberkesanan dan keselamatan produk ini terhadap manusia masih belum dibuktikan.

Oleh itu, pengguna haruslah berhati-hati terhadap penjual ubat-ubatan tradisional yang mengatakan ubat mereka berkhasiat dan mengandungi nanas batu yang boleh menyembuhkan pelbagai masalah kesihatan. Sekiranya tersilap langkah, pengambilan ubat tersebut boleh memudaratkan dalam jangka masa panjang atau pendek.

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, sila rujuk kepada doktor terlebih dahulu agar penyiasatan terperinci boleh dilakukan dan rawatan yang tepat dan selamat dapat diberikan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan yang lanjut, sila rujuk laman web kami di www.doctoroncall.com.my.

References